Grand Prix Qatar 2018: Dovizioso Memenangi Pertarungan MotoGP Yang Mendebarkan

Andrea Dovizioso
  • Andrea Dovizioso mengalahkan Marc Marquez di selekoh terakhir bagi memenangi perlumbaan MotoGP pertama bagi musim 2018.
  • Pemula dari Petak Pertama, Johann Zarco, terpaksa berpuas hati dengan tempat ke-lapan.
  • Valentino Rossi bertarung dengan hebat bagi mendapat tempat ke-tiga.

Penunggang bagi pasukan Ducati, Andrea Dovizioso, berjaya mencaturkan pergerakannya dengan hebat sekali apabila dia memenangi perlumbaan pusingan pembukaan MotoGP 2018 di selekoh yang terakhir sekali.

Pada awalnya ia tampak seperti peminat dari Perancis bakal mempunyai pemenang kelas premier yang baru selepas Regis Laconi memenangi pada tahun 1999, namun, para penunggang yang lain ada rencana mereka tersendiri. Penunggang bagi pasukan Monster Yamaha Tech3 dan juga pemula dari Petak Pertama, Johann Zarco, telah pantas meluru ke hadapan dari awal perlumbaan dan bersungguh-sungguh mempertahankan tempatnya, menangkis serangan demi serangan, pada mulanya dari Marc Marquez yang berlumba bagi pasukan Repsol Honda, dan kemudiannya oleh Valentino Rossi dari pasukan Movistar Yamaha MotoGP.

Johann Zarco

Rossi kemudiannya mengekori Zarco buat beberapa pusingan sehinggalah berbakikan 10 pusingan sahaja, di mana dia telah bertindak untuk memintas Zarco di Selekoh 1. Walau bagaimana pun, tanpa diketahuinya, Marc Marquez telah mengekori arus gelincirnya dari bahagian dalam. Apabila kedua-dua Zarco dan Rossi brek terlalu lewat memasuki Selekoh 1, Marquez telah merebut peluang ini dan memintas Rossi.

Valentino Rossi

Rossi kemudiannya sama ada telah hilang rentaknya atau telah melakukan lebih banyak kesilapan dan telah jatuh ke tempat ke-lima, di mana dia terpaksa bertarung sengit dengan Cal Crutchlow (LCR Honda), Alex Rins (ECSTAR Suzuki), Danilo Petrucci (Alma Pramac Ducati), dan Dani Pedrosa (Repsol Honda).

Alex Rins

Dovizioso juga telah berjaya memintas sehingga ke penunggang pendahulu, memintas Marquez namun tidak berjaya melepasi Zarco buat beberapa pusingan, hingga sewaktu lima pusingan terakhir, di mana dia berjaya memasuki posisi arus gelincir yang sempurna. Dovizioso berjaya membrek lebih lewat dari Zarco sewaktu Selekoh 1. Marquez dengan bijak mengekori rapat Dovizioso, dengan harapan yang kelajuan Ducati itu akan membantunya memintas Zarco.

Dovizioso mengekalkan jarak yang kecil sewaktu memasuki pusingan terakhir, namun Marquez telah mendesak dengan hebat bagi mengekori rapat jentera Ducati dalam masa tiga selekoh. Dan apabila kedua-dua penunggang membrek untuk selekoh terakhir, Marquez tersasar lebar sewaktu keluar selekoh dan Dovizioso mempunyai halaju yang lebih baik menuju ke garisan penamat.

Marc Marquez

Pada waktu ini sudah jelas sekali bahawa tayar Zarco telah kehausan sama sekali apabila dia mulai dipintas. Rossi mengambil semula tempat ke-tiga dan menamatkan perlumbaannya di kedudukan tersebut.

Cal Crutchlow berlumba dengan baik sekali, bersaing dengan semua penunggang dalam kelompok pendahulu, dan mendapat tempat ke-empat.

Cal Crutchlow

Danilo Petrucci, yang juga turut mempamerkan aksi memberangsangkan, sehebat para penunggang pilihan sepanjang hujung minggu ini, menamatkan perlumbaan di tempat ke-lima.

Danilo Petrucci

Dani Pedrosa menunjukkan prestasi yang baik pada awal perlumbaan namun telah dipintas beberapa kali secara pantas sewaktu pertengahan perlumbaan, meletakkanya di P7.

Dani Pedrosa

Malang nasib Johann Zarco yang telah bekerja keras namun hanya mampu berada di tempat ke-lapan.

Kejutan terbesar, bagaimana pun, milik Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP). Berdepan dengan hujung minggu yang sukar, hanya berjaya melayakkan diri di tempat ke-12, dia telah berjaya mendapat tempat ke-enam pada akhir perlumbaan.

Maverick Viñales

Permulaan musim yang memberangsangkan buat Hafizh Syahrin, di mana dia menamatkan perlumbaan di tempat ke-14 dalam perlumbaan MotoGP dia yang pertama bagi memperolehi dua mata pertamanya dalam kelas premier ini.

Hafizh Syahrin
Ked. Mata Penunggang Negara Pasukan Jentera Masa/Jarak
1 25 Andrea DOVIZIOSO ITA Ducati Team Ducati 42’34.654
2 20 Marc MARQUEZ SPA Repsol Honda Team Honda +0.027
3 16 Valentino ROSSI ITA Movistar Yamaha MotoGP Yamaha +0.797
4 13 Cal CRUTCHLOW GBR LCR Honda CASTROL Honda +2.881
5 11 Danilo PETRUCCI ITA Alma Pramac Racing Ducati +3.821
6 10 Maverick VIÑALES SPA Movistar Yamaha MotoGP Yamaha +3.888
7 9 Dani PEDROSA SPA Repsol Honda Team Honda +4.621
8 8 Johann ZARCO FRA Monster Yamaha Tech 3 Yamaha +7.112
9 7 Andrea IANNONE ITA Team SUZUKI ECSTAR Suzuki +12.957
10 6 Jack MILLER AUS Alma Pramac Racing Ducati +14.594

Sumber imej: MotoGP

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]