WorldSBK: Ducati Perkenalkan Jentera Perlumbaan Ducati Panigale V-Twin Terakhir!

 

  • Pasukan pengilang Ducati bagi siri perlumbaan WorldSBK telah menyingkap tirai di sebalik jentera perlumbaan Ducati Panigale V-Twin yang terkini serta terakhir bagi model berkenaan.
  • Jentera janaan enjin Superquadro L-Twin 1198cc akan beraksi buat kali terakhir pada musim ini bersama dengan penunggang utama mereka, Chaz Davies dan Marco Melandri.
  • Bermula pada tahun 2019, Ducati akan mula menggunakan jentera perlumbaan Ducati Panigale V4 R bagi mematuhi peraturan baru WorldSBK.

Dengan musim WorldSBK 2018 semakin hampir tiba, pasukan pengilang Ducati telah memperkenalkan jentera perlumbaan Ducati Panigale V-Twin mereka yang terakhir yang bakal mereka gunakan untuk bertanding pada tahun ini sebelum berpindah kepada jentera Ducati Panigale V4 R pada tahun 2019.

Pasukan Aruba.it Racing Ducati telah melancarkan motosikal perlumbaan Ducati Panigale R yang sejujurnya, tiada banyak perbezaannya berbanding jentera pada tahun lalu. Walaupun motosikal tersebut tidak mempunyai perbezaan yang besar dari segi rupa parasnya, apa yang ada di sebalik reraupnya itu akan menentukan keberkesanan usaha terakhir mereka pada musim ini dalam memanfaatkan enjin Superquadro L-Twin 1198ccnya itu.

Motosikal Ducati 1199 Panigale R 2018 ini akan beraksi buat kali terakhir bersama dengan penunggang utamanya, Chaz Davies dan Marco Melandri, dalam usahanya memenangi kejohanan tersebut sebelum enjin V-Twin ini ditamatkan perkhidmatannya. Selepas bertahun-tahun dibangunkan dan dipertandingkan, pengeluar dari Itali itu akan perlu mematuhi peraturan baru yang telah ditetapkan oleh WorldSBK, di mana ke semua motosikal superbike yang dihomologasi perlu berfungsi dalam kapasiti enjin yang sama.

Dalam gambar-gambarnya itu, kita dapat lihat dengan jelas sekali bagaimana jentera Panigale R ini berbeza berbanding dengan model standard. dan masih lagi mematuhi peraturan WorldSBK. Perubahan yang paling ketara adalah pada tuil brek ibu jari yang digunakan oleh kedua-dua penunggang pada tahun ini, yang mana ianya hampir sama seperti apa yang digunakan oleh penunggang MotoGP, Jorge Lorenzo dan Andrea Dovizioso.

Ini akan dapat membantu dalam memberikan lebih banyak kawalan sewaktu pembrekan yang agresif dan sewaktu memasuki selekoh bagi memastikan jentera tersebut dapat bersaing dengan jentera Ninja ZX-10RR milik pasukan Kawasaki Racing Team. Tinggal hanya sepuluh hari lagi sebelum bermulanya musim pada tahun ini, di mana kejohanan FIM Superbike World Championship 2018 akan bermula dengan pusingan di Phillip Island, Australia.

Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini dunia permotoran.

WorldSBK: KRT Lancarkan Jentera Perlumbaan Kawasaki Ninja ZX-10RR 2018!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]