Isle of Man TT 2018: Michael Dunlop Akan Berlumba Dalam Kategori Supersport Di Atas Jentera Honda CBR600RR!

Sumber imej: MCN
  • Michael Dunlop telah mengesahkan penyertaannya dalam perlumbaan Isle of Man TT 2018 serta perlumbaan Supersport yang lain di atas jentera Honda CBR600RR.
  • Berita ini telah disahkan oleh PTR Honda melalui laman Twitter mereka.
  • Michael Dunlop dan PTR Honda telah memenangi perlumbaan Isle of Man TT dalam kategori Supersport pada tahun 2013 yang lalu.

Sumber imej: Road Racing World

Setelah membuat kemunculannya di ujian pra musim MotoGP 2018 di Sepang pada beberapa minggu yang lalu, penunggang perlumbaan jalan raya ternama, Michael Dunlop telah mengesahkan penyertaannya dalam kategori Supersport untuk perlumbaan Isle of Man TT 2018 dan juga perlumbaan-perlumbaan jalan raya yang lain bersama pasukan PTR Honda.

Sumber imej: MCN

Pemenang perlumbaan Isle of Man TT sebanyk 15 kali yang berasal dari Ireland Utara itu telah memeterai perjanjian bersama pasukan PTR Honda bagi mengemudi jentera spesifikasi perlumbaan penuh Honda CBR600RR mereka untuk keseluruhan musim ini. Ianya satu keputusan yang mudah bagi pelumba berusia 28 tahun itu kerana dia telah mencipta rekod Isle of Man TT (dan juga memenangi perlumbaan tersebut) bersama pasukan ini pada tahun 2013 yang lalu.


Berita terkini ini yang telah dimuatnaik di laman Twitter pasukan PTR Honda telah mengesahkan penyertaan Michael Dunlop dalam ke semua perlumbaan jalan raya di dalam kategori pertengahan. Bagi kelas premier pula, masih tiada sebarang berita buat masa ini sama ada Michael Dunlop akan meneruskan dominasinya bersama Suzuki setelah memenangi kategori Senior TT dengan penuh bergaya pada tahun lalu.

Walaupun tiada sebarang berita yang mengesahkannya lagi, kami mengandaikan bahawa Michael Dunlop akan terus bersama dengan pasukan Suzuki beserta dengan sokongan penuh pengilang tersebut (serta bersama dengan jentera Suzuki GSX-R1000R yang mengagumkan itu). Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk sebarang perkembangan terkini dunia permotoran.

MotoGP: Michael Dunlop Akan Menguji Jentera Pengilang Suzuki Bagi Sesi Ujian Musim Sejuk Di Sepang

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]