- Ujian pra musim Moto2 dan Moto3 2018 telah berlangsung baru-baru ini di Valencia.
- Ketiga-tiga hari ujian berkenaan telah dibantutkan oleh hujan yang telah menyebabkan litar menjadi sejuk.
- Penunggang dari Malaysia, Zulfahmi Khairuddin (Moto2) dan Adam Norrodin (Moto3) meluangkan masa tersebut menyesuaikan diri dengan jentera masing-masing.
Penunggang Moto2 dan Moto3 Malaysia telah menghadapi kesukaran sewaktu ujian pra musim kelas masing-masing.
Sesi ujian tiga hari tersebut yang telah diadakan di Litar Ricardo Tormo di Valencia, Sepanyol, telah diiringi dengan hamburan hujan dan justeru itu, litar yang sejuk, membantutkan usaha mereka dalam meluangkan masa di litar dan mencatat masa pusingan yang lebih pantas.
Moto2
Zulfahmi Khairuddin, penunggang bagi pasukan SIC Racing Team telah menyaksikan waktu di litarnya telah dihadkan kepada tiga sesi 70-minit dan menyempurnakan 72 pusingan secara keseluruhannya sepanjang tiga hari tersebut.
Terdapat sembilan sesi (tiga untuk setiap hari) keseluruhannya bagi setiap kelas. Dalam kelas Moto2, hari pertama telah tersia begitu sahaja. Tiada penunggang yang dapat ke litar pada Sesi 1. Sesi 2 dan 3, hanya Dominique Aegerter yang sempat menunggang dan itu pun sekadar 12 dan 14 pusingan sahaja.
Cuacanya kekal lebih kurang sama bagi hari kedua. Sesi 4 menyaksikan hanya lima orang penunggang berjaya mencatatkan hanya beberapa pusingan, di mana Isaac Viñales berjaya menyempurnakan pusingan terbanyak, sebanyak 20 pusingan. Penunggang seterusnya yang paling banyak membuat pusingan adalah Stefano Manzi dan Jorge Navarro, di mana masing-masing telah melakukan 7 pusingan.
Ke semua penunggang berjaya keluar bagi Sesi 5 dan 6 namun telah mencatatkan masa yang jauh lebih perlahan dari biasa.
Sesi 7 sekali lagi merupakan satu sesi yang sepi di mana hanya Mattia Pasini yang telah berjaya keluar, menyempurnakan 4 pusinga. Ke semua penunggang telah memasuki lita bagi Sesi 8 dan 9, tetapi, seperti hari yang sebelumnya, tiada siapa yang berjaya menyempurnakan jumlah pusingan yang mencukupi untuk membawa sebarang makna.
Penunggang sering kali melakukan banyak pusingan sewaktu sesi ujian dalam cuaca yang baik bagi menala halus atur cara motosikal masing-masing.
Ianya satu pengalaman yang penuh dengan pengajaran buat Zulfahmi sewaktu dia menyesuaikan diri dengan Kalex, setelah dipilih bagi menggantikan Hafizh Syahrin dalam masa yang singkat.
“Hari pertama hujan telah turun dan pada hari kedua kami hanya melakukan beberapa pusingan bagi memeriksa motosikal tersebut dan menyesuaikan diri dengannya,” ujar Zulfahmi.
“Perkara paling sukar bagi saya adalah membiasakan diri dengan tayarnya; kami kini sedang menala pembrekan enjin bagi membolehkan saya terasa lebih selesa untuk membrek dengan lebih keras.” Tambah Zulfahmi lagi.
Penunggang memerlukan masa bagi menyesuaikan diri dengan perwatakan dan had tayar baru, terutamanya apabila mereka bertukar dari tayar kompaun perlumbaan sah untuk jalan raya ke tayar perlumbaan sepenuhnya. Tayar perlumbaan mungkin memberikan lebih banyak cengkaman, namun ianya kekal sebagai kemungkinan sekiranya penunggang biasa dengannya bagi memastikannya berada di tahap operasi optimum.
Pengurus Pasukan, Johan Stigefelt, berkata, “Ujian ini adalah kali pertama Fahmi menunggang motosikal Moto2; seminggu yang lalu tidak terlintas langsung yang dia akan berada di sini, jadi, sudah semestinya ianya agak mendebarkan baginya untuk menunggang sebuah jentera baru bersama dengan kru baru di sekelilingnya.”
Moto3
Seperti Moto2, penunggang bagi pasukan Petronas Sprinta Racing, Adam Norrodin dan Ayumu Sasaki (Jepun), telah dibantutkan oleh hujan. Hanya empat orang penunggang yang berjaya melakukan pusingan di sepanjang hari.
Sesi 4 pada Hari Dua di sebelah pagi menyaksikan hanya 4 orang penunggang yang mana masing-masing melakukan 4 pusingan; manakal Sesi 5 menyaksikan 17 daripada 24 orang penunggang berjaya melakukan pusingan.
Ke semua penunggang akhir berjaya berada di atas litas pada Sesi 6, yang mana Sasaki telah mencatatkan masa ke-11 terpantas, manakal Adam berada di tangga ke-24.
Hari 3 juga hampir serupa, dengan penyertaan penuh hanyalah sewaktu Sesi 8 sahaja. Pusingan yang paling banyak disempurnakan hanyalah sekadar 30 pusingan sahaja.
Kedua-dua penunggang tersebut telah terbabas akibat tayar sejuk dan Adam telah tercedera jarinya. “Ianya ujian pertama yangagak mengecewakan kerana cuaca yang sejuk! Kami tidak dapat menunggang pada hari pertama kerana hujan dan walaupun ianya telah berhenti, ianya masih lagi terlalu sejuk untuk mendapatkan sebarang haba ke tayar,” rungut Adam.
Mengenai hari terakhir ujian, “Hari ini, lebih cerah tetapi masih lagi sejuk, jadi, apabila kami ke litar, saya hanya tumpukan perhatian untuk menyesuaikan diri dengan motosikal sekali lagi.”
“Hari ini jauh lebih baik,” kata Sasaki,”Ianya lebih cerah namun masih terlalu sejuk.”
Kedua-dua pasukan ini akan kembali ke tanah air untuk ke Litar Antarabangsa Sepang untuk melakukan ujian persendirian.