Sistem Brek: Pemautan Angkup (Bahagian 4)

  • Pautan angkup brek radial menjadi pilihan ramai pada hari ini.
  • Namun, pautan axial yang ‘normal’ masih lagi boleh dijumpai.
  • Apakah kelebihannya memaut angkup secara radial?

Kita telah pun bercerita mengenai prinsip asas sebuah sistem brek dalam Bahagian 1, mengenai bagaimana tekanan dari jari anda diagihkan kepada tekanan bendalir, menghasilkan daya henti.

Sistem Brek: Bagaimana Ia Berfungsi (Bahagian 1)

Kemudiannya, kita telah melihat bagaimana sistem ABS berfungsi dalam Bahagian 2, bagi membolehkan daya henti maksimum di samping mengelakkan roda-rodanya daripada terkunci.

Sistem Brek: Bagaimana Ia Berfungsi (Bahagian 2 – ABS)

Meneruskan siri artikel ini, kita juga telah menyenaraikan beberapa buah tip bagaimana untuk memilih pad brek yang sesuai dengan motosikal anda dalam Bahagian 3.

Sistem Brek (Bahagian 3): Pad Brek

Justeru itu, mari kita teruskan dengan meneliti kaedah pemautan angkup brek hadapan ke motosikal, atau lebih tepat lagi, mengenai atur cara pemautan radial yang telah menjadi pilihan ramai pada zaman ini. Cukup popular sehinggakan ianya menjadi sasaran pencuri masa kini.

Silinder Utama Axial

Pautan berciri tradisional, silinder utama axial, boleh didapati pada hampir ke semua motosikal dengan brek hadapan hidraulik, sama ada berkapasiti kecil mahu pun besar.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dalam atur cara sebegini, gerek silinder utamanya itu berserenjang dengan tuil, seakan dipanjangkan ke sisi kiri apabila dilihat dari atas. Satu bonjolan di hujung tuil tersebut menekan pelocok dalam silinder, memaksa bendalir brek masuk ke dalam angkup.

Pam utama radial

Jenis yang kedua dan lebih terkini adalan silinder utama radial. Gerek silinder utamanya selari dengan pergerakan tuil brek, dan kelihatan lebih ke-hadapan-dan-belakang apabila dilihat dari atas.

Apakah perbezaannya di antara kedua-dua jenis ini? Selain daripada jenis pergerakan omboh yang berbeza, silinder utama radial memberikan sentuhan tuil yang lebih sensitif dengan apa yang dilakukan oleh brek. Silinder utama radial juga lebih teguh kerana ia mempunyai bahagian yang boleh bergerak yang lebih sedikit.

Angkup pautan axial

Dengan kemajuan angkup brek pautan secara radial, format ini telah ditukar taraf sebagai ‘pautan normal’. Angkupnya di paut kepada “bosses” yang berada di bahagian tiub bawah fork, dengan pasak yang selari dengan gandar roda.

Tiada apa yang kurang dengan pautan jenis ini. Namun, pendakap khas perlulah dihasilkan sekiranya anda ingin memasang cakera brek yang lebih besar. Selain itu, mungkin terdapat sedikit lenturan kilasan untuk pergerakan lateral, walaupun ianya kurang disedari sewaktu menunggang di atas jalan raya.

Angkup pautan radial

Dalam atur cara sebegini, angkupnya masih lagi di paut kepada ‘bosses’ yang ada pada bahagian bawah fork hadapan. Namun, ‘bosses’ ini ditempa bagi membolehkan pasak dipasang secara terus dari belakang, dan bukannya dari sisi, dan selari dengan gandar roda.

Dipaut sebegini bermakna secara amnya tiada pemesongan kerana daya hentinya berada di atas satah yang sama dengan daya putaran cakera brek tersebut.

Apakah manfaat angkup pautan secara radial?

Pertamanya, dipaut dari belakang bermakna apa yang perlu dilakukan penunggang adalah memasang ‘spacer’ dan pasak yang lebih panjang sewaktu bertukar ke cakera yang lebih besar, dan tidak perlu menempah pendakap pautan khas.

Sumber imej: MotorMadMan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Terdapat juga mitos yang mengatakan angkup pautan radial mempunyai daya henti yang lebih besar. Sejujurnya?

Seperti yang kami terangkan dalam Bahagian 1, “brake power” atau daya henti ini ditentukan oleh tahap amplifikasi tekanan bendalir brek, sejajar dengan saiz omboh pam utama dan saiz omboh angkup.

Apa yang diberikan oleh pautan radial, dengan tiadanya pemesongan, rasa pembrekan yang lebih sensitif, bermaksud, maklum balas pembrekan yang lebih baik, dan dengan itu, membolehkan modulasi brek hadapan yang lebih baik.

Dan ianya sering kali lebih penting sewaktu berada di atas litar berbanding di atas jalan raya.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply