Rimba Raid Weekend Kini Kembali!

 

  • Rimba Raid Adventure Weekend adalah satu acara terbaru untuk komuniti penggemar motosikal dwi-sukan ASEAN.
  • Ianya akan diadakan bermula 10 hingga 12 Februari 2018 di Kampung Chemperoh di Janda Baik, Pahang.
  • Sudah ada lebih daripada 100 peserta yang telah mengesahkan diri akan menghadiri acara ini.

Dari Sebaran Akhbar Rasmi Rimba Raid

Rimba Raid Adventute Weekend adalah acara terbaru bagi komuniti penggemar motosikal dwi-sukan ASEAN dan ianya dijangka akan menjadi salah sebuah acara motosikal yang paling mengujakan buat penunggang dan juga para penonton berhampiran Kuala Lumpur.

Penganjur yang bertanggungjawab bagi acara Rimba Raid – Mat Daling dengan berbesar hatinya mengumumkan usaha terbaru mereka dalam dunia permotosikalan kembara ‘off-road’ kompetitif: Rimba Raid Adventure Weekend – Janda Baik. Terletak 45 minit dari ibu kota Kuala Lumpur dan cukup dekat dengan Genting Highlands, Janda Baik adalah lokasi ideal sebagai tuan rumah untuk lebih daripada 100 orang peserta berdaftar yang datang sejauh Singapura dan Sarawak.

Berfokuskan lebih kepada aktiviti menyeronokkan berbanding pertandingan yang kompetitif, Rimba Raid Adventure Weekend berjanji untuk memenuhi keperluan penunggang dari pelbagai tahap kemahiran dan keinginan. Hari 1 akan menguji kemahiran pengendalian motosikal penunggang dengan satu siri cabaran pendek direka bagi mensimulasikan senario dunia sebenar yang ditempuhi sewaktu dalam laluan, termasuklan ‘river crossing’, menangani halangan semulajadi, dan mengelak situasi yang merbahaya. Ke semua halangan ini akan boleh disaksikan oleh orang ramai.

Hari 2 adalah hari yang lebih eksklusif buat para penunggang di mana mereka akan menangani elemen dan muka bumi sepanjang laluan ‘off-road’ sejauh 11km, direka bagi menguji kedua-dua penunggang dan jentera. Walaupun aksesnya untuk penonton akan dihadkan atas sebab keselamatan, para peserta akan meredah paya, memanjat bukit, dan merentasi sungai yang deras.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penunggang santai juga telah diberikan peluang untuk menyertai dengan lebih daripada 90 tapak kem kini telah diisi oleh para peserta dan peminat sukan ini. Pengarah Urusan Rimba Raid, Dato’ Kapt. Nik Huzlan berkata mengenai acara tersebut, “Apa yang kita ingin capai melalui acara Rimba Raid ini adalah pendedahan buat ke semua penunggang tentang gaya penunggangan ini dan ianya cukup menggembirakan untuk menyaksikan tahap kemahiran penunggangan ‘off-road’ di Malaysia telah meningkat dengan ketara kerananya.” Dia juga turut menambah, “Di mana bahagian pertandingannya juga satu bahagian yang menyeronokkan, ianya penyertaan pendatang baru yang membuatkan acara ini berbaloi dianjurkan.”

Mengenai Rimba Raid

Rimba Raid bermula apabila sekumpulan teman menganjurkan tunggangan ‘off-road’ ke tempat-tempat terpencil pada tahun 2014. Acara hujung minggu Janda Baik Adventure telah menyertai acara perkhemahan/tunggangan Mat Daling tahunan mereka sebagai salah satu cara mempromosikan penggunaan mampan khazanah hutan hujan Malaysia dan membangunkan komuniti yang saling menyokong antara satu sama lain di antara penggemar motosikal dwi-sukan di rantau ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Rimba Raid Adventure Weekend – Janda Baik, sila kunjungi laman Facebook Rimba Raid, atau hubungi Dato’ Kapt. Nik Huzlan di talian 019-231 0005. Sila lihat Addendum 1 untuk jadual acara.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]