Gambar Intipan BMW F 850 GS 2019 Tersebar?

  • Satu gambar intipan yang menunjukkan sebuah motosikal yang mungkin sekali adalah motosikal dwi-sukan BMW F 850 GS 2019 yang sedang diuji.
  • Walaupun model 2018 motosikal tersebut baru sahaja dilancarkan pada bulan November yang lalu, model yang baru ini dilihat ada beberapa perbezaannya.
  • Model yang dikemaskini itu dijangka bakal diperkenalkan menjelang hujung tahun ini.

Sumber imej: Motorcycle.com

Ianya baru sahaja pada tiga bulan yang lalu di mana BMW Motorrad telah melancarkan motosikal BMW F 750 GS dan BMW F 850 GS sewaktu pertunjukan motosikal EICMA di Milan, Itali. Walaupun motosikal-motosikal tersebut masih belum diperkenalkan di ke semua pasaran di seluruh dunia, nampaknya sudah ada versi yang telah diperkemaskini yang sedang dibangunkan oleh pengeluar Jerman yang sentiasa progresif ini.

Berdasarkan satu laporan yang terbaru dibuat oleh Motorcycle.com, mereka telah berjaya mendapatkan sebuah gambar intipan yang amat istimewa, yang menunjukkan sebuah motosikal yang kelihatan seperti jentera dwi-sukan BMW F 850 GS 2019. Berdasarkan gambar berkenaan, model yang diperkemaskini ini mempunyai bahagian hadapan yang lebih lebar yang mana mungkin menunjukkan akan adanya sebuah tangki bahanapi yang lebih besar berbanding tangki berkapasiti 15 liter yang terdapat pada model 2018.

Skrin hadapannya juga daripada jenis dan buatan yang berbeza. Berbanding dengan BMW F 850 GS 2018 yang mempunyai penghadang angin satu bahagian, yang terdapat dalam gambar intipan berkenaan merupakan motosikal yang mempunyai penghadang angin yang diperbuat daripada tiga bahagian berbeza. Ini membolehkan pengubahsuaian yang lebih pelbagai bagi disesuaikan dengan penunggang yang bersaiz berbeza dan mempunyai gaya penunggangan yang berbeza.

Ciri-ciri lain yang dapat dilihat adalah lampu kabus, tongkat tengah, ‘bash plates’ yang lebih besar, dan ‘crash bar’ enjin, jika dilihat dari segi luarannya. Kami menjangkakan bahawa motosikal F 850 GS yang baru ini akan dilancarkan pada penghujung tahun ini, mungkin sekali sewaktu EICMA 2018. Buat sementara waktu ini, nikmatilah klip video di bawah dan anda boleh mula pasang angan-angan (dan menabung) sebelum motosikal-motosikal ini di bawa masuk ke tanah air kita.

Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk segala perkembangan terkini dunia permotoran.

BMW F 750 GS Dan F850 GS 2018 – Motosikal Kembara Kelas Pertengahan Premium Untuk Rakyat Jelata

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]