Beleklah KTM RC390 R 2018 Edisi Terhad!

 

  • KTM telah memperkenalkan motosikal sedia litar homologasi dan teramat terhad, KTM RC390 R 2018.
  • Direka untuk lebih mesra litar, KTM juga turut menyediakan kit perlumbaan penuh Supersport 300 bagi motosikal RC390 R tersebut.
  • Ditetapkan harganya pada €8,500 (sekitar RM40,901), motosikal RC390 R ini hanya dihadkan kepada 500 buah unit sahaja di seluruh dunia.

Perhatian buat ke semua peminat KTM! KTM baru sahaja memperkenalkan motosikal yang teramat terhad serta teramat mengujakan, KTM RC390 R 2018. Versi yang telah dihomologasi ini telah dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan hari litar supaya anda kelihatan seperti seorang penunggang professional sewaktu menunggangnya dengan pantas di atas litar.

Motosikal ini begitu istimewa sekali, kerana ianya terhad kepada 500 buah unit untuk seluruh dunia, jadi, jika anda idamkan untuk memilikinya, bertindaklah dengan segera (sekiranya anda berjaya untuk menempahnya sebelum kehabisan)! Motosikal KTM RC390 R 2018 ini didatangkan dengan pakej suspensi WP yang boleh laras sepenuhnya, bersama dengan apit bertiga sedia lumba yang baru dan kit palang pemegang untuk posisi perlumbaan yang lebih optimum.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Enjinnya telah ditala semula untuk julat kuasa yang lebih luas yang membolehkan pengagihan prestasi yang lebih baik di sepanjang jangkauan ‘rev’. Jika semua ini masih belum cukup untuk membuatkan anda terliur, barangkali dengan adanya kit perlumbaan sepenuhnya bagi merubah motosikal RC390 R ini kepada sebuah motosikal pertandingan bagi siri perlumbaan Supersport 300 mungkin sekali akan membuatkan bulu roma anda berdiri tegak dengan perasaan yang amat teruja.

Kit perlumbaan yang dihomologasi SSP300 terdiri daripada lebih daripada 230 bahagian yang akan menukar motosikal RC390 yang mesra litar kepada sebuah jentera perlumbaan raksasa pelesit litar. Ekzos titanium sistem penuh Akrapovic, ECU perlumbaan, klac ‘slipper’ STM, quickshifter, radiator perlumbaan, abah-abah, road, gear, serta kit badan perlumbaan adalah di antara beberapa kelengkapan yang ada dalam kit perlumbaan berkenaan.

Sekiranya anda merasakan yang motosikal RC390 R ini sudah cukup istimewa, KTM akan hanya menghasilkan 50 kit perlumbaan untuk setiap tahun dengan tanda harganya pada €11,000 (kira-kira RM52,931 selepas pertukaran terus matawang). Motosikal KTM RC390 R 2018 ini telah ditetapkan harganya pada €8,500, iaitu sekitar RM40,901.

Satu jumlah yang besar tetapi inilah cara yang terbaik serta terlengkap untuk mendapatkan sebuah motosikal Supersport 300 sedia lumba sepenuhnya tanpa perlu mencari bahagian dari beberapa buah sumber yang berbeza. Ada wang yang boleh dibelanjakan? Kami pasti yang KTM Malaysia boleh membantu anda sekiranya anda berminat untuk memilikinya.

KTM Mengumumkan KTM RC390 2017 Yang Dikemaskini – Kini Dengan teknologi ride-by-wire!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]