Peladang Retak Tulang Tengkuk Dalam Kemalangan Motosikal; Menegakkan Kepala Dengan Memegang Pada Bahagian Rambut Dan Menunggang Pulang Untuk Mendapatkan Bantuan

 

  • Seorang peladang berusia 73 tahun dari Australia telah mengalami kecederaan retak tulang tengkuknya di dalam satu kemalangan motosikal berhampiran ladang lembu ternakannya di Victoria berdekatan dengan Melbourne.
  • Masih lagi dalam keadaan sedar namun mengetahui yang dia mengalami kecederaan serius pada bahagian tengkuknya, dia telah menunggang pulang ke rumah bagi mendapatkan bantuan dan pada masa yang sama, memegang rambutnya bagi memastikan kepalanya dalam keadaan tegak.
  • Doktor mengesahkan yang dia telah mengalami keretakan pada tulang belakang C1 dan C2 tetapi dijangka akan pulih sepenuhnya selepas pembedahan.

Generasi yang lebih berumur sering kali dipandang ramai sebagai lemah, rapuh, dan mempunyai masalah dalam berhadapan dengan dunia moden masa kini. Namun terdapat beberapa orang yang terkecuali dari stereotaip ini yang mana mereka telah membuktikan diri mereka dengan melakukan aksi yang mengagumkan yang telah membuatkan kita semua terpana.

Pada kali ini, kami telah maksudkan seorang peladang berusia 73 tahun dari Australia yang telah terlibat dalam satu kemalangan motosikal berhampiran ladangnya pada bulan lalu. Kejadian yang berlaku di Victoria terjadi apabila seorang lelaki yang bernama Jim sedang mencari belalang berdekatan dengan ladangnya telah terlanggar sebuah lubang dan terhantuk kepala ke tanah dengan kuat.

Hentakan tersebut begitu kuat sehinggakan dia telah retak tulang tengkuknya tetapi tidaklah sehingga menyebabkannya tidak sedarkan diri. Menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila dia tidak boleh mengangkat kepalanya, Jim yang berusia 73 tahun itu telah memastikan kepalanya tegak dengan memegang pada rambutnya dan menunggang motosikalnya sejauh kira-kira 500m kembali ke rumahnya untuk mendapatkan bantuan.

Menurut Jim sendiri di dalam sebuah laporan yang dibuat oleh Sunrise – Yahoo7 News, “Saya terhantuk kepala saya di atas tanah tetapi saya rasa saya tidak pernah terpengsan. Saya berdiri kembali. Serta merta saya sedari ada sesuatu yang amat tidak kena. Kepala saya tidak boleh diangkat sendiri.

Setelah menunggang pulang ke rumah dan menelefon bantuan, sebuah ambulans tiba dan membawanya terus ke Hospital Austin di Melbourne di mana doktor mengesahkan bahawa dia telah mengalami keretakan pada tulang belakang paling atas iaitu C1 dan C2. Bagi mengubati kecederaannya itu, doktor telah memasang ‘halo’ dengan empat batang palang yang dipasak ke tengkorak lelaki itu dan dia dijangka akan pulih sepenuhnya.

Ini tidak syak lagi salah sebuah cerita paling menakjubkan yang pernah kami dengar. Semoga anda segera pulih, Jim.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]