Beranikah Anda Membenarkan Travis Pastrana Melakukan Aksi Lompatan Motosikal Melangkaui Diri Anda? Jay Leno Berani!

Sumber imej: Motor Trend
  • Pasukan aksi lagak ngeri Nitro Circus terkini telah menyaksikan Travis Pastrana melakukan aksi lompatan motosikal melepasi sekumpulan penggemar permotoran dan seorang pengacara ternama, Jay Leno.
  • Pastrana bersama dengan kru aksi lagak ngeri motorcrossnya itu telah mempersembahkan aksi lompatan melangkaui Jay Leno di salah sebuah acara Nitro Circus di Amerika Syarikat.
  • Travis Pastrana dikenali ramai kerana memenangi 14 pingat X-Games, termasuklah pada tahun 2006 di mana dia telah berjaya melakukan aksi ‘double back flip’ yang pertama seumpamanya menggunakan sebuah motosikal.

Dari usia yang muda lagi, penulis sering kali ternanti-nantikan hujung minggu, masa di mana penulis akan terpaku di hadapan kaca televisyen menyaksikan aksi-aksi acara motorcross gaya bebas X-Games, yang mana ia kekal terpahat di minda penulis sebagai kenangan termanis zaman kanak-kanak. Dengan para penunggang seperti Brian Deegan, Mike Metzger, Nate Adams dan ramai lagi, tokoh yang paling menonjol (sehingga ke hari ini) sudah semestinya pengasas Nitro Circus, Travis Pastrana.

Sumber imej: Grind TV

Dianggap ramai sebagai salah seorang pesaing dalam acara motorcross gaya bebas terbaik yang pernah ada, Pastrana telah memenangi sebegitu banyak anugerah dan pertandingan, termasuklah tiga acara MotoX Gaya bebas yang pertama di X-Games. Aksi helah terbaiknya dalam pertandingan setakat ini merupakan ‘double back flip’ dan ianya telah membuatkan saya terkesima. Dan ini berlaku pada tahun 2006 yang lalu dan ianya amat MENGAGUMKAN!

Peralihannya ke arah menghimpunkan ‘kolektif sukan aksi’ miliknya sendiri telah membuahkan sebuah acara yang dinamakan Nitro Circus di mana Pastrana dan gerombolan atlit sukan ekstremnya itu menjelajah seluruh dunia melakukan aksi lagak ngeri yang gila-gila sama ada aksi motorcross atau terjun udara memasuki stadium.

Video Nitro Circus yang terkini menunjukkan seorang selebriti terkenal, Jay Leno, membiarkan sekumpulan penunggang motorcross untuk melompat dan melakukan aksi ‘flip’ melepasi dirinya di salah sebuah acara mereka itu.

Permulaan video tidaklah terlalu seronok atau pun menyenangkan untuk disaksikan, di mana mereka membincangkan pelbagai kecederaan yang telah dialami Pastrana, termasuklah kecederaan tulang belakangnya menyebabkan tulang belakangnya terpisah dari tulang punggungnya. Dengan ketekalan hati (dan berbilang pembedahan), Pastrana berjaya kembali dan melakukan aksi ‘flip’ motosikal melepasi Jay Leno adalah pencapaian terbaru legenda X-Games ini.

Tahniah diucapkan pada Pastrana.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]