Bagaimana Sebuah Klac Manual Motosikal Berfungsi

  • Klac adalah kelengkapan yang membolehkan enjin untuk sama ada memulakan atau mengakhiri pacuan dari enji ke transmisi.
  • Cara klac berfungsi adalah mudah dan ringkas.
  • Kami juga akan membincangkan tentang bagaimana klac ‘slipper’, dan juga klac ‘assist-and-slipper’ berfungsi.

Bagi mereka yang pada masa ini menunggang motosikal dengan klac manual, iaitu dengan tuil klac, kita telah mula belajar menggunakannya sejak kali pertama kita menunggangnya. Kita sudah cukup biasa dan serasi menggunakannya: tekan tuil klac, tukar gear, lepaskan tuil klac dan teruskan menunggang atau berhenti.

Tetapi, bagaimana sebenarnya cara sebuah klac berfungsi? Dan lebih terkini, apakah yang dimaksudkan dengan klac ‘slipper’? dan yang lebih baru lagi, apa pula klac ‘assist-and-slip’?

Sebuah motosikal, atau pun sebarang klac automotif, adalah sebuah peranti mekanikal yang memulakan atau menghentikan pacuan dari enjin ke transmisi dan seterusnya, ke roda belakang.

Anggap sahaja klac sebagai orang tengah, di antara enjin dan transmisi. Atau fius di antara dua litar elektrik. Jika tiada fius untuk disambungkan, tiadalah transmisi elektrikal.

Sejujurnya, cara operasi sebuah klac adalah ringkas.

BINAAN ASAS

Sebuah klac terdiri daripada beberapa bahagian asas. Merujuk pada gambar di bawah, kita akan menggunakan nombor yang sepadan:

 

1. Gear pacuan utama. Gear ini dipacu namun gear yang berlainan disambung kepada engkol keluaran aci engkol.
2. Gear dipacu utama dan pemasangan bakul klac. Gear tersebut dipacu oleh gear pacuan utama (1), yang memutarkan bakul gear, bersama dengan cakera
geseran (3).
3. Cakera geseran. Cakera-cakera ini mempunyai ‘gigi’ di bahagian luarnya bagi dipadan masuk ke dalam bakul klac. Apabila klac digunakan, bahan pada
kedua-dua belah permukaannya itu ‘mencengkam’ plet keluli klac (4).
4. Plet klac. Ianya pada kebiasaannya diperbuat daripada keluli dan mempunyai permukaan yang sama ada berlekuk atau rata. Giginya terletak di bahagian
dalaman dan disuaikan dengan tengahan klac (5).
5. Dalaman klac,di mana plet klac (4) disuaikan dan dianduh kepada engkol masukan transmisi.
6. Pegas klac. Ia memberikan tekanan ke plet tekanan (7) bagi ‘menekannya’ ke plet geseran (4).
7. Plet tekanan, yang juga kadang kala dipangggil penutup klac.

Bahan (3) ke (4) adalah apa yang kita panggil sebagai “clutch pack”. Mari kita teruskan ke bahagian seterusnya:

9. Rod pengangkat klac atau ‘pushrod’; dan

(tidak dinomborkan) penyambung wayar klac.

Sewaktu anda menarik tuil klac, rod pengangkat klac (9) menolak plet tekanan (7) ke pegas. plet tekanan itu kini terletak sedikit di atas cakera geseran (3) dan plet klac (4). Pengurangan tekanan bermakna plet klac (4) boleh menggelincir melawan cakera geseran (3), yang bermakna dalaman klac (5), dan juga engkol masukan transmisi boleh berputar dengan bebas. Oleh kerana itu, pacuan enjin dari kotak gear telah dihentikan, dan pada saat inilah kita motosikal berkenaan sedang “freewheeling”.

Apabila anda melepaskan tuil klac, rod pengangkat klac tersebut akan kembali ke tempat asalnya, membolehkan pegas klac untuk memampatkan plet tekanan kepada “clutch pack”. Cakera geseran, seperti namanya itu, menghasilkan geseran terhadap plet klac dan kedua-dua akan berputar bersama dengan sekata, begitu juga dengan dalaman klac. Kuasa enjin tersebut kini disallurkan sepenuhnya melalui pemasangan klac hingga ke transmisi.

KLAC SLIPPER DAN KLAC ASSIST-AND-SLIPPER

Kami pernah meliputi fungsi dan manfaat klac slipper sebelum ini. TEKAN SINI untuk membaca semula artikel berkenaan.

Untuk mengingatkan semula, klac slipper, atau juga lebih dikenali ramai sebagai klac pengehad tork, membolehkan klac untuk ‘gelincir’ sewaktu adanya terlalu banyak ‘back-torque’ enjin yang disebabkan oleh penurunan gear yang terlalu bersungguh-sungguh atau melepaskan pendikit secara tiba-tiba, terutamanya dalam dua gear yang lebih rendah, bagi mengelakkan roda belakang melompat atau terkunci.

klac slipper berfungsi di bawah prinsip yang sama sewaktu dikerjakan. Namun, dalam sebuah klac slipper, terdapat “ramps” yang dibina dalam hab dalaman bakul dan plet tekanan. Sewaktu pengurangan halaju yang mendadak, “ramps” ini akan dipaksa untuk bersama yang mana kemudiannya menolak plet tekanan keluar dari plet geseran dan plet klac; dan dengan itu memisahkan enjin dari transmisi.

Bagi klac “assist-and-slip” pula, yang digunakan oleh KTM (yang mana mereka gelarkan sebagai “Power Assist and Slip Clutch” – PASC) dan beberapa buah pengeluar yang lain, ‘ramps’ yang terdapat di plet tekanan juga dipaksa untuk mampat dengan lebih banyak kepada cakera geseran klac dan plet klac sewaktu pemecutan. Ini membolehkan penggunaan pegas klac yang lebih lembut serta lebih jarang. Dan oleh kerana itu, tuil klac hanya memerlukan penggunaan yang lebih lembut.

KESIMPULAN

Sebelum kami akhiri artikel ini, klac basah direndami minyak untuk tujuan penyejukan dan pelinciran. Seperti yang telah kami paparkan pada artikel sebelum ini, JANGAN SESEKALI anda gunakan minyak automotif pada enjin motosikal anda kerana ia akan menyebabkan klac anda untuk gelincir serta menghauskannya secara tidak semulajadi. Sila gunakan minyak enjin dengan perkadaran MA atau MA2.

Anda juga mungkin tertanya-tanya mengapa kereta menggunakan satu sahaja plet tekanan dan cakera geseran berbanding dengan motosikal. Jawapannya terletak pada ruang. Ianya sama ada kita gunakan plet bersaiz lebih besar atau beberapa plet yang lebih kecil bagi membolehkan klac untuk menyerap dan mengagih tork enjin yang mencukupi.

 

Leave a Reply