Bagaimana Ia Dibina: Casis Perlumbaan Moto2 Kalex

  • Kategori perlumbaan Moto2 dengan nyata sekali telah didominasi oleh sebuah pengeluar casis motosikal iaitu Kalex.
  • Dengan sebuah casis berteknologi paling maju, hampir 70% daripada keseluruhan penunggang dalam kelas perlumbaan pertengahan menggunakan Kalex untuk musim 2017.
  • Para penunggang seperti Johann Zarco, Franco Morbidelli, dan juga Hafizh Syahrin telah menggunakan motosikal Kalex kerana kehebatannya itu.

Sumber imej: MotoGP

Kita sebagai warga Malaysia sudah cukup maklum akan dunia Grand Prix Motosikal. Dengan matlamat utama negara bagi menempatkan penunggang negara dalam siri premier kejohanan berkenaan, sudah pun ada beberapa calon berkelayakan yang telah berlumba dengan mantap sekali dalam kelas novis dan pertengahan, iaitu Moto2 dan juga Moto3.

Atlit perlumbaan paling dikenali yang sedang mempamerkan prestasi cemerlang secara konsisten buat beberapa tahun ini sudah pastinya adalah Hafizh Syahrin. Penunggang berusia 23 tahun dari Selangor itu telah pun bersaing dengan hebat sekali terutamanya dalam dua tahun yang lalu dan sebahagian daripada penyumbang pencapaiannya itu di atas jasa jentera perlumbaan Kalexnya.

Sumber imej: MotoGP

Untuk makluman anda semua, Kategori Moto2 dijalankan dengan menggunakan enjin empat selari Honda CBR600RR yang sama bagi ke semua motosikal perlumbaan. Perbezaaan yang utama di antara ke semua pasukan adalah casis yang digunakan oleh setiap pasukan.Casis paling popular sekali sudah pasti adalah Kalex, yang telah mendominasi sepuluh teratas dengan tujuh penunggang berbeza, termasuklah dengan juara dunia Moto2 2017, Franco Morbidelli.

Sumber imej: MotoGP

Malah, daripada 45 penunggang yang telah bersaing dalam musim 2017 Moto2, 30 daripada mereka telah menggunakan casis Kalex. Yang lain-lain terdiri daripada enam Suter, tiga KTM, tiga Speed UP, dua Tech 3, dan sebuah motosikal perlumbaan NTS.

Sumber imej: Kalex

Johann Zarco, satu-satu penunggang yang telah memenangi dua takhta dunia Moto2 secara berturut-turut. juga telah menggunakan jentera Kalex sewaktu tahun 2015 dan 2016. Jadi, apakah yang telah membuatkan Kalex teramat popular bagi kategori perlumbaan pertengahan ini?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Johann Zarco yang telah kami pilih sebagai “Penunggang Terbaik Tahun 2017”, TEKAN SINI.

Penunggang Terbaik Tahun 2017 BR/MM: Johann Zarco

Siri perlumbaan Moto2 ini semestinya salah satu kategori perlumbaan yang paling konservatif, di mana setiap pasukan akan memilih apa sahaja yang mempunyai kelebihan kecil berbanding pilihan yang lain. Dalam satu perlumbaan di mana kebanyakan spesifikasinya dikawal, para pasukan akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sebarang kelebihan tambahan. Dalam beberapa tahun ini, kita telah menyaksikan peralihan yang ketara daripada majoriti yang menggunakan casis Suter bertukar ke casis Kalex.

Dengan sebuah casis yang telah terbukti mempunyai kadar kejayaan yang lebih baik berbanding yang lain (digandingkan dengan pakej kajian dan pembangunan yang besar beserta proses pembuatan), Kalex telah dianggap ramai sebagai antara yang terbaik dalam lapangan. Jadi, ianya pasti amat menarik untuk menyaksikan sendiri bagaimana casis perlumbaan ini dibuat dan Kalex telah menunaikan permintaan kita ini dengan sebuah video yang amat menarik yang boleh anda saksikan di bawah.

Persoalannya, adakah tahun 2018 akan menjadi satu lagi tahun yang hebat buat Kalex atau adakah KTM akan merampas takhtanya sebagai ‘terbaik dalam kelas’-nya itu? Hanya masa yang boleh menentukannya dan kami di sini sudah tidak sabar menantikan musim tahun ini untuk bermula.

Sumber imej: MotoGP

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]