- Minyak enjin motosikal Havoline yang baru telah diformulasi secara khusus untuk tunggangan di dalam bandar.
- Intipati bagi sesetengah minyak pelincirnya itu adala teknologi “C.O.R.E. Technology”.
- Caltex kini sedang menawarkan pakej promosi “Ride Strong”.
Berhadapan dengan tekanan dan haba melampau di dalam enjin, digandingkan dengan suhu sekeliling dan pengoperasian enjin yang berubah-ubah, menangani pelbagai proses pembakaran, serta melawan pengoksidaan akibat lembapan, minyak enjin menjalankan tugas yang berat bagi melindungi, melinciri, menyejukkan, dan membersihkan bahagian enjin.
Berlumba sudah semestinya satu aktiviti yang memberi tekanan yang hebat pada minyak, tetapi, menunggang motosikal pada kelajuan rendah dalam kesesakan lalulintas juga sama hebat tekanannya, jika tidak lebih besar lagi tekanannya.
Pada kelajuan tahap rendah seperti mana yang dihadapi sewaktu berulang alik di dalam bandar, berdasarkan keadaan talaan (dari segi tindihan injap) sebuah enjin pembakaran dalaman mungkin sekali tidak mampu menghasilkan tekanan positif yang mencukupi dari pembakaran enjin atau tekanan negatif dari salur ekzos bagi mengeluarkan wasap yang terbakar, meninggalkan sisa-sisa yang akhirnya menjadi karbon, dan lain-lain.
Dan pada masa yang sama, suhu meningkat akibat kurangnya aliran udara dan sudah menjadi tugas penyejuknya (sekiranya motosikal ini menggunakan sejukan cecair) dan minyak (teramatlah penting sekiranya enjin itu adalah sejukan minyak atau udara) untuk memastikan suhunya dalam keadaan terkawal. Minyak mudah rosak dalam persekitaran sebegini.
Dan pada masa yang sama, minyaknya itu perlulah menghindarkan diri dari menyebabkan plet klac tergelincir di samping berketahanan bagi memberikan perlindungan optimum kepada enjin dan transmisi.
Itulah tujuan utama bagi rangkaian baru minyak enjin Caltex, diterajui oleh produk utamanya, Havoline Super 4T Fully Synthetic SAE 5W-40 untuk motosikal dan skuter. Rangkaian ini juga mengandungi minyak gred semi-sintetik dan mineral.
Teknologi milik Caltex terkini, C.O.R.E. Technology, telah dibangunkan bagi menangani keperluan penunggang di dalam bandar pada hari ini. Rangkaian semi-sintetiknya itu diperkasakan lagi dengan aditif ZOOMTECH, bagi mengurangkan gelinciran klac dan dengan itu memaksimakan agihan kuasa.
Lennard Kwek, Pengarah Pemasaran Serantau, Asia Pasifik, Chevron Lubricants telah berkata, “46% daripada kenderaan berdaftar di atas jalan raya Malaysia adalah motosikal dan di dalam trafik bandar mula-henti dan sesak ini, kenderaan itu senantiasa di bawah tekanan. Untuk pengguna kami, rangkaian minyak enjin motosikal Havoline dengan C.O.R.E. Technology dan ZOOMTECH terkini kami ini bertujuan bagi memberikan para penunggang sebuah produk yang diyakini yang amat sesuai untuk berulang alik di dalam bandar.”
C.O.R.E. Technology adalah singkatan bagi:
Cleans – Membersih dan melindungi untuk enjin yang lebih cekap dan bersih bagi memberikan prestasi yang lebih hebat.
Oxidation – Kestabilan pengoksidaan membekalkan perlindungan haba melawan degradasi minyak.
Reduces – Mengurangkan kerosakan akibat haba enjin dengan kestabilan minyak yang lebih hebat untuk perlindungan berterusan.
Enhances – Pemecutan yang dipertingkatkan melalui cengkaman klac yang dipertingkatkan walaupun dengan beban yang berat.
C.O.R.E. Technology boleh didapati pad semua produknya kecuali untuk Havoline Ezy 4T.
Penambahan ZOOMTECH dalam Havoline 4T Semi-Synthetic menghasilkan peningkatan sebanyak 13% pada ‘static friction index’ (SFI) apabila diukur menggunakan standard JASO T903:2016 untuk cengkaman klac yang lebih baik berbanding Havoline Super 4T Synthetic Blend SAE 10W-40. Terma “JASO” mungkin telah biasa anda dengari – ianya perakuan bagi standard cengkaman klac untuk MA atau MA2.
Produk utamanya, Havoline Super 4T Fully Synthetic SAE 5W-40 dengan C.O.R.E. Technology ini sesuai untuk motosikal berkapasiti besar, berprestasi tinggi. Bagi menangani enjin dengan ‘rev’ tinggi yang menghasilkan bahang haba tambahan, minyak ini telah diformulasikan bagi menjadi 50% lebih baik berbanding dengan standard industri dalam kestabilan pengoksidaan. Ini bermakna yang enjin akan dilindungi dengan lebih baik terhadapa kerosakan haba, dan tahan lebih lama.
Kami telah mengutarakan satu soalan semasa sesi soal jawab sama ada adanya keperluan untuk kelikatan yang lebih tinggi seperti 5W/40 atau 10W/50 memandangkan suhu persekitaran iklim kita yang lebih tinggi. Caltex mempunyai keyakinan bahawa C.O.R.E. Technology telah menangani isu ini oleh kerana ianya telah diformulasikan untuk menangani pengoksidaan suhu tinggi.
Bagi segmen skuter pula, rangkaian minyak enjin skuter Havoline telah dipertingkatkan lagi bagi memenuhi standard perkhidmatan terkini API SN, bagi kedua-dua gred semi-sintetik dan mineral. Ke semua produk telah diperakui JASO MB, kerana skuter tidak menggunakan klac basah.
PEK PROMOSI “RIDE STRONG”
Chevron Malaysia Limited kini menawarkan satu pek promosi istimewa bersempena dengan pelancarannya itu. Para pelanggan akan menerima tuala mikrofiber edisi terhad dengan penjenamaan “Ride Strong” secara percuma!