Harga Motosikal Triumph Bonneville Speedmaster 2018 Dijangka Di Bawah Paras RM80,000

  • Triumph Motorcycles Malaysia telah mengumumkan bahawa motosikal Triumph Bonneville Speedmaster 2018 akan tiba dengan harga yang dijangkakan di bawah paras RM80,000.
  • Motosikal cruiser moden klasik terkini dari Triumph itu adalah gabungan casis motosikal Bobber-nya dan enjin 1,200cc bertork tinggi motosikal T120-nya.
  • Motosikal Triumph Speedmaster 2018 dijangka tiba di tanah air kita dalam suku pertama tahun 2018.

Triumph Motorcycles Malaysia telah membuat pengumuman di laman Facebook rasmi mereka yang motosikal yang dinanti-nantikan ramai, Triumph Bonneville Speedmaster 2018 akan boleh didapati dalam masa yang terdekat dengan harganya ditetapkan di bawah paras RM80,000 (dan juga sudah dibuka untuk tempahan). Tawaran terkini dari rangkaian motosikal moden klasik Triumph ini baru sahaja dilancarkan secara global beberapa bulan yang lalu pada bulan Oktober 2017.

Menyertai keluarga motosikal moden klasik dengan perwatakan buatan khas dan santainya itu, motosikal Bonneville Speedmaster terbaru itu telah menjalani satu kelahiran semula ke dalam dunia keselesaan, kuasa, dan keajaiban teknologi di dalam kategorinya. Bagi mereka yang inginkan sebuah motosikal moden klasik yang serba boleh dan diyakini bolehlah menantikan ketibaan motosikal Speedmaster ini.

Diilhamkan daripada kejayaan yang senantiasa berkembang mereka dengan motosikal Triumph Bonneville Bobber dan Bonneville T120, motosikal cruiser Speedmaster terbaru ini menggunakan kerangka yang sama seperti motosikal Bobbernya itu dan dijana oleh enjin bertork tinggi berkembar selari 1,200cc yang sama seperti motosikal T120nya. Ianya membuahkan sebuah motosikal cruiser seberat 245kg yang menghasilkan 77hp pada 6,100rpm dan 106Nm tork maksimum serendah 4,000rpm.

Spesifikasi menakjubkan yang lain ada pada motosikal ini adal seperti kawalan cengkaman boleh dihidup/matikan, sistem pendikit ‘Ride-by-Wire’, mod tunggangan boleh dipilih, kawalan bersiar, brek Brembo, dan yang paling menarik sekali, selang masa penyelenggaraan yang panjang, iaitu 16,000km. Digandingkan dengan nisbah penggunaan bahanapinya pada kadar 65 batu/setiap gelen (27.6km/setiap liter), motosikal Speedmaster terbaru itu dijangka akan dapat merentasi jarak sejauh 330km dengan tangki bahanapinya sebesar 12 liter.

Triumph Motorcycles Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan bahawa motosikal Speedmaster ini akan ditetapkan harganya di bawah paras harga RM80,000. Tentang waktu ketibaannya pula, pada firasat kami ianya bakal tiba dalam suku pertama tahun 2018 ini. Tercari-cari motosikal moden klasik terbaik untuk membawa buah hati anda bersiar-siar dengan selesa? Motosikal Speedmaster 2018 ini patut menjadi di antara pilihan utama anda.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai motosikal Triumph Bonneville Speedmaster 2018 yang serba baru ini, TEKAN SINI.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]