- Setelah panggilan semula yang telah dikeluarkan oleh Ducati dan Aprilia di Amerika Syarikat berkaitan dengan unit silinder utama radial PR16, satu kenyataan rasmi Brembo akhirnya telah dikeluarkan.
- Brembo menyatakan bahawa para pengeluar yang terjejas adalah Aprilia, Ducati, KTM, MV Agusta, TM Racing, Moto Morini, dan Horex.
- Model-model dari tahun 2015 hingga tahun 2017 yang menggunakan silinder utama radial hadapan PR16 selalunya digunakan bersama dengan angkup Brembo M50.
Hanya beberapa hari yang lalu pada permulaan tahun baru, telah tersebarnya berita mengenai kemungkinan panggilan semula unit silinder utama Brembo. Para pengeluar di Amerika Syarikat seperti Aprilia dan Ducati telah pun mengeluarkan notis rasmi kepada para pemilik dengan motosikal yang menggunakan unit silinder utama radial hadapan Brembo PR16 yang mana ianya selalunya digunakan bersama dengan pakej angkup Brembo M50.
Unit silinder utama tersebut adalah daripada sebuah model yang agak popular yang telah digunakan di seluruh dunia oleh beberapa buah pengeluar yang berbeza. Setelah berlalunya seminggu tanpa sebarang kepastian sama ada pengeluar motosikal lain yang menggunakan kelengkapan PR16 yang sama juga turut terjejas, Brembo akhirnya telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi.
Kenyataan Kedudukan
Brembo SpA, peneraju di dalam pengeluaran sistem cakera brek untuk kenderaan, berikutan dengan penyebaran sesetengah artikel baru-baru ini oleh akhbar antarabangsa, memberikan maklumat yang salah, ingin menerangkan bahawa:
-Atas pemantauan kualiti yang tetap terhadap proses pengeluarannya, telah menemui kemungkinan ada kecacatan pada omboh silinder utama radial hadapan (berdiameter 15mm dan 16mm), yang dijual dari tahun 2015 dan 2017 dan dipasangkan pada sesetengah model motosikal.
-Pengeluar-pengeluar yang terjejas adalah:
Aprilia
Ducati
KTM
MV Agusta
TM Racing
Moto Morini
Horex
-Panggilan semula ini tidak menjejaskan mana-mana pengeluar atau pun silinder utama yang lain, atau silinder utama yang telah dijual sebagai kit Selepas Jualan melalui jaringan pengedaran Brembo.
Brembo dengan segera telah memaklumkan para pengeluar yang terlibat akan masalah berkenaan supaya para pemilik motosikal-motosikal tersebut dapat dimaklumkan dan dijemput bagi menggantikan kelengkapan tersebut di pengedar yang terdekat.
Seperti yang boleh anda baca, tiada sebarang petunjuk di dalam kenyataan berkenaan mengenai bagaimana kelengkapan tersebut boleh menyebabkan kepincangan fungsi tetapi berita baiknya, kita kini sudah mengetahui pengeluar manakah yang telah terjejas. Buat masa ini, masih belum ada sebarang berita sama ada model-model di Malaysia turut sama terjejas.
Sebaik sahaja kami mendapat sebarang maklumat mengenainya, kami akan maklumkan kepada anda semua secepat yang mungkin. Buat sementara waktu, anda bolehlah mendapatkan maklumat dari pengedar sah pilihan anda berkenaan perkara ini.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai panggilan semula unit silinder utama radial hadapan PR16 di Amerika Syarikat, TEKAN SINI.