Mengapa Anda Perlu Selenggara Motosikal Kawasaki Anda Di Kawasaki Exclusive Service Centre (KESC)

Advertisements

  • Terdapat beberapa kelebihan jika anda menyelenggarakan motosikal Kawasaki anda di mana-mana pusat ‘Kawasaki Exclusive Service Centre’ di seluruh negara.
  • Dilengkapi dengan peralatan dan kelengkapan yang terkini, Ke semua pusat bersedia untuk menyelenggara dan menyelesaikan sebarang isu sepantas yang mungkin.
  • Digandingkan dengan para mekanik yang terlatih beserta dengan alat ganti ‘Genuine Kawasaki’ yang diperakui dan asli, hanya yang terbaik akan disediakan sebahagian daripada perkhidmatan selepas jualan yang hebat Kawasaki Motors Malaysia.

 

Sebagai seorang penunggang serta pemilik motosikal yang berhemah, sudah pasti anda tidak akan terlepas dari menghantar jentera kesayangan untuk mendapatkan perkhidmatan penyelenggaraan berkala. Dan walaupun terdapat pelbagai bengkel-bengkel persendirian yang ada di luar sana yang telah mendakwa diri mereka berkebolehan melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk motosikal anda, Kawasaki Motors Malaysia telah mengambil langkah tambahan dengan pusat ‘Kawasaki Exclusive Service Centre’ (KESC) mereka.

Jadi, apakah KESC? Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan pengeluar berkenaan dalam memberikan perkhidmatan terbaik buat komuniti motosikal di Malaysia, Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) mempunyai hanya satu matlamat utama; memberikan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik buat ke semua pemilik motosikal Kawasaki di seluruh negara. Terdapat beberapa kelebihan sekiranya anda memilih untuk menyelenggara motosikal anda di mana-mana KESC yang ada di seluruh Malaysia.

Kelebihan terbesar menggunakan khidmat KESC adalah ianya lengkap dengan segala peralatan dan kelengkapan yang tercanggih bagi menyelenggara mana-mana motosikal Kawasaki secara keseluruhan. Digandingkan dengan pengalaman dan pengetahuan teknikal, dan latihan yang telah dikhususkan oleh peneraju mereka di Jepun, memperbaiki serta menyelenggara motosikal Kawasaki anda kini jauh lebih mudah.

Dengan para mekanik mereka yang terlatih yang sentiasa mendapatkan latihan serta kemaskini terbaru mengenai segalanya tentang motosikal Kawasaki, KESC akan memastikan ketenteraman hati pemilik Kawasaki. Sebagai sebahagian daripada kesungguhan KMSB terhadap jenama berkenaan, hanya mereka yang mempunyai minat serta kemahiran yang betul akan dibenarkan untuk mengerjakan motosikal anda. Setiap satu tindakan dan perkara yang dilakukan terhadap motosikal akan direkodkan supaya mudah untuk dirujuk semula pada masa yang akan datang sekiranya perlu.

Tidak sanggup berenggang dengan motosikal kesayangan anda? Anda tidak perlu risau kerana ke semua pusat perkhidmatan KESC dilengkapi dengan bilik menunggu yang lengkap dengan penghawa dingin dan selesa, jadi anda boleh menunggu dalam keadaan yang selesa sewaktu motosikal anda diselenggara. Dengan panel tingkap menghadap kawasan penyelenggaraan supaya anda dapat memerhatikan motosikal kesayangan anda sepanjang masa, ianya juga dilengkapi dengan televisyen dan bar kopi sebagai hiburan dan sajian ringan pengunjung.

Kelebihan yang paling utama KESC adalah ianya hanya menggunakan alat ganti tulen ‘Genuine Kawasaki’ dan yang diakui Kawasaki, termasuklah untuk ke semua minyak pelincir, palam pencucuh, bendalir, dan pad brek yang digunakan. Anda tidak perlu was-was dengan segala bahagian yang digunakan di pusat ini. Yakinlah bahawa ke semua alat ganti yang digunakan KESC adalah alat ganti tulen ‘Genuine Kawasaki’ yang telah diperakui sebelum ianya dipasang di mana-mana motosikal Kawasaki yang diselenggara di pusat berkenaan.

Pada masa ini terdapat 80 pengedar sah dan 32 pengedar alat ganti sah di seluruh negara, termasuklah di Sabah dan Sarawak. Ini bermakna anda boleh mendapatkan bukan sahaja motosikal baru, malah alat ganti untuk penyelenggaraan, serta aksesori. Untuk mengetahui lokasi KESC di seluruh Malaysia, TEKAN SINI.

 

Selain itu, anda juga boleh mencari mana-mana KESC atau pun Kawasaki Pit Stop oleh pengedar yang sah menggunakan aplikasi Waze. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut perincian Kawasaki dalam aplikasi Waze, TEKAN SINI.

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.