Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah
- MV Agusta Brutale 800 yang baru kini telah lebih diperhalusi.
- Kualitinya juga telah dipertingkatkan, begitu juga dengan kebolehtunggangannya.
- Motosikal Brutale 800 terbaru ini kini lebih mudah untuk diselenggara dan dinikmati.
Rangkaian motosikal Brutale keluaran MV Agusta dari dahulu lagi telah melambangkan visi syarikat dari Itali berkenaan mengenai motosikal lumba naked. Mengikut falsafah MV, motosikal Brutale perlulah menjadi sebuah motosikal yang tidak berkompromi dan pada masa yang sama, tampak begitu indah sekali.
Dan oleh kerana itu, kebanyakan, jika tidak semua, motosikal Brutale memerlukan penunggang yang berkemahiran (dan tidak kurang beraninya) untuk mengemudinya. Dan untuk motosikal ini berfungsi dengan baik, ianya perlu ditunggang dengan pantas. Penulis sentiasa menyukai akan rupa paras motosikal MV Agusta (Brutale 800 Dragster RR, Veloce Turismo, F4 Tamburini). Tiada pengeluar lain yang dapat menandingi rekaan mereka yang sangat menonjol itu.
Dengan pengetahuan itu di minda penulis, penulis mendekati motosikal MV Agusta Brutale 800 terbaru ini dengan harapan yang bercampur-baur. Penulis dapat merasakan diri berasa gentar dan pada masa yang sama, teruja.
Perasaan yang anda sering rasa sebelum anda melakukan sesuatu yang ‘jahat’.
Motosikal Brutale 800 yang baru ini sudah pasti sekali tampak begitu mengagumkan, dengan tangki bahanapinya yang montok berwarna merah bomba, pinggangnya yang ramping yang mempunyai liang udara padanya, seperti mana yang ada pada motosikal Veloce Turismo. Dari suku belakangnya, ia tampak seperti tebuan yang sedia untuk menyengat. MV Agusta menamakannya “profail dada bidang, pinggang ramping”.
Enjinnya terletak dibawah tangkinya dengan kesemua bahagian melitupi sekelilingnya dengan rapat. Cukup rapat sehinggakan penulis tidak menjumpai baterinya. Tatarajahnya itu dibuat untuk pemusatan jisim motosikal berkenaan.
Selain itu, ada sesuatu yang telah menarik perhatian kali pertama penulis memandangnya. Panel badannya, kualiti kemasan dan komponennya tampak jauh lebih baik daripada motosikal MV Agusta yang lalu.
Enjin 800cc, DOHC, 12-injap, Tiga-Selari-nya itu masih mengambil masanya untuk dihidupkan. Namun begitu, sebaik sahaja ianya hidup, ia akan menderam dalam, mengaum buas. Bagaikan seekor pemangsa yang baru terjaga.
Pelananya kini lebih tinggi, kerana bahagian atas sub-rangkanya telah direka lebih tinggi bagi memuatkan liang udara berkenaan. Namun, penulis telah dikejutkan dengan pelananya yang agak selesa, ia tidak berasa seakan penulis duduk di atas sebuah papan lapis yang dibaluti dengan kulit. Pinggangnya, di mana sub-rangka bertemu dengan tangki bahanapi benar-benar ramping, membolehkan kaki penulis yang pendek ini menyentuh tanah.
Paparan LCD sepenuhnya itu telah dilengkapkan dengan pelbagai maklumat yang anda perlukan, kecuali, tolok bahanapi, namun, anda boleh menunggang kira-kira 60km lagi apabila lampu penunjuk bahanapi rendah berwarna jingga mulai berkelip. Terdapat juga lampu penunjuk gear yang besar, tetapi saya mengharapkan yang MV Agusta meletakkan takometernya di atas, dan bukannya di bawah. Selain daripada itu, penulis menyukai skrin LCD motosikal ini yang tidak memantulkan cahaya matahari.
Terdapat empat mod tunggangan:SPORT, NORMAL, RAIN, dan CUSTOM. SPORT akan memberikan anda kuasa dan tork penuhnya; NORMAL mengehadkan kuasanya ke 100hp (bagus untuk penunggangan jarak jauh), RAIN mengehadkan lagi kuasa dan tork motosikal ini, dan CUSTOM bermakna anda boleh tetapkan sendiri mengikut kesukaan anda. Terdapat lapan tahap kawalan cengkaman yang mana anda boleh tetapkan dan sistem ABS-nya boleh dihidupkan atau dimatikan.
Bermula pad mod NORMAL, sedikit pulasan pendikit dan mainan tuil klac sudah cukup untuk menggerakkan motosikal ini. Pulas lagi pendikitnya dan motosikal Brutale 800 akan memecut dan terus memecut. Pemecutan itu akan ditemani dengan runut bunyi yang hanya boleh didengari dari sebuah enjin Triple MV Agusta.
Suis untuk mod tunggangan ini adalah sebuah butang besar pada sebelah kanan palang pemegang. Apa yang anda perlu lakukan adalah menekannya sehingga lampu penunjuknya pada skrin LCD mula berkelip dan anda bolehlah mula memilih mod yang anda ingini, tanpa perlu melepaskan pendikit. Anda mungkin memerlukan sedikit masa bagi membiasakan diri dengan butang yang berada di sebelah kanan palang pemegangnya itu, tetapi lambat laun anda pasti boleh mengoperasikan butang berkenaan tanpa perlu terkial-kial mencarinya dengan ibu jari anda.
Pada mod SPORT inilah di mana kelebihan motosikal ini benar-benar menyerlah. Pengisian semula bahanapi ECU MVICS 2.0 generasi baru terasa lancar dan jitu, begitu juga dengan pendikitnya. Bersama dengan ECU yang telah dipetakan semula, quickshifter pada motosikal ini adalah di antara yang terbaik di atas mana-mana motosikal yang pernah diuji penulis.
Ia ke gear yang seterusnya dengan serta merta tanpa ianya terasa seperti anda memutuskan pendikitnya, dan ia juga tidak terasa lembab. Setiap gear berada di tempat sepatutnya tanpa sebarang tundaan, dan ianya juga berfungsi sewaktu penurunan gear juga, dengan pendikitnya direndahkan sebetulnya. Tidak terjadi langsung sebarang lompatan roda walaupun ketika penulis melakukan eksperimen penurunan hingga ke gear pertama tanpa menggunakan klac.
Walau bagaimana pun, quickshifternya berfungsi untuk penukaran ke gear yang lebih tinggi dan rendah dalam mod SPORT sahaja, untuk mod-mod yang lain quickshifternya hanya untuk penukaran ke gear yang lebih tinggi.
Satu lagi perincian motosikal Brutale 800 terbaru ini adalah suspensinya. Benar, ianya masih lagi agak keras, namun, tidaklah sekeras sebelum ini. Sebelum ini, sebuah bonggol di tengah-tengah jalan sudah cukup untuk melompatkan rodanya dan menyebabkan anda terkeluar dari garisan penunggangan anda. Kini, anda tidak akan lagi ditendang keluar dari garisan penunggangan anda.
Selain itu, di mana suspensi sebelum ini tampak seperti tidak bertindak balas kepada sebarang pelarasan, mengurangkan redaman mampatan sebanyak tiga putaran dan meningkatkan redaman lantunan pada bahagian belakang sebanyak dua putaran sudah cukup sesuai dengan berat penulis sebanyak 80kg.
Dengan suspensinya telah diaturkan, sudah tiba masanya untuk beraksi.
Palang pemegang motosikal ini telah ditetapkan lebih tinggi berbanding motosikal Brutale sebelum ini, dan ia juga lebar. Ini bermakna lebih banyak daya keumpilan dari lengan anda bagi memandu arah motosikal itu secara pantas ke mana-mana arah. Selain daripada sifat pandu arah pantas itu adalah ‘rake‘-nya sebanyak 24.5 darjah. Motosikal Brutale 800 ini tidak mempunyai masalah langsung memecut deras, dengan bantuan ‘trail‘-nya yang sepanjang 103.5mm.
Digabungkan dengan kuasa enjinnya yang padu itu, serta berat motosikal itu yang ringan, dan ada sebuah motosikal yang dapat memecut sepantas kilat.
Secara keseluruhannya, penulis benar-benar gembira melihat MV Agusta masih kekal berdiri dan langkah besar motosikal Brutale 800 ke arah memperhalusi buatannya adalah satu tindakan yang amat meyakinkan.
Motosikal MV Agusta Brutale adalah sebuah motosikal yang akan membuatkan anda terasa bagus tentang diri sendiri.
Spesifikasi Teknikal
ENGINE | |
Engine type | Liquid-cooled, 4-stroke, DOHC, 4-valves, inline-Triple |
Compression ratio | 12.3 : 1 |
Bore X Stroke | 79.0 mm X 54.3 mm |
Displacement | 798 cc |
Fuel system | Eldor EM2.0 electronic fuel injection |
Maximum power | 109 bhp (81 kW) @ 11,500 RPM |
Maximum torque | 83 Nm @ 7600 RPM |
TRANSMISSION | |
Clutch | Hydraulically activated with slipper clutch |
Gearbox | 6-speed with quickshifter |
CHASSIS | |
Front suspension | Marzocchi 43mm USD forks, adjustable for preload, compression damping and rebound damping, 125 mm travel |
Rear suspension | Sachs single progressive shock, adjustable for preload, compression damping and rebound damping, 124 mm travel |
Front brakes | Dual 320 mm floating discs, dual four-piston radially mounted Brembo caliper |
Rear brake | Single 220 mm disc, two-piston Brembo caliper |
ABS | Bosch 9 Plus with Rear Lift-up Mitigation (RLM), swtichable on/off |
Front tyre | 120/70-ZR17 |
Rear tyre | 180/55-ZR17 |
FRAME & DIMENSIONS | |
Frame | ALS steel tube trellis, aluminium swingarm pivot |
Swingarm | Single-sided, aluminium alloy |
Trail | 103.5 mm |
Rake | 24.5 degrees |
Wheelbase | 1400 mm |
Seat height | 830 mm |
Dry weight | 175 kg |
Fuel capacity | 16.5 litres |