Enjin Motosikal Paling Cantik

Enjin HRD Vincent Black LIghtning – Sumber : yesterdays.nl
  • Enjin motosikal adalah jiwa sesebuah motosikal.
  • Tidak semua enjin tampak serupa dan ada segelintir daripadanya yang amat cantik sekali.
  • Ianya bukan sahaja sebagai pelengkap motosikal legenda, tetapi, sering kali menjadi punca motosikal yang dirumahi itu berstatus legenda.

Ya, enjin adalah jiwa sesebuah motosikal. Bagi bukan penggemar motosikal ianya pasti membingungkan bagaimana bahagian yang diperbuat dari besi keluli ini boleh menimbulkan perasaan yang bermacam-macam dalam diri kita, namun bagi penggemarnya, ianya bagaikan satu kepuasan mekanikal yang tersendiri bagi kita sebagai penggemarnya. Di sini kami senaraikan enjin motosikal paling cantik sekali, tanpa ada turutan yang tertentu.

1. AJS 7R

Motosikal AJS 7R adalah sebuah motosikal perlumbaan 350cc yang telah dibina dari tahn 1948 hingga 1963. Lebih dikenali ramai dengan nama timangan “Boy Racer”, motosikal ini telah memenangi pelbagai perlumbaan untuk pasukan pengilang dan juga persendirian sejak kelahirannya lagi.

Direka oleh Phil Walker, enjin ‘single overhead camshaft (SOHC)-nya itu dipacu dengan menggunakan rantai di luar blok enjin, dan oleh kerana itu, mempunyai ‘tower cover’ bagi meliputinya. Pelitup itu serta pelitup kepala silinder diwarnakan dengan warna emas bertentangan dengan bahagian yang berwarna kelabu dan hitam pada enjin berkenaan.

Enjin AJS 7R – Sumber: over-blog.com

2. HRD Vincent Black Shadow / Black Lightning

Motosikal HRD Vincent Black Lightning 1948 adalah motosikal perlumbaan yang telah melahirkan motosikal Black Shadow.

Ianya motosikal pengeluaran terpantas pada zamannya itu, dan diakui ramai sebagai motosikal superbike yang pertama.

HRD Vincent Black Lightning – Sumber : singout.org

Motosikal Black Lightning ini berupa paras minima dengan enjin 998cc, sejukan udara, ‘pushrod’, ‘overhead valve’ (OHV), 47.5 darjah V-Twin pada motosikal Black Lightning mempunyai rod penyambung yang lebih kuat, liang masukan yang lebih besar, gear ‘rocker’ yang digilap, ‘steel idler gears’, karburetor perlumbaan, dan ‘manual-advance magneto’, yang membolehkannya menghasilkan kelajuan tertinggi sehingga 240km/j.

Enjin HRD Vincent Black LIghtning – Sumber : yesterdays.nl

Ya, benar, 240km/j boleh dicapai mana-mana motosikal kelas pertengahan pada waktu ini, tetapi lihat sahaja tayar nipis yang ada pada motosikal Vincent berkenaan!

Pada bulan September 1948, Rollie Free cuba untuk memecahkan rekod kelajuan motosikal kebangsaan Amerika Syarikat di Bonneville. Dia hanya mampu mencapai kelajuan 239.1km/j semasa latihan, jadi, dia menanggalkan pakaiannya dan mengenakan pakaian renang, topi getah dan kasut ‘sneaker’ untuk cubaan terakhirnya dan mencecah kelajuan purata 241.905km/j (peraturan cubaan memerlukan sekurang-kurangnya dua percubaan untuk disahkan sebagai rekod baru). Oleh kerana peristiwa ini, motosikal itu juga dikenali sebagai “Bathing Suit Bike”.

Rollie Free –Sumber: americanmotorcyclist.com

Namun, ianya tahap perhatian yang diberikan kepada keperincian dan kualitinya yang membuatkan enjin Vincent ini satu karya seni yang hebat. Malang sekali, ianya atas sebab ini jugalah yang menjadikannya memakan masa serta belanja yang besar bagi menghasilkannya.

Hanya 31 buah Black Lightning sahaja yang pernah dibina.

3. Britten V1000

Hampa dengan kekurangan bahagian kelengkapan serta ketidakboleharapan enjin stok yang ada, John Britten, seorang warganegara New Zealand, memutuskan untuk melakukan sesuatu yang mustahil; membina motosikal dan enjinnya sendiri.

Mengusahakannya di bangsalnya bersama dengan beberapa orang rakannya, dia telah membina ciptaannya itu pada tahun 1991 dan ianya bukan sahaja tampak radikal, tetapi telah mendominasi kejohanan ‘Battle of the Twin’, mengatasi motosikal keluaran pengilang.

John Britten meninggal dunia pada tahun 1995 dan hanya sepuluh buah jentera yang telah dihasilkan.

Britten V1000 – Sumber: pinimg.com

4. Ducati Singles

Fabio Taglioni menerapkan pacuan injap desmodromik pada motosikal Ducati bagi mengatasi masalah injap terapung (injap-injap kekal terbuka, dan oleh kerana itu, menyebabkan kehilangan mampatan dan prestasi) pada RPM tinggi. Untuk memutarkan aci engkol itu, sebuah engkol menegak (yang juga digelar ‘tower shaft’) pada bahagian kanan enjin akan mendorong ke gear ‘idler’ aci engkol itu melalui gear ‘bevel’.

Hasil rekaan enjin ini beserta dengan ketelitian tipikal pengeluar dari Itali berkenaan adalah bukti yang luhur akan intipati “form follows function”, dan rekaan ‘desmo; itu telah menjadi tanda dagang bagi Ducati.

Ducati 250 Single – Sumber: Vintage Motorcycle Photographs

5. Kawasaki W650 / W800

Hidup gear ‘bevel! Walaupun ianya untuk seketika.

Pacuan ‘bevel’ Ducati telah digantikan dengan tali sawat, dan kemudiannya pacuan rantai demi keringkasan dan untuk mengurangkan beratnya, yang mana ianya menyaksikan terhapusnya penggunaan ‘tower shaft’ dan penutup gear ‘bevel’ ala-penumbuk di sebelah blok silinder enjin.

Namun selepas itu, muncul pula motosikal retro Kawasaki W650 dan kemudiannya, W800. Motosikal seindah ini pastinya memerlukan enjin yang sama cantik, bukan?

Tetapi selepas itu Kawasaki mengumumkan pada awal tahun ini yang motosikal W800 akan dihentikan pengeluarannya kerean ianya tidak dapat mematuhi peraturan emisi yang akan datang.

TIIIDAKKKKKK!!!!

Enjin W800 – Sumber: kawamotor.de

6. Honda CBX

Bercakap mengenai Kawasaki, motosikal Honda CBX 1978 adalah senjata Honda dalam perang persenjataan besar-besaran di antara kedua-dua syarikat dari Jepun ini. Honda ingin merebut kembali takhta motosikal pengeluaran terpantas di dunia yang telah dirampas oleh motosikal Kawasaki Z1.

Bercirikan enjin 105bhp, 1047cc, sejukan udara, DOHC, 24-injap, enam-selari, dengan enam karburetor, ianya dapat mencecah kelajuan 216km/j. Tetapi, itu hanya sebahagian daripada ceritanya. Motosikal CBX 1979 menjalankan larian suku batu dalam masa 11.36 saat, pada kelajuan 189.82 km/j!

Enjinnya itu tampak besar dan canggung pada motosikal berkenaan, tetapi ianya hanyalah besar di bahagian atasnya. Bahagian bawah enjin ini telah dibuat lebih tirus tetapi dengan memindahkan alternator dan pacuan akhir ke lokasi yang lain telah membekalkan lebih banyak kelegaan tanah untuk penyelekohan yang lebih bersemangat.

Enjin Honda CBX – Sumber: squarespace.com

7. Moto Guzzi V-Twin

Enjin V-Twin Moto Guzzi ini amat mudah dikenali, dengan kedua-dua silinder yang terjulur ke tepi. Pautan secara melintang ini menggunakan aliran udara dalam membantu menyejukkan silinder-silinder berkenaan dan dengan pelitup ‘rocker’ aloi mereka, yang telah dipelajari daripada penglibatan mereka dalam penghasilan kapal terbang, berbanding dipaut secara memanjang di dalam kerangka motosikal lain.

Rekaan takungan minyak yang dalam dan bersayapnya itu juga masih lagi kekal sehingga hari ini.

Enjin-enjin yang baru seperti 843cc yang menjana rangkaian V9 dan 744cc yang menjana rangkaian V7 kini patuh sepenuhnya peraturan Euro4, dan jauh lebih lancar dan lebih mudah untuk diselenggara.

Moto Guzzi V-Twin

8. Triumph Twin

Sama ada dalam bentuk pra-unit atau pun rekaan-rekaan yang selepasnya, enjin ciptaan Edward Turner ini adalah sebuah ikon. Dari bekas ‘timing’nya itu sehinggalah ke silinder berbucu tajam dengan sesayap di sekitar blok silinder, enjin Triumph Twin ini adalah sebuah unit janaan kuasa yang teramat cantik sekali.

Rekaan utamanya itu telah diteruskan pada rangkaian motosikal moden klasik Triumph yang terkini, tidak pernah hilang akan rupa dan tarikan tersendirinya itu walaupun menggunakan sejukan cecair.

Triumph Twin – Sumber: motorcycle-usa.com

9. Harley Davidson V-Twin

Apa lagi yang boleh kita katakan mengenai sebuah enjin yang telah menjadi satu ikon berdekad lamanya?

Ya, sudah pasti akan ada yang akan pertikaikan yang tiada banyak inovasi atau pun tambahan kuasa yang besar diperolehi daripada enjin V-Twin ini, tetapi ianya bukanlah tujuan utamanya.

Dari segi apa pun yang anda perhatikan, enjin Harley-Davidson V-Twin 45 darjah ini (Big Twin dan Sportster Evolution) menjadi titik tumpuan utama bagi ke semua motosikal Harley (kecuali motosikal V-Rod) dan oleh kerana itulah begitu ramai pengubahsuai serta pengkhusus motosikal masih gemar menggunakan enjin V-Twin Harley ini (serta enjin ‘aftermarket’ dari S&S) sebagai titik mula bagi sebarang ciptaan mereka.

10. Suzuki “Square Four”

Suzuki RG500 “Gamma” telah dibina dari tahun 1985 hingga 1987, diilhamkan oleh jentera Grand Prix RGB500 yang telah memenangi 7 kejuaraan pengeluar secara berturut-turut dalam kelas 500cc dengan penunggang-penunggangnya seperti Barry Sheene.

Enjin empat silinder, dua lejang, sejukan cecair, 498cc, dwi-engkol, berinjap rotari, mempunyai silinder yang disusun dalam konfigurasi petak, menyebabkan enjin itu mendapat nama timangan “Square Four”. Ke semua empat silinder berkenaan telah disusun pada dataran yang sama pada versi awalnya, manakala versi yang kemudiannya menyaksikan dua di hadapan dan dua di belakang secara bertingkat supaya dapat disuaikan dengan lebih baik dalam kerangka serta pembahagian berat yang lebih baik.

Ia juga merupakan enjin replika perlumbaan dua lejang 500cc yang terakhir telah dibina (oleh kerana enjin Bimota V-Due yang tidak berfungsi).

Dan tidak, ombohnya tidak berbentuk empat segi.

Suzuki Square Four – Sumber: mcnewscom.au

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]