Waze Memperkenalkan Ciri Motosikal

  • Waze telah memperkemaskinikan aplikasi mereka dengan menyertakan ciri motosikal.
  • Kini, ia boleh mendapatkan maklumat masa sebenar dari motosikal-motosikal lain di atas jalan raya, dan bukan hanya sekadar kenderaan yang lain-lain sahaja.
  • Pembangun aplikasi ini telah mengatakan yang aplikasi ini akan boleh menunjukkan laluan-laluan yang lebih kecil yang boleh dilalui oleh motosikal yang tidak dilalui dengan kereta.

Aplikasi lalulintas dan navigasi berasaskan komuniti, Waze, baru sahaja memperkenalkan ciri motosikal.

Tidak dapat dinafikan lagi yang Waze adalah aplikasi navigasi kesukaan ramai di kalangan majoriti pemandu kereta di seluruh negara. Ia menggunakan sumber data masa sebenar dari pemandu-pemandu lain sebelum ianya diproses dan disampaikan kepada pengguna-pengguna lain. Sebagai contoh, jika laluan yang anda gunakan sedang mengalami pemerlahanan kenderaan, kelajuan perlahan yang memberi kesan kepada pengguna Waze yang lain itu akan ditafsirkan sebagai kesesakan lalulintas. Aplikasi ini akan cuba menukar semula laluan anda ke laluan yang lebih pantas.

Waze ini telah dibangunkan sebagai aplikasi navigasi sosial.

Kesesakan lalulintas di Pula Pinang. Ada yang sampai hanya bergerak sebanyak 1km/j!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Walau bagaimana pun, aplikasi ini senantiasa berdasarkan data kereta sejak kelahirannya lagi. Ini menimbulkan satu masalah bagi penunggang motosikal kerana kita boleh mencelah melalui kesesakan. Oleh kerana itu, Jangkaan masa ketibaan (estimated time of arrival – ETA) yang disampaikan kepada penunggang motosikal selalunya kurang tepat.

Ikon motosikal yang ada pada aplikasi Waze menunjukkan kedudukan motosikal anda di atas jalan raya

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Selain itu, motosikal dapat melalui laluan-laluan yang lebih kecil berbanding kereta. Dengan penambahan ciri yang terbaru ini, ianya dapat memandu kita melalui laluan pintas ini. Kami berharap yang ianya meliputi laluan motosikal juga.

Apa yang perlu anda lakukan untuk aktifkan ciri motosikal ini adalah: Settings -> Navigation -> Vehicle type -> Motorcycle

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kami akan cuba mengujinya dalam masa terdekat nanti dan berharap yang ianya tidak akan menyebabkan “Waze Daze”.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]