- Produk rawatan enjin dan bahanapi X-1R telah diformulasi bagi mempertingkatkan lagi prestasi enjin kenderaan anda serta mengurangkan penggunaan bahanapi.
- Dibangunkan untuk jentera aeroangkasa NASA yang gergasi, rawatan enjin berprestasi tinggi dan perangsang bahanapi yang sama kini boleh didapati untuk kereta dan motosikal anda.
- Produk-produk X-1R telah terbukti dapat mengurangkan penggunaan bahanapi sebanyak 10% atau lebih lagi di samping mengurangkan kehausan pada enjin anda.
Apa yang akan terjadi apabila salah sebuah agensi penerbangan dan aeroangkasa paling besar di dunia berhadapan dengan satu masalah? Bukan sebarangan penyelesaian yang perlu mereka fikirkan bagi sebuah agensi yang bertumpukan kepada bukan sahaja apa yang berada di angkasa lepas, tetapi juga segala keajaiban kejuruteraan dalam membina kenderaan yang mampu terbang ke angkasa lepas.
Seperti kebanyakan daripada kita orang-orang kebiasaan, NASA juga perlu menangani pelbagai masalah harian. Di mana kita sebagai rakyat Malaysia sering kali menantikan berita mengenai harga petrol mingguan pada setiap hari Rabu, NASA perlu memikirkan tentang aspek ini pada setiap masa memandangkan mereka perlu menggunakannya pada skala yang lebih BESAR.
Di samping pesawat ulang alik (space shuttle) dan penggalak roket menggunakan campuran cecair oksigen dan hidrogen yang menelan belanja dalam jutaan Ringgit, pengangkut yang dibuat khas untuk membawa kapal-kapal gergasi ini juga menggunakan begitu banyak bahanapi. Sejumlah lebih daripada 500,000kg bahan dorong mudah terbakar yang membantu dalam menerbangkan kenderaan yang beratnya lebih daripada 700,000kg. Sebagai perbandingan, ianya adalah jumlah berat keseluruhan bagi 4,200 unit motosikal KTM 390 Duke 2017!
Ianya satu jumlah berat dan bahanapi yang besar. Dengan jumlahnya yang sebegitu, tidak hairanlah yang NASA sering memikirkan cara untuk menjimatkan wang dalam penggunaan bahanapi. Penyelesaiannya? NASA telah bekerjasama dengan X-1R Corporation dalam mencipta sebuah formula rawatan enjin yang dapat membantu dalam mengurangkan penggunaan bahanapi dalam enjin dan pada masa yang sama, mempertingkatkan lagi prestasi keseluruhannya.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bagaimana X-1R berkerjasama dengan NASA, TEKAN SINI.
Dengan bantuan X-1R, pembangunan formulasi rawatan enjin bertaraf angkasa lepas ini telah membantu dalam mengurangkan penggunaan bahanapi NASA melebihi 10%! Oleh kerana itu, X-1R adalah di antara beberapa buah syarikat dalam dunia yang telah menerima sijil perakuan anugerah teknologi angkasa lepas DAN mendapat tempat dalam ‘Space Technology Hall of Fame’!
Dengan pengalaman dan perusahaan dalam aeroangkasa yang amat berjaya, X-1R telah memutuskan yang ianya pasti amat bermanfaat untuk orang kebanyakan sekiranya mereka memperkenalkan teknologi dan ciptaan mereka ke pasaran yang lebih luas. Kini, anda boleh mendapat manfaat yang sama untuk mana-mana kenderaan yang dijana enjin pembakaran dalaman sama ada kereta, trak, dan ya, motosikal juga.
Dengan pelbagai variasi rawatan enjin dan perangsang bahanapi, orang ramai seperti anda dan penulis juga boleh mendapatkan prestasi enjin yang terbaik di samping mengurangkan penggunaan bahanapi secara menyeluruh. Apabila anda tidak perlu membayar lebih untuk minyak petrol, ianya bermakna anda boleh menyimpan lebih banyak wang, atau sekiranya anda seperti penulis, mempunyai lebih banyak wang untuk membeli barangan berkaitan motosikal!
Apa yang perlu anda lakukan? Hanya dapatkan mana-mana X-1R Complete Fuel System Treatments untuk sebarang mod pengangkutan yang disyorkan dan masukkan jumlah yang disyorkan ke dalam kenderaan anda! Bagi motosikal, sebotol kecil X-1R Small Engine Formula boleh dimasukkan bersama dengan minyak enjin untuk mendapatkan enjin yang berjalan dengan lebih lancar dan cekap.
Setiap botol X-1R Small Engine Formula perlu dimasukkan bagi setiap liter minyak enjin yang digunakan oleh motosikal anda. Jadi, sekiranya anda mempunyai motosikal BMW S 1000 RR 2017 yang menggunakan 3.5 liter minyak enjin, anda boleh menambah jumlah X-1R Small Engine Formula (sebotol bagi setiap 1 liter) yang diperlukan bagi mendapatkan manfaat prestasi yang lebih baik dan penggunaan bahanapi yang lebih rendah.
Bagi penunggang kembara yang gemar untuk mengembara pada jarak yang jauh, ianya satu idea yang baik untuk membawa bersama beberapa buah botol X-1R Octane Booster. Di mana kebanyakan kereta dan motosikal di Malaysia mempunyai kadar ‘rating’ bahanapi RON95 dan ke atas, sesetengah negara hanya menawarkan bahanapi berkualiti lebih rendah yang tidak sesuai dengan kenderaan anda.
Dengan menggunakan X-1R Octane Booster, ianya dapat membantu dalam meningkatkan ‘rating’ RON sebarang petrol sebanyak tiga nombor. Ini bermakna sekiranya anda mengisi motosikal anda dengan bahanapi RON92, dengan penggunaan X-1R Octane Booster dapat meningkatkannya menjadi RON95. Ini akan membantu membekalkan bahanapi yang tepat untuk kenderaan anda bagi menangani sebarang masalah enjin yang tidak diingini.
Yang terbaik sekali mengenainya? Setiap botol 60ml boleh merawat sehingga 75 liter bahanapi! Motosikal-motosikal seperti Kawasaki Z650 ABS 2017 serba boleh yang datang dengan tangki bahanapi sebesar 15 liter itu boleh menggunakan sebotol X-1R Octane Booster sebanyak lima kali! Hanya sebanyak 12ml sahaja yang diperlukan bagi merawat bahanapi bagi setiap tangki penuh petrol untuk motosikal Z650 ABS. Penjimatan yang besar dalam pakej yang kecil.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai X-1R Octane Booster, TEKAN SINI bagi membaca ulasan yang telah dibuat oleh wartawan permotoran kami, Wahid Ooi Abdullah, sewaktu perjalanannya ke Segitiga Emas bersama GIVI Malaysia.
Dengan penggunaan yang kerap, anda dapat menjimatkan lebih kurang RM200* setiap bulan apabila anda memilih untuk menggunakan rangkaian rawatan enjin dan bahanapi X-1R bersama dengan formulasi Octane Booster mereka. Kesimpulannya, lebih banyak wang yang dijimatkan bermakna lebih banyak simpanan, dan lebih banyak simpanan bermakna kualiti hidup yang lebih baik. Sama ada anda pilih untuk menyimpan wang anda untuk masa-masa yang lebih memerlukan atau membelanjakannya untuk mendapatkan kelengkapan menunggang yang premium seperti helmet sport touring HJC RPHA 70, itu terpulang kepada anda.
*Hasil keputusan mungkin berbeza berdasarkan jenis bahanapi, jumlah, enjin, dan prestasi.
Produk X-1R boleh didapati di pengedar serta bengkel terpilih namun anda juga boleh mendapatkannya terus di atas talian di http://www.x1rasia.com/.
Berminat untuk melihat sendiri bagaimana X-1R ini berfungsi di depan mata? Dari 1 hingga 3 Disember 2017, Motonation akan menganjurkan karnival gaya hidup dan automotif terbesar yang pertama di Malaysia yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Jangan lepaskan peluang ini untuk menyaksikan dan mendapatkan produk X-1R yang terdapat di Malaysia untuk kenderaan kesayangan anda!
https://www.facebook.com/MotoNationPICC/videos/1956777547980030/