- Sebuah kerjasama yang baru di antara MV Agusta dan Pirelli telah membuahkan pengeluaran model MV Agusta Brutale 800 RR Pirelli 2018.
- Motosikal Brutale 800 RR edisi Pirelli ini dilengkapkan dengan kemasan warna yang direka khas dan beberapa buah bahagian lain yang diambil daripada motosikal superbike F4 mereka.
- Ianya boleh didapati dalam dua pilihan warna; hitam matte serta merah, dan kelabu serta biru.
MV Agusta telah menandatangani satu perjanjian rasmi bersama dengan sebuah pengeluar tayar terkenal, Pirelli, yang bakal menjadi pembekal tayar tunggal bagi jenama itu. Untuk meraikan peristiwa bersejarah ini, pengeluar motosikal premium dari Itali itu telah melancarkan motosikal MV Agusta Brutale 800 RR dengan kemasan grafik istimewa Pirelli yang amat terhad.
Dicipta oleh pereka di MV Agusta bersama dengan Pirelli Design, motosikal ini telah direka sebagai sebuah simbol kerjasama yang akan dituruti dengan ke semua motosikal MV Agusta yang sedang dalam pengeluaran, bakal dilengkapkan dengan tayar Pirelli bermula dari sekarang.
Jika dibandingkan dengan motosikal Brutale 800 RR yang standard, perubahan utama pada versi Pirelli yang sangat menawan ini adalah ianya lebih bertumpu kepada beberapa buah komponen yang berbeza dan sudah semestinya pada kemasan warnanya. Terdapat dua pilihan kemasan warna yang boleh didapati; gabungan hitam matte serta merah, dan kelabu serta biru.
Satu lagi kelebihan aksesori yang hebat dari kerjasama ini adalah anda akan mempunyai pilihan sama ada untuk mendapatkan sebuah set tayar Pirelli yang istimewa dengan dinding tayar berwarna bagi disedondonkan dengan motosikal kesayangan anda.
Perincian kosmetik lain adalah seperti pelana yang dibuat khas dengan sulaman berwarna serta pendakap lampu hadapan yang dicat semula dan sub-kerangka. Perubahan yang paling besar pada motosikal MV Agusta Brutale RR 2018 edisi Pirelli ini adalah rodanya yang ringan beserta beberapa bahagian lain yang diambil daripada motosikal superbike utama mereka, F4. Bagi menyesuaikannya dengan rim yang baru, sepasang tayar Pirelli Diablo Supercorsa SP yang lebih besar telah dilengkapkan.
Di mana kebanyakan motosikal edisi khas MV Agusta adalah motosikal buatan khas, motosikal MV Agusta Brutale 800 RR Pirelli ini adalah model pertama bagi jenama ini yang diubahsuai oleh Pirelli yang akan dikilangkan dan dijual dalam jumlah yang terhad seperti mana yang telah dipersetujui oleh kedua-dua syarikat gergasi dari Itali itu.