- KTM Malaysia kini menawarkan pakej KTM 1050 Adventure Travel Pack.
- Motosikal KTM 1050 Adventure adalah sebuah motosikal sport-/ adventure-tourer.
- Pembeli KTM 1050 Adventure Travel Pack yang baru akan menerima pelbagai kelengkapan mengembara.
Motosikal KTM 1050 Adventure ini telah dikenali sebagai model asas pengeluar berkenaan dalam memperkenalkan model motosikal kembara berkapasiti besarnya. Oleh kerana itu, motosikal KTM 1050 Adventure ini bercirikan ketinggian pelana yang terendah bersama dengan berat yang paling ringan di antara motosikal kembara KTM. Tetapi, pada masa yang sama, motosikal KTM 1050 Adventure juga turut dilengkapi dengan DNA READY TO RACE.
Enjin V-berkembar 1050cc-nya itu telah direka dengan perwatakan kuasa kuda dan tork yang lancar yang tidak terlalu menakutkan buat penunggang baru, tetapi, pada masa yang sama, penunggang berpengalaman akan masih tertarik dengannya. Tambahan pula, teknologi yang ada padanya seperti kawalan cengkaman (TC), pendikit “Ride-by-Wire”, tiga mod tunggangan, ABS, klac ‘slip-and-assist’ PASC, suspensi WP, brek Brembo, menyumbang kepada tunggangan yang lebih terkawal serta selamat.
Ciri-ciri ergonomik, pelana, dan penghadang angin boleh laras motosikal KTM 1050 Adventure ini juga telah direka untuk keselesaan penunggang, sama ada sewaktu menunggang berseorangan atau pun bersama pembonceng. Dengan segala perinciannya, motosikal KTM 1050 Adventure ini berkemampuan sepenuhnya sama ada di atas jalan raya berturap mahu pun ketika di atas jalan tanah merah.
Sejajar dengan fakta ini, motosikal KTM 1050 Adventure ini secara semulajadinya sesuai untuk pengembaraan. Oleh dengan itu, berdasarkan kepada sifatnya yang menakjubkan motosikal KTM 1050 Adventure ini, ia didatangkan dengan versi KTM 1050 Adventure Travel Pack yang dipertingkatkan.
Untuk masa yang terhad sahaja, Pembeli yang memilih KTM 1050 Adventure terbaru akan dihadiahkan promosi Travel Pack yang istimewa, yang mengandungi:
1. Pelindung enjin (dalam pilihan warna KTM Jingga atau Hitam).
2. Set ‘Touring Case’ model baru.
3. Kit ‘Case Carrier’ terapung.
4. Sistem Redaman Palang Pemegang Progresif.
5. Kit lampu isyarat LED.
6. Kit pelekat fork WP Suspension.
7. Penghadang angin pendek EU.
8. Cermin sisi rekaan baru.
9. Set pelekat rim.
Set kelengkapan ini bernilai RM12,864, tetapi, untuk masa yang terhad, ianya hanya berharga RM3,000 (tidak termasuk GST) beserta dengan harga pembelian motosikal KTM 1050 Adventure terbaru.
Sila kunjungi pengedar rasmi KTM terdekat hari ini untuk merebut peluang sempena pakej istimewa ini!