Sepuluh Kegunaan WD-40 Dalam Penyelenggaraan Motosikal

  • WD-40 cukup terkenal kerana keserbagunaanya.
  • Mereka juga telah mengkhususkan diri dalam penghasilan produk penembus dan pelincir yang sesuai digunakan dalam penyelenggaraan motosikal.
  • WD-40 juga telah melancarkan sebuah rangkaian khusus untuk motosikal yang dinamakan “Specialist Motorbike”.

 

Nama WD-40 cukup sinonim sekali dengan penunggang motosikal dan mekanik sehinggakan kita secara semulajadinya akan menggapai tin berwarna biru dan kuning ini dan menyemburkannya di mana sahaja ia diperlukan, tanpa perlu berfikir panjang.

Sebenarnya, WD-40 ini mempunyai kegunaan yang universal bagi hampir setiap aspek kehidupan seharian. Tidak terbilang banyaknya waktu saya gunakan produk ini untuk melonggarkan kunci pagar atau melincirkan rel pintu gelangsar. Atau menanggalkan contengan krayon atau dakwat dari permukaan dinding dan perabot, ‘hasil seni’ anak-anak saudara penulis.

WD-40 bukan hanya untuk melincirkan tetapi juga sebagai penembus yang meresap masuk di sebalik lapisan pengoksidaan (karat). Dan kerana kita bercakap mengenai motosikal, kami senaraikan sepuluh kegunaan utamanya bagi penyelenggaraan motosikal:

1. MELONGGARKAN NAT/SKRU/ALATAN YANG KETAT

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nat gandar belakang terlalu ketat? Anda perlu pasang genggaman palang pemegang baru tetapi tidak mempunyai pemampat udara? Ada playar yang rahangnya terlekat dengan kuat kerana sudah lama tidak digunakan?

Apa lagi? Sembur sahaja WD-40 dan lihat sendiri keajaibannya. Malah, dengan adanya sedikit semburan WD-40 pada alatan anda akan mengelakkannya dari berkarat (sekiranya ia diperbuat daripada keluli).

2. TEMPAT LETAK KAKI YANG KETAT

Jika anda seperti penulis yang lebih suka menunggang dengan tempat letak kaki pembonceng dilipat ke atas, hujan, kelengasan dan debu halus akan masuk dalam rongganya akan menyebabkannya ia terlekat dengan ketat.

Sembur sahaja WD-40 di situ dan perhatikan kotorannya mengalir keluar.

3. MELINCIRI/MELINDUNGI BAHAGIAN GETAH/PLASTIK

Musuh utama getah adalah sinaran UV, haba, air, dan kelengasan. Benda yang sentiasa ada di iklim cuaca kita. Getah akan mengeras dan bertukar menjadi rapuh dengan peredaran masa jadi kita perlu sentiasa melincirinya dari masa ke semasa.

Sama seperti getah, plastik hitam yang tidak dilitupi mempunyai musuh yang sama, menukarkannya ke warna kelabu yang menyakitkan mata, rapuh, dan mudah merekah.

Anda boleh menggunakan WD-40 yang asal untuk melitupinya, tetapi WD-40 mempunyai sebuah produk untuk mengatasi masalah ini, dinamakan “Specialist Motorbike Total Shine”. Terdapat juga produk WD-40 “Specialist Motorbike Silicone Shine”, yang merupakan produk yang sesuai sekali untuk kegunaan ini. Hanya sembur terus ke atasnya atau pun pada sehelai kain dan lapkannya. Tetapi JANGAN sesekali menyemburnya terus ke permukaan bunga tayar!

4. MELINCIRI BAHAGIAN YANG BERCIUT

Anda sedang menunggang di atas motosikal anda dan semua orang memerhatikan anda. Tiba-tiba ada sesuatu yang mula berbunyi seperti spring tilam sewaktu anda sedang berhenti. Memalukan sungguh!

Anda buat pemeriksaan ringkas dan dapati ianya datang dari pemaut penyerap hentakan belakang. Ya, air dan debu halus juga boleh masuk ke situ. Satu semburan WD-40 di situ dan selesai sudah masalah anda.

5. MELINCIRI LUBANG KUNCI

Air dapat masuk ke mana-mana sahaja, dan lubang kunci juga tidak terkecuali. Jadi, perlukah anda berhenti menunggang dalam hujan dan tidak membasuh motosikal langsung? Ianya tidak akan membantu kerana kelengasan juga turut menjadi puncanya di sini.

Mekanisma kunci akan berkarat dan ketat dengan peredaran masa. Penulis pastikan penghidup enjin, penutup tangki bahanapi, dan lubang kunci pelepas pelana dalam keadaan baik dengan melindunginya menggunakan pelincir yang terkenal ini.

6. MENYINGKIRKAN AIR

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Satu amalan baik buat penunggang motosikal adalah menyembur WD-40 pada segala nat dan selak serta mana-mana bahagian yang tidak sepatutnya ada air selepas menunggang dalam hujan lebat mahu pun selepas mencuci motosikal anda. Penyambung wayar elektrik mungkin sukar untuk dicapai, namu dengan menyembur WD-40 ini akan membantu menyingkir air dan mengelakkan penakungan air, begitu juga pada terminal bateri dan suis.

7. MENANGGALKAN SISA PELEKAT STIKER

Anda menanggalkan stiker yang berada pada permukaan motosikal anda, tetapi ia telah meninggalkan sisa gam pelekatnya. Jika dibiarkan, tompok itu akan menjadi bertambah kotor apabila terkena debu dan kotoran. Mengikisnya pula nanti akan menimbulkan masalah baru kerana anda mungkin terkikis cat motosikal sekali.

8. SEBAHAGIAN DARIPADA RUTIN PEMBERSIHAN RANTAI

Saya menggunakan WD-40 pada rantai selepas mencucinya dengan minyak kerosene. WD-40 itu akan menyingkirkan minyak kerosene dan sisa kotoran, menyediakan rantai untuk pelinciran. Semburkan sahaja WD-40, biarkan buat beberapa minit supaya ia dapat menembusi kotoran dan cuci dengan berus sekiranya perlu, dan bilas dengan air. Formulanya itu memerangkap gris, kotoran debu, dan minyak dengan lebih berkesan. Ia juga dapat digunakan untuk membersih lengan ayun dan gegancu (sproket).

 

Selepas selesai mencuci, semburkan sedikit WD-40 Specialist™ Automotive Chain Lube bagi menyempurnakan tugas untuk memastikan pengoperasian motosikal yang lancar dan tanpa sebarang masalah.

9. MEMBERSIHKAN KARAT/GRIS YANG ADA PADA ALAT

Sekiranya ada alat atau bahagian motosikal yang mula berkarat, WD-40 mampu menanganinya.

Semburkan sahaja, biar ia menembusi bahagian karat itu dan gilapnya. Jika terminal bateri anda telah mulai berkarat, anda sudah tahu sekarang apa yang anda perlu lakukan.

10. MELINCIRI WAYAR KABEL KLAC/BREK

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Wayar kabel klac atau pendikit seeloknya dilincirkan dengan gris. Tetapi, menanggalkannya mungkin menimbulkan sedikit kesukaran. Hanya sembur sahaja WD-40 ke dalam tiub bagi melincirinya bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik.

Sembur sedikit WD-40 padanya, tunggu buat beberapa saat, dan sental dengan perlahan-lahan menggunakan kain.

Terdapat begitu banyak perkara berkaitan motosikal yang anda boleh lakukan menggunakan ke semua produk yang dihasilkan oleh WD-40. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rangkaian WD-40® Specialist™ Automotive, TEKAN SINI.

Selain itu, anda juga boleh melayari laman sesawang mereka DI SINI.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]