- Bersama dengan pengenalan motosikal terbaru mereka, Ducati Panigale V4 dan Ducati Panigale V4 S, Ducati telah membuat kejutan dengan memperkenalkan motosikal Ducati Panigale V4 Speciale 2018.
- Motosikal Panigale Speciale 2018 menjana 226hp dan hanya seberat 165kg, oleh kerana ia menggunakan sistem ekzos titanium sepenuhnya Akrapovic dan roda magnesium.
- Hanya 1,500 buah unit motosikal Ducati Panigale V4 Speciale 2018 yang akan dikeluarkan untuk seluruh dunia.
Selain daripada pelancaran motosikal Ducati Panigale V4 2018 yang mengagumkan bersempena dengan Pertunjukan EICMA Milan, Ducati sekali lagi telah membuat kejutan dengan menyingkap tirai di sebalik motosikal Ducati Panigale V4 Speciale yang terhad serta menawan.
Apakah keistimewaan motosikal Panigale V4 Speciale ini? Pertama sekali, Ducati telah mengumumkan bahawa hanya 1,500 buah unit sahaja yang boleh didapati di seluruh dunia. Berbanding dengan motosikal Panigale V4 standard dan model S, ianya ketara sekali merupakan di antara motosikal superbike keluaran Ducati paling ringan dan serta paling berkuasa yang pernah ada. Sejumlah 226 kuasa kuda memacu motosikal yang begitu ringan sehinggakan anda boleh “Bench Press”-nya sekiranya anda pengunjung gim yang tegar.
Penambahan kuasa sebanyak 12hp itu dapat dilakukan dengan melengkapkannya dengan sistem ekzos titanium sepenuhnya Akrapovic. Ekzos yang baru ini boleh digunakan pada keseluruhan rangkaian motosikal Panigale V4 yang mana boleh membantu mengurangkan beratnya sebanyak 10kg dan menambah kuasa tambahan tersebut. Jadi ya, lebih ringan serta lebih berkuasa.
Satu lagi ciri premium yang juga pilihan tambahan adalah roda magnesium yang juga membantu mengurangkan beratnya berbanding dengan dua model Panigale V4 yang lain. Jika anda mempunyai wang untuk memiliki motosikal Panigale V4 Speciale ini, pastikan anda mendapatkan roda magnesium ini supaya ianya lebih istimewa lagi.
Aspek-aspek yang lain pada motosikal ini mirip apa yang terdapat pada motosikal Panigale V4 S 2018 dari suspensinya ke pakej brek kecuali untuk beberapa bahagian karbon fiber dan aluminium istimewa yang khusus untuk Speciale ini. Brek dan penyerap hentakannya boleh ditala dengan serta merta seperti mana yang boleh dilakukan oleh jentera MotoGP dan WorldSBK.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai model Panigale V4 standard dan S 2018, TEKAN SINI.
Ciri-ciri yang yang terdapat pada motosikal Ducati Panigale V4 Speciale 2018 ini adalah pakej suspensi elektronik keseluruhan Ohlins, bateri litium-ion, roda aluminium tempa Marchesini serta sub-kerangka dibuat daripada magnesium yang boleh anda dapati juga pada Panigale V4 S 2018.
Anda ada wang lebih yang ingin dibelanjakan? Lebih baik anda bersegera kerana seperti apa yang telah dinyatakan pada awalnya, hanya 1,500 buah unit sahaja yang akan dikeluarkan dan kami amat pasti sekali yang harganya itu akan meningkat dengan mendadak.
Huuu,bila nk masuk malaysia ni,Xsabar nk tade in dgn ex5 class 1..
Ahmad Hani Syakir nie haa peningpale kuar baru.. 4 x pening die bg.. haha
Harap2 sempat menabung.. boleh la beli sebiji.
Afiq Haziq bila nk beli
Hmm.. lawanya rol.. kenapa yang lawa semua mahal2?
Fauzan Mohd
Siapla setengah juta
Trade in esfai lari kedai kena plus brapa ni..?
Tukaq dgn ezos ejm bleh dk
Ejm dh penah pkai bang.. klu cj ipoh sy on..
Fahmy Rossi-d pakai kat at s v 4
Muhammad Wazir Mohd Fadhli da bole sambar ni
keje smpi tua pun blom tentu dpt..
Hafezul Shafiq awak lain gaji asyukkk leh lah..ni pakai wave 100 rosak pun x betol2 kan hahahah
Asyukkk cet ni pon da bpe ari tersidai je ni kt umah x dapt keje lg
Bila on
Blom bole on laa der..nak diri lama pon x leh..baring pon sakit duduk pon sakit..serba x kene..saki kat tulang rusuk..terhentak masa jatuh tu
Oooo..x pe lah rehatlah dlu…
Bosan da ni der…merepot
Conform harga lebih setengah juta
Kalau bole beli utang 50 tahun berapa bulan2 agak2..150 ade x agak2
1500 unit je dlm dunia…yg pasti malaysia mesti ada smpai nnt 20 30 biji….hehe…
design aerodinamik mcm gsx1000 2017 je..hihi
Zainal Ariffin apa lagi yg tinggal kat kg ko, yg boleh dijual?
Ini boleh masuk dlm wishlist jgk Azrul Aizad
Atan Atiya
Wow..trbaek niy..bile kua tue admin..xsbar nk wat wallpaper enpon niy…
Mukiz Mike
Mohd Faizal Md Daud
Muhammad Badrull Zaman Adam
Fahmi Alsafri
Jie cancel rsv4 ritu, amek ni.
Nasib baik ak x bayor lg rsv4 tu. Sempat lg kancel
Mujur jie. Nt da bli jgn lpe up gmbr.
Mesti la. Siap #hobiakumahal
Bagus jie. Br org luar sana tau bkn rempit biase2. Rempit berwawasan peneraju negara.
Kami mat moto bukan mat rempit
Mat moto bell magnum 3 gshock merah rxz biru
Raspiraso
Kalau jual buah pinggang boleh beli tak moto nie
Harga pun mesti terkejut dengar nanti hihi
Falziah Jamil Boomjiah
Ok esok book
Mohd Alif
343 more words. Speechlrss
Ambik 1 amy…
3kampit 50kg baja saja ni..ya mak ai..hampir kena berat motocub
Saigan hp4 race ni
harga yahudi mabuk terus meninggal ni..
Nak beli la sebijik.. Simpan buat tukun.. Haha
Faez Fauzi beli hok ni laa..sedak sikit