Honda PCX Electric Dan PCX Hybrid Diperkenalkan

 

  • Honda telah memperkenalkan motosikal PCX Electric dan PCX Hybrid di Pertunjukan Motor Tokyo 2017 kali ke-45.
  • Kedua-dua buah motosikal ini dijangka akan mula dijual di rantau Asia bermula tahun 2018.
  • Honda bekerja keras bagi menepati tarikh akhir yang ditetapkan oleh sesetengaha negara yang ingin ke arah kenderaan elektrik.

Sementara kita sedang bersorak menyokong penunggang kegemaran kita di Shell Malaysia MotoGP 2017, Honda telah melancarkan motosikal skuter PCX Electric dan PCX Hybrid baru di Pertunjukan Motor Tokyo kali ke-45.

Honda mengatakan yang kedua-dua skuter ini akan dijual di seluruh rantau Asia bermula tahun 2018.

Skuter Honda PCX Electric adalah skuter elektrik sepenuhnya yang dilengkapi dengan motor keluaran tinggi yang dibangunkan oleh Honda. Walau bagaimanapun, ciri yang paling menarik sekali adalah Honda Mobile Power Pack, yang terdiri daripada dua pek bateri lithium-ion yang boleh ditanggalkan. Anda tidak menjumpai sebarang stesen pengecas? Tanggalkan Power Pack ini dan bawanya ke punca kuasa.

Skuter Honda PCX Hybrid pula menggunakan sistem hibrid Honda yang asli serta baru dibangunkan khusus untuk motosikal. Sistem hibrid yang kompak itu menggunakan bateri keluaran tinggi dan AC generator (ACG) mirip dengan penghidup jenis ‘Idling Stop System’ yang terdapat pada skuter janaan petrol semasa Honda PCX 150.

Kedua-dua buah motosikal skuter PCX Electric dan PCX Hybrid tampak agak serupa dengan PCX janaan petrol, kecuali dengan beberapa perbezaan.

Honda sedang berusaha keras untuk menghasilkan kenderaan elektrik bagi menepati tarikh akhir yang telah ditetapkan oleh pelbagai negara yang mengharamkan pengeluaran enjin pembakaran dalaman dalam jangka masa dua dekad yang berikutnya, dalam usaha mereka untuk mengurangkan kesan gas rumah hijau yang menyumbang kepada pemanasan global. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Motor, Takahiro Hachigo menambaha yang skuter PCX Electric adalah sebahagian daripada matlamat Honda untuk meningkatkan pengeluaran kenderaan elektrik sehingga dua pertiga daripada keseluruhan pengeluaran kenderaan menjelang 2030.

Di rantau Asia, India menerajui cabaran untuk beralih ke kenderaan elektrik, dengan mengusulkan tahun 2030 sebagai tarikh akhirnya, manakala China akan menyiapkan infrastruktur kenderaan elektriknya menjelang 2022. Malaysia pula, masih lagi berlengah-lengah dalam melaksanakannya.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]