- KTM Malaysia menggegarkan MotoGP Malaysia 2017 dengan penuh bergaya sekali.
- Penunggang Moto3 dan Moto2 telah turun ke padang bagi sesi ramah mesra dan tandatangan bersama dengan para peminat.
- Penunggang MotoGP juga telah menghadiri sesi beramah mesra dan tandatangan bersama dengan peminat pada hari ini.
27 Oktober 2017, Litar Antarabangsa Sepang – Seperti yang telah dijanjikan, KTM Malaysia telah menggegarkan acara perlumbaan MotoGP Malaysia 2017.
Walaupun permulaan pada hari pertama (Jumaat) agak lembab akibat hujan yang tidak henti-henti di sebahagian besar hari itu, astaka KTM tetap dipenuhi dengan para peminat perlumbaan yang telah sabar menantikan kemunculan penunggang Moto2, Miguel Oliveira dan Brad Binder, yang turut disertai oleh penunggang Moto3, Bo Bendsneyder dan Niccolo Antonelli.
Berkat kesabaran mereka telah dibalas oleh KTM Malaysia yang mengadakan sesi kuiz sukaria sepanjang hari berkenaan. Para peserta telah membawa pulang PELBAGAI memorabilia KTM yang menarik sekali.
Para pengunjung juga berpeluang untuk melihat, menyentuh, malah mengambil bau motosikal KTM terbaru, termasuklah replika motosikal MotoGP GP16, motosikal perlumbaan RC Cup, motosikal 250 Duke dan 390 Duke yang baru dilancarkan, 1290 Super Duke R, 1290 Super Adventure S, 1290 Super Adventure R yang baru; dan sudah pasti, motosikal ‘off-road‘ yang sinonim dengan KTM seperti model ISDE Six Day Enduro baru, motosikal motocross model SX-F, model empat lejang EX/C-F dan bermacam-macam lagi model yang lain.
Motosikal ISDE Six Day model terbaru ini tampak menarik dengan kemasan grafik yang berbeza, kerana acara International Six Day Enduro kini berpindah ke negara Perancis. Motosikal-motosikal ini adalah motosikal pilihan para pengumpul.
Sebuah lagi motosikal yang menjadi tarikan adalah 1050 Adventure Travel Pack. Motosikal 1050 Adventure ini telah sekian lama dikenali sebagai motosikal yang selesa, boleh diharap dan menyeronokkan untuk pengembaraan dan sport-touring, tetapi, kini ianya telah dipertingkatkan lagi dengan Travel Pack.
Buat masa yang terhad, pembeli yang memilih pakej Travel Pack bersama dengan motosikal 1050 Adventure yang baru ini akan menerima 10 (ya, 10!) aksesori PowerPart seperti pannier separa-apung, palang perlindungan kemalangan buat enjin, dan pelbagai lagi dengan hanya RM3,000. Nantikan perkembangannya bersama kami pada masa akan datang.
Hari kedua MotoGP Malaysia 2017 (Sabtu, 28 Oktober) telah menyaksikan penunggang MotoGP, Pol Espargaro dan Bradley Smith mengunjungi astaka KTM untuk satu lagi sesi beramah mesra dan tandatangan. Sesi ini telah diadakan pada jam 5petang.
GALERI GAMBAR