11 Perkara Yang Boleh Anda Lakukan Ketika Berada Di Litar Sepang Semasa MotoGP

Sumber imej: Litar Antarabangsa Sepang

 


1. Kunjungi Khemah Khidmat Penyelenggaraan Shell Advance Ride Thru

Anda menunggang motosikal anda ke Sepang untuk menyaksikan perlumbaan? Pastikan anda mengunjungi khemah Shell Advance di tempat letak kenderaan PA1 bertentangan dengan pintu masuk utama (Welcome Centre). Beli mana-mana minyak pelincir motosikal Shell Advance dan anda akan mendapat khidmat penyelenggaraan enjin percuma, penapis enjin percuma, makanan dan minuman percuma, dan anda akan berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah yang menarik. Saksikan video yang telah dirakam oleh laman saudara kami di Bikes Republic sewaktu Shell Ride Thru Service tahun lalu untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

https://www.facebook.com/BikesRepublic/videos/1351494048214910/

2. Tiada tiket untuk menyaksikan perlumbaan? Kunjungi Shell Advance Ride Thru – sekali lagi!

Ya, tuan-tuan. Shell Advance Malaysia ingin menghadiahkan anda tiket percuma Shell Hillstand untuk menyaksikan perlumbaan ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah beli Shell Advance AX7 atau Ultra dan selenggara motosikal di Ride Thru Service mereka! Jadi, sekiranya anda tidak mempunyai tiket, inilah peluang anda.

3. Bersedia untuk membeli belah!

MotoGP Malaysia adalah masa yang sesuai sekali untuk anda mendapatkan barangan penunggang atau pasukan kegemaran anda. Akan terdapat pelbagai barangan jualan Valentino Rossi yang dijual, dengan harga yang amat berpatutan. Jadi sediakanlah wang anda secukupnya untuk memborong segala barang yang anda inginkan.

4. Kunjungi khemah HJC untuk melihat helmet yang istimewa

Sudah pasti akan adanya jenama helmet yang lain di sana, dan anda patut mengunjunginya juga, tetapi HJC Helmets dikenali kerana helmet-helmetnya yang menakjubkan dan antara yang paling mampu milik di pasaran buat masa ini. Model helmet terkini mereka adalah rangkaian helmet bertemakan adiwira Marvel. Tetapi rekaan terkini yang pasti akan menarik perhatian para peminat kartun dengan rekaan dari filem Cars 3. Jangan lepaskan peluang untuk melihat segala perincian pada helmet HJC yang baru ini.

5. Peluang untuk merapati motosikal Kawasaki H2R yang menakjubkan

Motosikal Kawasaki H2R tidak perlu diperkenalkan lagi, ianya bagaikan makhluk asing berbanding dengan motosikal yang biasa. Diperbuat daripada karbon fiber, motosikal yang dicas lampau ini mampu mencecah kelajuan 400km/j. Ia tetap tampak pantas walaupun berkeadaan pegun. Hayatilah mahakarya kejuruteraan ini di khemah Kawasaki. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jentera mengagumkan ini, TEKAN SINI!

6. Pelbagai pilihan motosikal KTM yang boleh dilihat

Jenama KTM Motorcycles semakin mendapat tempat di dalam negara kita, dan mereka adalah sebilangan kecil pengeluar yang mempunyai rangkaian
lengkap motosikal, tidak kiralah sama ada motosikal dirt bike, mahu pun motosikal tunggangan harian. Akan ada sebuah motosikal KTM yang sesuai untuk setiap keperluan. Dan sekiranya anda peminat pasukan itu, terdapat juga pelbagai cenderahati rasmi mereka yang boleh anda miliki.

7. Kekal hidrat bersama Red Bull

Saban tahun, jenama Red Bull telah membina reputasinya sebagai khemah yang paling gempak sewaktu berlangsungnya hujung minggu MotoGP, dengan atmosfera ala-pestanya itu. Jadi, kunjungilah khemah Red Bull, tontonilah perlumbaan secara langsung, sejukkan badan anda di dalam khemah yang berhawa dingin itu, dan nikmatilah minuman tenaga Red Bull.

8. Swafoto bersama model

Di mana adanya motosikal yang laju, sudah pasti terdapat ramai gadis-gadis jelita, dan begitulah kisahnya juga di acara MotoGP ini. Pasti akan adanya barisan panjang para jejaka yang ingin ber-swafoto bersama model-model yang cantik ini, dan mereka akan menyambut anda dengan senyuman. Cuma, pastikan anda tidak datang dengan isteri atau teman wanita.

9. Saksikan Motosikal BMW baru

BMW Motorrad Malaysia mempunyai khemah yang gah di pintu masuk kawasan grand stand. Dan seperti KTM, mereka juga mempunyai rangkaian penuh motosikal yang boleh dimiliki pada hampir keseluruhan tahap belanjawan. Daripada motosikal G 310 R yang digilai ramai, sehinggalah motosikal BMW HP4 Race mengagumkan dengan tanda harga RM520,900! TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai motosikal berkenaan.

10. Memenangi pelbagai hadiah.

Pelbagai khemah yang ada akan menghadiahkan pengunjungnya secara bersyarat. GIVI, sebagai contoh, akan menghadiahkan kotak syiling selepas anda ‘like’ laman Facebook mereka. Kami juga tahu yang gerai-gerai yang lain melakukan perkara yang sama, jadi pastikan anda sentiasa peka dengan hadiah yang ditawarkan.

11. Saksikan perlumbaan!

Kita kini di perlumbaan kedua terakhir untuk musim ini, dan penunggang dari Sepanyol, Marc Marquez, sekali lagi mendahului kejohanan. Di tempat ke-dua adalah Andrea Dovizioso yang masih lagi berpeluang untuk memenangi kejohanan ini, sekiranya sesuatu berlaku kepada Marquez, yang mana ianya amat tipis. Sudah pasti terdapat banyak aksi yang menarik dapat disaksikan pada perlumbaan ini. Selain itu, wira-wira negara Adam Norrodin, Hafizh Syahrin, Khairul Idham Pawi, serta penunggang ‘wildcard‘ Kasma Daniel Kasmayudin akan membuktikan kehebatan mereka di hadapan penyokong tempatan. Jadi tidak kiralah apa yang anda lakukan, tidak kira berapa ramai model cantik yang anda ingin ber-swafoto bersama, atau pun hadiah-hadiah yang ingin anda menangi – jangan ketinggalan untuk menyaksikan perlumbaan ini!

Jumpa anda di sana!

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]