Motosikal Elektrik Ducati Menjelang 2030?

  • Terdapat sebuah pelan yang menunjukkan kemunculan sebuah motosikal elektrik Ducati di pasaran menjelang tahun 2030.
  • VW Group telah mengumumkan di Frankfurt Auto Show mengenai inisiatif hijau terbaru mereka yang dinamakan “Roadmap E”.
  • Inisiatif ini dirancang bagi mempelbagaikan setiap satu jenama permotoran di bawah naungannya itu dengan sekurang-kurangnya sebuah kenderaan elektrik menjelang tahun 2030.

 

Menurut sebuah laporan terkini yang dibuat oleh Asphalt and Rubber, Pertunjukan Frankfurt Auto Show baru-baru ini telah menyaksikan Pengerusi Volkswagen Group, Matthias Muller mengumumkan yang ke semua jenama permotoran dan syarikat di bawah naungan mereka akan memperkenalkan sekurang- kurangnya sebuah jentera elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2030.

Dinamakan “Roadmap E”, inisiatif ini menyebabkan syarikat utama dari Jerman itu menumpukan perhatian kepada ke semua jenama automotif yang bernaung di bawah syarikat mereka pada masa ini. Walau bagaimana pun, mereka juga turut memaklumkan bahawa inisiatif ini juga akan memberi kesan kepada pengeluar motosikal gergasi dari Itali yang berada di bawah mereka, iaitu Ducati.

Laporan itu tampak jelas sekali daripada ayat yang telah dipetik dari VW Group dalam sebaran akhbar mereka di mana mereka berkata “Akan terdapat sekurang-kurangnya sebuah versi yang dielektrifikasikan bagi setiap satu daripada lebih kurang 300 model Group ini merentasi seluruh jenama dan pasaran.”

Selepas pengenalan terkini enjin Ducati V4 Stradale janaan petrol yang amat berkuasa itu, tiada lagi tanda-tanda sekiranya jenama dari Itali itu benar-benar bersedia untuk membuat anjakan paradigma ke arah kuasa elektrik. Dengan masa depan teknologi bersih yang semakin pantas menghampiri kita, tidak dapat dinafikan yang ianya telah semakin maju dan semestinya adalah satu idea yang bernas bagi Ducati mengikuti arah aliran ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai enjin motosikal superbike keluaran Ducati V4 Stradale ini, TEKAN SINI.

Masih ada 13 tahun lagi sebelum inisiatif Roadmap E ini tiba di kemuncaknya. Ducati masih mempunyai ruang masa yang mencukupi untuk menghasilkan sesuatu yang menakjubkan yang akan mengujakan semua orang berkaitan dengan teknologi hijau ini. Jadi, siap sedialah tuan-tuan dan puan-puan. Sebuah motosikal elektrik Ducati bukan sekadar sebuah fantasi, ianya bakal menjadi realiti.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply