Pertandingan Castrol Bike Mechanic Contest 2017

  • Juara bagi pertandingan “Castrol Bike Mechanic Contest 2017” akan mewakili Malaysia dalam pusingan akhir peringkat Asia-Pasifik.
  • Hanya 3 orang pemenang telah dipilih daripada 800 orang peserta.
  • Pusingan akhir peringkat ASi-Pasifik akan diadakan di Pattaya, Thailand dalam bulan November.


Kuala Lumpur, 10 Oktober – Pertandingan berprestij, “Castrol Bike Mechanic Contest 2017” ditamatkan dengan gemilangnya selepas pertandingan yang hebat selama empat bulan, di mana Castrol Malaysia telah mengumumkan pasukan mekanik Castrol Bike Point yang terbaik di Malaysia.

Kerjasama sepasukan kunci untuk berjaya dalam Cabaran Praktikal.

Hadiah Utama telah dimenangi oleh sebuah pasukan dari Wilayah Selatan. Eng Lean Hui, Sivanathan Letchumanan, dan Tee Kok Jing telah mengakali lima pasukan yang lain di acara Grand Finale pertandingan itu. Selain daripada memenangi trofi Juara dan sebuah skuter Yamaha 125cc serba baru untuk setiap seorang, yang lebih penting, para pemenang Hadiah Utama ini juga akan mewakili Malaysia di pertandingan “Asia-Pacific Castrol Bike Mechanic Contest” di Pattaya, Thailand pada bulan November ini. Di sana, mekanik Castrol Bike Point terbaik Malaysia akan bersaing dengan mekanik dua-roda dari negara-negara lain dalam wilayah Asia-Pasifik termasuklah Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam, dan India.

Dari kiri ke kanan: Tee Kok Jing, Eng Lean Hui, dan Sivanathan Letchumanan, juara pertandingan Castrol Bike Mechanic Contest 2017 peringkat Malaysia.

Pemenang tempat ke-dua telah jatuh kepada Goh Poh Joo, Tony Charles, dan Tan Tack Boon yang mewakili Wilayah Malaysia Timur (Sabah & Sarawak), manakala tempat ke-tiga pula dimenangi oleh Lim Kok Seong, Lee Yong Chang, dan Fakrurazi Abdul Ghafar dari Wilayah Tengah.

Pasukan Wilayah Tengah yang khusyuk dalam pertandingan.

Pertandingan “Castrol Bike Mechanic Contest 2017” peringkat Malaysia telah bermula pada bulan Jun, di mana hampir 800 orang peserta dari lima wilayah di seluruh negara menyertai pusingan saringan. Daripada pusingan itu, hanya 18 orang mekanik, yang dibahagikan kepada enam buah pasukan bertiga, telah melayakkan diri ke pusingan separuh akhir. Selepas satu pertarungan yang hebat bagi menguji pengetahuan berdasarkan teori mereka, hanya tiga buah pasukan yang telah disenarai pendek untuk meneruskan persaingan mereka di peringkat akhir bagi bertanding di dalam sebuah Cabaran Pengetahuan Praktikal bagi mendapatkan peluang untuk dinobatkan sebagai Pasukan Mekanik Castrol Bike Point yang terbaik di Malaysia. Para mekanik berkenaan telah diadili oleh satu pasukan penghakiman bebas seramai empat orang yang terdiri daripada pakar teknikal yang amat berpengalaman serta pakar kajian dan pembangunan dalam industri motosikal.

Enam pasukan akhir yang bertanding di peringkat Grand Finale.

“Pertandingan Castrol Bike Mechanic Contest adalah salah satu daripada pelbagai usaha Castrol Malaysia untuk mengiktiraf dan memberi ganjaran di atas kemahiran tahap tinggi di kalangan mekanik Castrol Bike Point di Malaysia. Melalui pertandingan ini, kami telah memastikan yang para mekanik dapat terus mengasah lagi kemahiran mereka. Castrol terus berusaha untuk meningkatkan lagi pengetahuan teknikal serta mempertingkatkan perkhidmatan pelanggan mereka. Pertandingan tahun ini ternyata lebih bermakna kerana pemenangnya akan mewakili negara di dalam pertandingan di peringkat Asia-Pasifik. Kami berasa amat berbangga kerana dapat mengiktiraf kemahiran para mekanik kami di Malaysia dan akan terus menyokong mereka sewaktu mereka bersiap sedia untuk menghadapi cabaran yang akan datang,” ujar Keow Mei-Shan, Pengarah Pemasaran Malaysia & Singapura.

Keow Mei-Shan, Pengarah Pemasaran Malaysia & Singapura, Castrol Malaysia.

Bercakap di upacara penyampaian hadiah, Eng Lean Hui berkata, “Saya bersama dengan teman sepasukan saya berasa amat gembira kerana telah
memenangi pertandingan yang mencabar ini, dan berasa amat berbangga untuk mewakili Malaysia di pertandingan Asia Pacific Bike Mechanic pada
penghujung tahun ini. Kami telah banyak belajar semasa pertandingan ini. Sebagai seorang individu, kami tidaklah sempurna, namun, bersama, kami sebuah pasukan yang sempurna! Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Castrol Malaysia kerana memberikan kami peluang ini. Kami akan meneruskan latihan dan menambah pengetahuan kami sebagai persiapan menjelang pertandingan itu nanti, dan berharap yang kami dapat membanggakan diri kami, keluarga kami, dan paling utama sekali, negara kita!”

Para hadirin yang menyokong pasukan kegemaran masing-masing.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Castrol serta tentang produknya, layarilah www.castrol.com/my.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]