- Motosikal Triumph Bonneville Bobber Black 2018 juga telah diperkenalkan bersama dengan kelahiran semula motosikal Speedmaster.
- Didatangkan dalam skema warna serba hitam, motosikal Bobber Black 2018 ini juga dilengkapi dengan pelbagai penaiktarafan yang baru terutamanya pada bahagian hadapannya.
- Sepasang fork kartrij 47mm Showa telah dipaut pada roda 16 inci yang baru beserta sepasang cakera brek 310mm yang disuaikan bersama dengan
sepasang angkup dua omboh gelinciran paksi Brembo.
Bersama-sama dengan pelancaran motosikal Triumph Bonneville Speedmaster 2018 yang baru, Triumph Motorcycles sekali lagi menggemparkan kita dengan pengenalan kepada motosikal Triumph Bonneville Bobber Black 2018 serba baru. Berikutan kejayaan gemilang motosikal Bobber, Motosikal Bobber Black ini didatangkan dengan pelbagai penaiktarafan yang baru untuk tahun 2018.
Seperti namanya itu, motosikal Bobber ini telah menjalani perubahan rupa yang besar di mana hampir keseluruhannya telah dilegapkan bagi mendapatkan rupa paras yang ranggi, licik, dan ‘jahat’ sekali. Sesudah anda tersentak dari lamunan tentang betapa indahnya motosikal Bobber Black 2018 ini, anda pasti akan mula menyedari perbezaan spesifikasi antaranya dengan motosikal Bobber yang standard, terutamanya pada bahagian hadapannya.
Berbanding dengan fork hadapan 41mm KYB yang terdapat pada motosikal Bobber standard, motosikal Bobber Black ini dilengkapi dengan sepasang fork kartrij 47mm tidak boleh laras 47mm. Fork yang lebih besar ini membolehkan prestasi dan pengalaman menunggang yang lebih hebat dan seterusnya meningkatkan lagi keyakinan menunggang.
Di mana motosikal Bobber standard dilengkapkan dengan roda hadapan 19 inci, motosikal Bobber Black ini menampilkan rupa yang lebih ‘sado’ dengan rim 16 inci yang lebih berisi, diliputi oleh tayar Avon Cobra. Hasilnya, ia memberikan motosikal Black ini rupa yang lebih ikonik yang mengingatkan kita pada zaman kegemilangan motosikal Bobber.
Bagi memastikan yang daya hentinya bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan oleh penunggangnya, motosikal Black ini telah dianugerahkan dengan sepasang cakera brek hadapan 310mm yang disuaikan dengan sepasang angkup dua omboh gelinciran paksi Brembo. Berbanding dengan motosikal Bobber standard yang datang dengan satu cakera brek 310mm dengan angkup dwi-omboh Nissin, motosikal Bobber Black ini menawarkan peningkatan yang ketara dalam prestasi pembrekan.
Motosikal Bobber Black 2018 ini juga didatangkan dengan beberapa lampu hadapan LED yang membenarkan Lampa Nyalaan Siang yang dilengkapi dengan lampu isyarat LED. Satu lagi ciri yang baru terdapat pada motosikal Bobber Black ini adalah sistem kawalan bersiar amat ringkas tiga-sentuhan Triumph untuk pengalaman menunggang yang lebih baik semasa bersiar di atas lebuh raya.
Tiada lagi berita mengenai harganya buat masa ini namun motosikal Bonneville Bobber Black 2018 akan mula muncul di bilik pameran di seluruh dunia bermula pada bulan Mac 2018. Kami jangkakan peningkatan yang kecil dari harga yang ditetapkan bagi motosikal Triumph Bonneville Bobber 2017 semasa yang pada harga RM74,900 – RM75,900 (harga asas beserta GST).
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Triumph Bonneville Bobber 2017, TEKAN SINI.
ANDA RASA BERTUAH? Ingin memenangi sebuah motosikal Triumph Bonneville Bobber 2017? TEKAN SINI untuk mengetahui bagaimana!
Sumber: Triumph Motorcycles