- Motosikal konsep Honda Riding Assist-e Concept merupakan sebuah motosikal elektrik imbangan-kendiri.
- Berkongsi kerangka yang sama dengan motosikal Honda Riding Assist.
- Para penunggang tidak perlu meletakkan kaki ke lantai sewaktu dalam keadaan pegun.
Motosikal konsep Honda Riding Assist-e Concept akan membuat kemunculan di Pertunjukan Motor Tokyo yang bakal tiba nanti.
Honda telah membuat pratonton motosikal konsep Riding Assist pada awal tahun ini (TEKAN SINI untuk membaca laporan laman saudara kami, Bikes Republic) tetapi ianya dijana oleh enjin gasolin. Walau bagaimanapun, kedua-dua motosikal elektrik dan motosikal enjin pembakaran dalaman telah dibina di atas kerangka yang sama,iaitu Honda NC700.
Riding Assist dalam terma Honda bermakna yang motosikal itu boleh memastikannya kekal tegak apabila dalam keadaan tegun sewaktu berada di lampu isyarat tanpa memerlukan penunggangnya meletakkan kakinya ke lantai bagi mengimbanginya. Motosikal itu juga dapat memastikannya kekal berdiri dalam kelajuan rendah, yang berkemungkinan sekali satu ciri yang baik bagi menangani pusingan-U. Namun ianya tidak bermakna yang anda tidak boleh jatuh darinya.
Yang menariknya, ciri imbangan-kendiri ini telah dibina oleh jabatan robotik Honda. Honda telah sekian lamanya membangunkan robotik dan robot yang berjalan ala-humanoid seperti ASIMO pada tahun 2000 yang merupakan contoh utama.
Motosikal Honda Riding Assist-e menggunakan motor elektrik yang dipaut di bawah pelana yang menghantarkan isyarat melalui aci pandu ke roda belakang, seperti yang terdapat pada siri VFR Honda. Sebuah radiator ditempatkan di belakang motor elektrik berkenaan. Walau bagaimanapun, teknologi imbangan kendiri ini tidak menggunakan giroskop.
Buat setakat ini, itu sahaja maklumat yang kita ada mengenai motosikal konsep Honda Riding Assist-e Concept ini, sehinggalah ianya diperkenalkan secara rasmi di Pertunjukan Motor Tokyo pada 25 Oktober 2017.
Walau apa pun jua, motosikal konsep Honda Riding Assist-e dan Riding Assist tampak sedia untuk pengeluaran dan ianya pastinya menarik untuk menyaksikan sama ada Honda mampu melakukannya.
Pada pendapat kami, tumpuan haruslah diberikan kepada motosikal elektrik atau e-motosikal kerana semakin banyak negara di seluruh dunia serta di rantau kita sedang berusaha ke arah pengharaman sepenuhnya kenderaan janaan gasolin baru dan mendokong kenderaan elektrik, dalam dekad yang berikutnya. Tetapi anda tidak perlu takut akan kenderaan elektrik, malah anda sepatutnya bergembira dengan perubahan ini, kerana motor elektrik mengarahkan torknya dengan serta merta, tidak seperti enjin gasolin.