- Menjelang 26 September 2017 ini, KTM Malaysia bakal melancarkan motosikal terbaru mereka bagi pasaran Malaysia, KTM 250 dan 390 Duke 2017.
- Motosikal-motosikal ini adalah motosikal yang dinanti-nantikan di seluruh dunia dan telah pun dianggap sebagai salah sebuah motosikal naked tahap permulaan yang paling dinantikan tahun ini.
- Di sini kami nyatakan beberapa sebab mengapa anda perlu berasa teruja mengenai generasi terkini KTM Duke ini.
Seperti mana yang telah dimaklumkan kepada kita semua, KTM Malaysia mempunyai rancangan yang besar bagi tarikh 26 September 2017 yang bakal tiba ini, di mana telah dinyatakan bahawa mereka akan memperkenalkan motosikal KTM 250 dan 390 Duke 2017 yang terbaru untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua model ini telah pun dinanti-nantikan oleh ramai orang dan di sini kami akan senaraikan sebab-sebab mengapa anda perlu berasa teruja mengenai KTM 250 dan 390 Duke 2017 yang baru ini.
Kedua-dua KTM 250 dan 390 Duke telah melalui penggayaan semula yang besar. Diinspirasikan daripada saudaranya yang lebih besar dan garang, KTM 1290 Super Duke R, ianya sukar untuk menafikan yang generasi terkini motosikal naked tahap permulaan KTM ini amat indah rupanya.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai KTM 390 Duke ini semasa Pertunjukan EICMA tahun lalu di Milan, TEKAN SINI.
Kedua-dua motosikal 250 dan 390 Duke ini didatangkan dengan penggayaan yang super agresif dengan bucuan yang ketara dari hadapan sehinggalah ke belakangnya. Ini memberikan bayangan yang motosikal-motosikal ini adalah amat kekar dan akan menarik perhatian ramai ke mana sahaja ia pergi.
Kedua-dua enjin di atas motosikal 250 dan 390 Duke yang baru ini telah menjalani satu evolusi yang telah menjadikannya sebagai enjin yang patuh piawaian Euro-4. Agihan kuasa dan tork yang lebih baik digandingkan dengan ekzos sisi baru yang menggiurkan yang menambahkan lagi rupa paras kekar motosikal-motosikal ini ke satu tahap yang lebih tinggi.
Ciri premium yang lain yang kami rasakan akan menjadikan motosikal naked tahap permulaan KTM yang baru ini berbeza daripada pilihan lain yang ada di pasaran sekarang adalah suspensi super premium WP mereka, cakera brek yang lebih besar, dan ‘slipper clutch‘.
Kemaskini terbesarnya sudah pasti paparan TFT yang baru yang boleh didapati hanya pada 390 Duke yang baru itu. Seperti yang ada di atas KTM 1290 Super Adventure S dan Super Duke R 2017, panel paparan digital sepenuhnya yang paling canggih ini akan memaparkan keseluruhan maklumat motosikal tersebut dan membolehkan penunggang untuk berhubung dengan telefon pintar mereka melalui Bluetooth.
Ciri-ciri lain yang terdapat pada motosikal 390 Duke dan tidak pada 250 adalah pendikit Ride-by-Wire dan ABS yang didatangkan sebagai kelengkapan standard.
Kami boleh terus bercerita dengan panjang lebar lagi mengenai sebab mengapa KTM 250 dan 390 Duke 2017 ini patut mengujakan mana-mana penggemar permotoran dalam negara tetapi, setibanya tarikh 26 September 2017, kami pasti yang motosikal-motosikal ini sendiri akan mengujakan anda apabila anda melihatnya dengan mata anda sendiri. Bersiap sedialah tuan-tuan dan puan-puan.
https://youtu.be/fP0d-y_gydg
Buat sementara waktu ini, nikmatilah video hebat di atas yang memaparkan motosikal 390 Duke yang sedang beraksi!