MotoGP: Valentino Rossi Kembali Beraksi Di Atas Jentera Yamaha R1M; Menyasarkan Untuk Kembali Sewaktu Pusingan Aragon

  • Penunggang bagi pasukan Movistar Yamaha MotoGP, Valentino Rossi telah melakukan empat pusingan kelmarin di Misano di atas jentera Yamaha YZF-R1M yang juga merupakan sebahagian daripada ujian kecergasannya.
  • Juara Dunia sembilan kali itu tidak sabar untuk meneruskan cabaran kejohanan 2017-nya setelah terpaksa berehat pada pusingan MotGP yang lalu oleh kerana kecederaan yang mengakibatkan keretakan berganda pada kaki kanannya.
  • Rossi telah menyasarkan untuk kembali berlumba di atas jentera Yamaha M1 kesayangannya itu di Aragon pada hujung minggu ini walaupun pasukannya telah mengumumkan bahawa penunggang pasukan pengilang WorldSBK, Michael van der Mark akan menggantikan tempatnya pada pusingan berkenaan.

Sumber imej: MCN

 
Hanya 18 hari selepas insiden malang yang menimpa juara dunia sembilan kali MotoGP, Valentino Rossi, “The Doctor” telah pun kembali di atas jentera dua roda. Sebagai sebahagian daripada jadual pemulihannya, yang boleh dikatakan amat pantas, Rossi telah melakukan empat pusingan di San Marino di litar Misano World Circuit Marco Simoncelli di atas jentera Yamaha YZF-R1M yang digunakan oleh VR46 Academy.

Penunggang berusia 38 tahun dari Itali itu dikatakan menyasarkan untuk kembali beraksi di atas jentera Movistar Yamaha M1 di Aragon pada 24 September 2017 ini; hanya beberapa hari sahaja lagi. Kebanyakan orang pasti mengambil masa berbulan-bulan dalam rehabilitasi bagi memulihkan kecederaan akibat keretakan berganda pada kaki kanan tetapi bagi Rossi, masa selama tiga minggu berehat lebih dari cukup untuknya pulih daripada kecederaannya. “The Doctor” sudah tidak sabar untuk kembali bersaing bagi kejohanan dunia MotoGP 2017.

 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kemalangan enduro dan kecederaan yang dialami Rossi, TEKAN SINI.

Ujian yang dijalankan di litar Misano World Circuit Marco Simoncelli juga adalah untuk melihat sama ada Rossi sudah cukup sihat untuk beraksi kembali di atas jentera pengilang Yamaha M1 yang memerlukan daya ketahanan yang tinggi. Sesi itu bagaimana pun terpaksa dipendekkan oleh kerana cuaca yang tidak mengizinkan yang menyebabkan usaha menentukan tahap kecergasan Rossi tidak konklusif kerana dia masih perlu membuktikan sama ada dia mampu menangani tekanan menunggang jentera Yamaha M1 itu terutamanya dalam keadaan cuaca kering.

Walaupun pasukan Movistar Yamaha telah pun mengumumkan bahawa penunggang pasukan pengilang WorldSBK Yamaha, Michael van der Mark, akan menggantikan tempat Rossi di atas M1 pada hujung minggu ini di Aragon, Rossi akan memutuskan (bersama-sama dengan pegawai MotoGP) menjelang esok sama ada dia sudah cukup cergas untuk berlumba pada hari Ahad ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang laporan mengenai Michael van der Mark yang akan menggantikan Rossi pada hujung minggu ini, TEKAN SINI.

Teruskan kekal setia bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini dari MotoGP

Sumber: MotoGP

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]