Rossi Berkongsi Cerita Mengenai Kemalangan Enduronya

  • Rossi menerangkan bagaimana berlakunya kemalangan enduro berkenaan.
  • Dia tidak dapat berlumba di pusingan MotoGP di Aragon.
  • Berharap untuk pulih sepenuhnya untuk beraksi di Motegi.

 
Para pelumba sering berpegang teguh dengan petua ini: jika anda ragu-ragu, pulas lagi pendikit. Mungkin sekali ianya kerana setiap kali kecederaan yang teruk berlaku, ianya sering terjadi sewaktu mereka menunggang dengan perlahan.

Acap kali kita telah menyaksikan satu kemalangan di mana penunggangnya tercampak beberapa meter ke udara dan jatuh semula ke litar, tetapi bangun semula tanpa sebarang kecederaan, manakala motosikalnya bergolek-golek sehinggakan menghancuri dirinya sendiri.

Sebaliknya pula yang berlaku sewaktu kemalangan yang tampak tidak berbahaya, contohnya, apabila terbabas akibat tayar tergelincir, namun,
penunggangnya mengalami kecederaan yang serius sehingga perlu diusung keluar ke ambulan.

Juara Dunia tiga kali, “Mr. Perfect” Wayne Rainey yang terbabas secara ‘lowside’ di Misano, yang melumpuhkan anggota badannya, dan juga kemalangan maut mendiang Nicky Hayden yang dilanggar sebuah kereta sewaktu menunggang basikal di jalanraya awam adalah antara contoh yang menyayatkan hati kemalangan kelajuan rendah.

Dan ianya serupa dengan apa yang terjadi pada Valentino Rossi, mujurlah ianya tidak seteruk yang dialami kedua-dua contoh di atas.

Rossi bukannya sedang berlumba semasa berlakunya kemalangan enduronya itu, “Malangnya, saya bersama kawan-kawan sedang menunggang motosikal enduro, mengelilingi bukit-bukit di belakang Urbino di kawasan desa. Ianya sesuatu yang sering saya lakukan sejak umur 18 tahun lagi bersama ayah saya sejak sekian lama. Menghampiri penghujungnya, di sebuah seksyen menuruni bukit pada kelajuan yang amat rendah, saya hilang kawalan stereng, dan untuk mengelakkan dari terbabas saya meletakkan kaki saya ke tanah. Namun ianya agak curam, dan keseluruhan berat motosikal itu tertumpu ke kaki saya, menyebabkannya patah.”

Bercakap sewaktu pusingan di Misano, Rossi sedia maklum yang harapannya untuk kembali ke litar dalam masa tiga minggu selepas pembedahannya adalah tidak realistik dan dia juga perlu melupakan tentang pusingan di Aragon. Rossi telah mengalami kecederaan yang sama pada tahun 2010. Kecederaan patah kaki di Mugello enyebabkannya terpaksa berehat untuk tiga pusingan – kali pertama dia terpaksa berehat sepanjang kerjayanya. Pada tahun itulah Jorge Lorenzo memenangi takhta MotoGP buat kali pertama.


Ianya dari pengalaman itulah Rossi membuat keputusannya. “Saya telah belajar dari waktu yang sebelum ini yang dalam fasa pemulihan ini, anda perlu menjalaninya dari hari ke sehari. Ianya amat bergantung pada keadaan kaki ketika itu, seberapa sakitnya ia sewaktu itu. Kami telah pun mula bekerja dan berusaha untuk kembali seawal yang mungkin. Perlumbaan berikutnya selepas Misano adalah di Aragon, tetapi saya rasa yang ianya amat sukar untuk kembali pada waktu itu kerana ianya hanya 22 hari selepas kecederaan itu – hanya tiga minggu.”

Rossi juga telah menambah yang dia akan kembali sewaktu pusingan di Motegi.

Untuk membaca laporan kami mengenai kemalangan yang menimpa Rossi, TEKAN SINI.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pengganti Rossi, Michael van der Mark, bagi Pusingan MotoGP di Motorland Aragon, TEKAN SINI.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]