Harley-Davidson Lancarkan TIGA Model CVO 2018 Baru!

 

  • Berikutan pelancaran Softail 2018 baru-baru ini, Harley-Davidson juga turut memperkenalkan tiga model CVO 2018 yang baru; CVO Street Glide, CVO Road Glide, dan CVO Limited.
  • Model-model CVO baru ini didatangkan dengan enjin terbesar Harley-Davidson buat setakat ini; sebuah enjin 117 inci padu (1,923cc) serba baru yang menghasilkan lebih daripada 165Nm tork.
  • Harley-Davidson juga telah memperkenalkan empat model ‘Special’ baru iaitu Street Glide Special, Road Glide Special, dan dua model ulangtahun ke-115; 115th Street Glide dan 115th Ultra Limited.

 

 

 

Harley-Davidson CVO (Custom Vehicle Operations) yang terbesar dan ‘terjahat’ telah pun dilancarkan bersama dengan LAPAN Softail 2018 serba baru yang lain yang telah diperkenalkan semalam pada peragaan sedunia utama. Tiga model CVO serba baru bagi tahun 2018 adalah CVO Street Glide, CVO Road Glide, dan CVO Limited.

Model-model CVO 2018 yang baru telah didatangkan dengan imej ‘jahat’ yang dilegapkan, grafik yang hebat, dan enjin Harley-Davidson yang tergarang buat setakat ini; enjin117 inci padu (1,923cc) serba baru yang menghasilkan lebih daripada 165Nm tork.

Bagi meningkatkan kecekapan dan juga keboleharapan enjin raksasa ini, satu sistem dwi-sejukan telah ditambah dengan menggunakan kedua-dua udara dan minyak.ini bermakna yang enjinnya itu dapat menggunakan pendingin untuk kadar lebih lama dan ia tidak akan membebaskan sisa bahang ke bahagian anggota badan penunggang sewaktu menunggang atau pun ketika berhenti di lampu trafik.

Dari segi grafik, model-model CVO baru ini akan membawa anda ke sisi yang liar dengan skema warna yang gelap dan garang, menyesuaikan dengan blok enjin 1,923cc yang dilegapkan. Perubahan lain termasuk reraup dalaman yang mengikut kod warna, roda yang lebih besar, dan  beberapa kemasan ekzos.

Ingin mendengar runut bunyi peribadi ketika menunggang? Pilihlah CVO Street Glide 2018 dan anda akan mendapat satu sistem bunyi yang terdiri daripada speaker 900-watt untuk bunyian berkualiti di sepanjang perjalanan. Satu unit Bluetooth telah disertakan  bagi membolehkan kefleksibelan dan kemudahan anda.

Seperti lapan model-model Softail 2018 yang baru, mereka yang tidak sabar untuk memiliki model CVO terhad bolehlah memilih lima model ‘Special’ yang baru iaitu Street Glide Special, Road Glide Special, Road King Special, dan dua model ulangtahun ke-115; 115th Street Glide dan 115th Ultra Limited.

Model Special terkini telah dilengkapi dengan penjana kuasa 107 inci padu (1,753cc) Harley-Davidson dengan kemasan chrome klasik kecuali bagi Road Glide Special yang didatangkan dengan enjin yang diwarna legap. Kedua-dua model ulangtahun ke-115 telah dihiaskan dengan logo dan grafik ulangtahun yang istimewa.

 

Kami belum lagi dapat mengesahkan sama ada mana-mana motosikal-motosikal ini akan tiba di tanah air Malaysia kita ini, tetapi, sekiranya mereka tiba, kami akan sampaikan beritanya kepada anda semua. Teruskan kekal setia bersama MotoMalaya untuk perkembangan terkini segenap dunia permotoran.

Berminat dengan model Softail 2018 dari Harley-Davidson? TEKAN SINI!

 Sumber: Harley-Davidson

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply