Harley-Davidson Lancarkan LAPAN Model Softail 2018 Baru!

 

  • Harley-Davidson telah melancarkan rangkaian Softail terbesar mereka dengan LAPAN model yang baru bagi tahun 2018.
  • Siri Softail 2018 yang baru terdiri daripada Fat Bob, Fat Boy, Street Bob, Low Rider, Softail Slim, Deluxe, Breakout, dan akhir sekali, Heritage Classic.
  • Ke semua model Softail 2018 yang baru didatangkan dengan kerangka, suspensi, dan rangkaian kuasa yang baru yang memberikan pengalaman menunggang dan dorongan kuasa yang lebih baik yang menggabungkan rupa ikonik Harley-Davidson dengan teknologi moden.

 

Harley Davidson telah melancarkan rangkaian mereka yang terbesar buat masa kini yang telah diterapkan dengan teknologi yang terbaru. Pengalaman serta kajian dan pembangunan selama 115 tahun telah menghasilkan bukan sahaja satu, atau dua, tetapi LAPAN model Softail 2018 yang serba baru.

Siri Softail 2018 serba baru ini terdiri daripada Fat Bob, Fat Boy, Street Bob, Low Rider, Softail Slim, Deluxe, Breakout, dan akhir sekali, Heritage Classic. Ke semua model baru ini berkongsi kerangka serba baru yang sama serta pakej suspensi dan juga rangkaian kuasa yang direka semula Milwaukee-Eight.

Bagi mereka yang menggemari siri Dyna yang telah dihentikan kerana prestasi tunggangannya yang hebat akan pasti kagum akan model-model 2018 baru yang telah dilancarkan ini. Berdasarkan fakta dan spesifikasi yang telah kami teliti, motosikal Harley-Davidson yang baru ini akan mampu menangani selekoh dengan lebih baik dari sebelumnya.

Menurut Pengarah Produk Harley-Davidson, Paul James, cruiser-cruiser baru ini telah dibina semula dari mula dengan membawa pengalaman menunggang ke satu tahap yang berikutnya. Aspek sejarah dan ikonik Harley-Davidson telah pun disuntik dengan teknologi-teknologi generasi berikutnya dan dengan itu ianya meningkatkan lagi setiap aspek cruiser-cruiser Harley-Davidson ini.

Casis pada model-model Softail 2018 ini telah melalui evolusinya yang tersendiri. Direka bagi menampung kedua-dua Milwaukee-Eight 107 (1,746cc) dan enjin V-berkembar, 114 kubik persegi, (1,868cc), ke semua keluaran kuasa dan torknya telah distabilkan lagi dengan satu rekaan monoshock bawah pelana yang serba baru.

Ini bermakna yang ke semua model 2018 yang baru menawarkan kebolehkawalan yang hebat tanpa mengubah rupa paras siri Softail Harley-Davidson yang ikonik. Satu amaran bagi mereka yang mengatakan Harley-Davidson tidak mampu menangani selekoh; kerangka yang baru ini membolehkan sudut condong dan tindakbalas pusingan yang lebih hebat, pecutan dan kelajuan keluar selekoh yang lebuh pantas, dan ‘roll-off’ yang lebih mudah.

Bagaimanakah Harley-Davidson berjaya menjadikan rangkaian ini selincah sebuah motosikal lumba? Ini kerana kerangka yang baru ini kini 65% lebih keras daripada generasi Softail sebelum ini dengan pengurangan sebanyak 50% dari segi komponen dan sebanyak 22% dari segi kimpalan. Ini bemakna yang motosikal-motosikal baru ini nyata lebih ringan berbanding dengan model-model 2017, dengan sebahagian daripada mempunyai perbezaan melebihi 15kg!

Siri Softail 2018 juga menggunakan fork hadapan ‘dual-bending-valve’ terkini dari Showa untuk prestasi optimum. Atas jasa Showa, motosikal terbaru dari Harley-Davidson yang terkini ini mempunyai kualiti penunggangan, pembrekan, kawalan cengkaman dan segalanya yang lebih baik.

Fork hadapan ‘Dual-bending-valve’ terkini dari Showa

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk enjinnya pula, terdapat dua pilihan Milwaukee-Eight yang boleh dipilih; 107 (1,746cc) atau 114 (1,868cc) kubik persegi. Ke semua Softail 2018 dilengkapi dengan 107 sebagai kelengkapan standard tetapi jika anda berminat dengan 114, anda boleh memilih dari rangkaian Fat Bob, Fat Boy, Breakout, dan Heritage Classic.

Kedua-dua enjin telah dilengkapkan dengan ‘dual counter-balancer’ bagi mengurangkan gegaran yang seringkali dikaitkan dengan enjin V-berkembar berkapasiti besar. Penjana kuasanya didakwa mempunyai agihan kuasa yang lebih baik dengan peningkatan pecutan dan keluaran tork linear bagi pengalaman menunggang yang lebih memuaskan.

Bagi penggayaannya, model 2018 mempunyai perwatakan unik tersendiri dan rekaan baru yang pada masa yang sama masih mengekalkan rupa paras serta tarikan yang malar segar; rupa yang akan kekal indah sepanjang zaman.

Fat Bob 2018

  • Tayar berbunga besar – 150mm (hadapan) dan 180mm (belakang).
  • Tangki bahanapi 13.6 liter.
  • Dwi-cakera brek hadapann.
  • Ekzos ‘upswept’ 2-ke-1-ke-2.
  • Fork terbalik gaya kartrij 43mm.
  • 15kg lebih ringan dari model 2017.

Fat Boy 2018

  • Tayar besar – roda Lakester 160mm (hadapan) dan 240mm (belakang).
  • Sistem ABS Standard.
  • 14kg lebih ringan dari model 2017.

Street Bob 2018

  • Tangki bahanapi 13 liter yang direka semula.
  • Roda berjejari berwarna hitam.
  • Dapra yang dibikin semula.
  • 7kg lebih ringan dari model 2017.
  • Panel instrumen digital.

Low Rider 2018

  • Tolok dan speedometer dipaut atas tangki.
  • Tangki bahanapi direka semula bersama dengan grafik.
  • Roda besar – 19 inci (hadapan) dan 16 inci (belakang).
  • Ekzos ‘shotgun’ 2-ke-2 .

Softail Slim 2018

  • Bahagian hadapan yang dibikin semula sepenuhnya.
  • Pelana yang dibikin semula bagi gaya dan keselesaan.
  • Pengurangan berat terbanyak dari model 2017 – hampir 16kg.

Deluxe 2018

  • Lampu LED keseluruhan.
  • Palang pemegang ‘pull-back’.
  • Sistem ABS Standard.
  • 15kg lebih ringan dari model 2017.

Breakout 2018

  • Tangki bahanapi 13 liter rekaan baru.
  • Ketinggian menunggang yang rendah.
  • Roda dan tayar besar – 21 inci dengan tayar 130mm (hadapan) dan 18 inci dan tayar 240mm (belakang).
  • Lampu hadapan LED ‘Daymaker’.
  • 15kg lebih ringan dari model 2017.
  • Sistem ABS Standard.

Heritage Classic 2018

  • Penghadang angin boleh tanggal.
  • Beg pelana baru (kalis air).
  • 5kg lebih ringan dari model 2017.
  • Sistem ABS standard.
  • Kawalan Bersiar standard.

Sumber: Harley-Davidson

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply