- Kedua-dua tempat bagi pasukan Pull&Bear Aspar Team bagi musim 2018 telah disahkan setelah pengumuman mereka menandatangani Karel Abraham untuk satu lagi musim bersama pasukan MotoGP berkenaan.
- Kemunculan semula Abraham di grid MotoGPtelah membuahkan hasil yang memberangsangkan buat setakat ini dengan keputusan perlumbaan yang sentiasa berada di dalam kedudukan 10 teratas serta satu permulaan perlumbaan di barisan hadapan buat penunggang berusia 27 tahun dari Republik Czech ini.
- Abraham akan meneruskan usaha dalam MotoGP pad musim hadapan bersama dengan teman sepasukan semasanya yang berasal dari Sepanyol, Alvaro Bautista.
Setelah tersebarnya berita baru-baru ini mengenai penghijrahan Takaaki Nakagami ke MotoGP pada musim hadapan sebagai penunggang kedua bagi pasukan LCR Honda setelah menandatangani kontrak deng HRC, satu lagi tempat telah pun diisi bagi tahun 2018. Karel Abraham telah pun disahkan akan terus menunggang bagi pasukan Pull&Bear Aspar Team untuk satu musim lagi.
Berikutan kemunculan semulanya ke siri MotoGP pada tahun ini selepas kerjaya yang tidak membuahkan hasil di WorldSBK, Karel Abraham kembali semula dengan matlamat untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Dengan keputusan perlumbaan yang sentiasa di antara 10 teratas dan juga satu permulaan perlumbaan di barisan hadapan dan juga kehadirannya pada Kelayakan 2, ianya tampak seperti Abraham telah membawa aura yang positif ke pasukan Aspar buat masa ini.
Walaupun terpaksa berlumba dengan jentera Ducati Desmosedici GP15, dia berjaya mendapatkan keputusan P7 di Litar Assen yang telah menunjukkan yang Abraham masih mempunyai kemampuan untuk bersaing dengan penunggang dari pasukan pengeluar. Abraham akan berlumba di sisi teman sepasukan semasanya, Alvaro Bautista untuk satu musim lagi. Bautista telah menandatangani pemanjangan kontraknya pada bulan yang lalu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penandatanganan Alvaro Bautista dengan Aspar Team bagi musim 2018, TEKAN SINI.
Menurut Jorge Martinez, Pengarah Urusan bagi Aspar Team, dia menyatakan “Bagi Aspar Team ianya satu sumber kepuasan bagi kami kerana dapat memperbaharui kontrak dengan Karel Abraham. Ketika kami menandatangani perjanjian dengannya pada tahun lalu kami merasakan yang dia mampu melakukan tugasnya dengan baik tetapi keputusan yang telah dicapainya merupakan kejutan yang amat menggembirakan.”
“Dia telah melakukan lebih dari apa yang telah kami jangkakan, bermula dari pra musim lagi, dan setelah berlalunya beberapa perlumbaan, dia masih terus memperbaiki dirinya dan mencapai keputusan yang hebat. Kami fikir yang kami boleh terus meningkat bersamanya pada masa hadapan. Ianya satu pilihan yang amat mudah, dia gembira bersama pasukan ini dan kami juga amat gembira dengannya, jadi kami akan meneruskan usaha bersama-sama dan mengejar matlamat yang lebih tinggi.
Abraham pula telah berujar, “Saya berasa sangat gembira kerana telah menandatangani semula bersama dengan Aspar Team dan untuk meneruskan usaha bersama-sama kumpulan yang sama teramatlah penting bagi saya. Saya teramat gembira, saya bersedia menghadapi cabaran baru pada musim yang akan datang namun buat masa sekarang saya perlu menumpukan perhatian pada baki musim ini, yang mana ianya paling penting. Seperti yang telah saya nyatakan, saya teramat gembira, tetapi kami perlu fokus pada masa sekarang.”
Teruskan kekal bersama MotoMalaya untuk perkembangan terkini MotoGP.
Sumber: MotoGP