Skuter Suzuki Burgman 400 ABS 2017 Dilancarkan Dari RM45,000

  • Suzuki Assemblers Malaysia (SAM) dengan rasminya telah memperkenalkan skuter Suzuki Burgman 400 ABS 2017 ketika sesi tunggang uji pada hujung minggu lalu di Litar Kart Antarabangsa Sepang.
  • Maxi skuter premium tawaran dari Suzuki itu dijana oleh enjin 399cc DOHC, suntikan bahanapi yang patuh Euro4 yang menghasilkan sehingga 31hp.
  • SAM telah menetapkan harga skuter Suzuki Burgman 400 terkini pada RM45,000 (asas tidk termasuk GST).

 

Suzuki Assemblers Malaysia Sdn. Bhd. telah melancarkan maxi skuter terbaru mereka, Suzuki BURGMAN 400 ABS, pada hujung minggu lalu sewaktu acara yang julung kali diadakan oleh Suzuki, iaitu Tunggang Uji Motosikal Baru, yang telah berlangsung di Litar Go-Kart Antarabangsa Sepang.

Suzuki Burgman

Skuter Suzuki BURGMAN 400 merupakan model tetap dalam keluarga skuter Suzuki sejak tahun 1998. Bercirikan keselesaan, kuasa, ruangan simpanan yang luas serta penggayaan yang elegan, model ini telah membina reputasi yang teguh sebagai jentera kembara dan juga untuk berulang-alik.

Suzuki Burgman

Sejajar dengan trend semasa, Suzuki telah mengemaskini maxi skuter mewah ini ini dengan rekaan yang lebih ramping dan mengancam; pengendalian dan juga stabiliti yang lebih baik; dan pada masa yang sama mengekalkan keselesaan, kemewahan serta kemesrapenggunaan yang cukup sinonim dengaan BURGMAN 400 ini.

https://youtu.be/35bgnNugFuU

Kemaskini ini menjadikan Suzuki BURGMAN 400 ABS terbaru ini jentera yang bukan sahaja sesuai menyusuri trafik sesak di tengah-tengah bandar, malah dengan cukup luas serta selesa bagi penunggangan jarak yang lebih jauh juga.

Suzuki Burgman

Ciri utama bagi Suzuki BURGMAN 400 ABS terbaru adalah seperti berikut:

Penggayaan Sporty ala-Coupe

  • Suzuki BURGMAN 400 ABS terbaru ini menampilkan profil moden yang tampak mengagumkan di jalan raya, dengan rekaan yang lebih ramping, mengancam serta seksi pada bahagian hadapan dan juga belakang, yang menjadikannya mudah untuk dikendalikan sekitar bandar serta untuk menyelinap menerusi ruangan yang sempit.
  • Lampu hadapan dwi-LED dengan lampu posisi LED bersepadu dan juga lampu isyarat yang dipaut di bahagian bawahnya.
  • Lampu kombinasi belakang LED yang direka kemas dengan lampu isyarat yang menonjolkan gaya elegannya.

Keselesaan dan Keserbagunaan

  • Suzuki BURGMAN 400 ABS terbaru ini menawarkan keselesaan untuk tunggangan jarak dekat mahu pun jauh.
  • Dwi-pelana bertingkat yang baru digabungkan dengan kusyen yang 20mm lebih tebal daripada model semasa, membawa satu tahap baru keselesaan yang mewah buat kedua-dua penunggang serta pembonceng. Perincian mewahnya termasuklah jahitan berganda.
  • Penyandar belakang pelana penunggang bolehlaras memberikan sokongan dan keselesaan optimal untuk keseronokan menunggang pada perjalanan yang lebih jauh.
  • Lantai kaki ‘cut-away‘ dengan rekaan pelana yang ramping memudahkan penunggang menjejak tanah, menyumbang kepada keyakinan yang lebih tinggi serta mencipta satu garisan yang kemas mengikut lengkungan rekaannya.
  • Ruang simpanan bawah pelana seluas 42-liter yang dapat menampung dua helmet dan memberikan ruang yang mencukupi bagi menyimpan barangan anda.
  • Dua kompartmen hadapan menyediakan ruang bagi menyimpan peta atau sebarang barangan kecil, dan satu kompartmen merumahkan soket 12V DC untuk mengecas peranti mudah alih atau sebarang peranti elektronik anda ketika dalam perjalanan.
  • Panel instrumen pelbagai fungsi yang mudah dibaca dan besar yang untuk kemudahan penunggang setiap kali menunggang.
  • Dengan sistem anti-kecurian yang komprehensif, sistem pengunci brek belakang dan ‘chain lock gate‘ bagi mengunci skuter ini memberikan ketenangan minda kepada pemilik.

Prestasi Dinamik
  • Suzuki BURGMAN 400 ABS terbaru ini dibina untuk prestasi yang hebat.
    Enjin suntikan bahanapi 399cc DOHC yang patuh pada peraturan emisi ketat Euro4, namun pada masa yang sama mempunyai tindakbalas yang cukup baik dengan pecutan yang berkuasa.
  • Kotak pembersih udara baru yang membantu menghasilkan tork pada jangkauan rendah-ke-sederhana yang lebih baik dengan runut bunyi masukan udara yang lebih merdu.
  • Enjin ini menggunakan palam pencucuh iridium, menyumbang kepada kecekapan pembakaran yang lebih baik, menghasilkan keluaran kuasa yang lebih hebat, tindakbalas pendikit yang lebih selari dan mulaan enjin yang lebih mudah.
  • Dilengkapi dengan dwi-cakerea brek hadapan, cakera brek belakang, dan Antilock Brake System (ABS) bagi membantu anda dalam saat-saat diperlukan.
  • Badannya yang lebih ringan dibina atas kerangka yang lebih teguh, untuk stabiliti tambahan dan pengendalian yang lebih mudah. Tambahan pula, suspensi belakang monoshock ‘link-type‘ yang unik dengan spring bolehlaras 7-cara memaksimakan keseimbangan antara prestasi sporty dan keselesaan, dan memberikan pengendalian dan kebolehkendalian yang luar biasa. Ini adalah satu ciri yang cukup terserlah, yang tidak terdapat pada mana-mana maxi skuter dalam kelasnya.
  • Roda hadapan lebih besar bersaiz 15 inci memberikannya rupa yang gagah serta mencerminkan stabiliti.

Terdapat pilihan Suzuki Genuine Accessories yang tersedia buat penunggang yang ingin mengkhususkan Suzuki BURGMAN 400 ABS mereka dan menjadikannya unik milik mereka. Warna yang ditawarkan adalah Hitam dan Putih. Suzuki BURGMAN 400 ABS baru ini ditawarkan pada harga asas yang menggiurkan RM45,000 (tidak termasuk GST).

Bagi memenuhi permintaan yang dijangkakan, SUZUKI mempunyai 36 pengedar sah di seluruh negara yang bersedia untuk membantu dari segi jualan dan perkhidmatan selepas jualan, memastikan bekalan alat ganti asli dan aksesori yang mencukupi untuk penyelenggaraan dan juga pengkhususan.

Bagi mencari pengedar sah terdekat atau untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Suzuki Assemblers Malaysia Sdn. Bhd. di talian 04-3977 378 (Bahagian Jualan & Pemasaran) atau 04-3977 091 (Bahagian Alat Ganti) atau lawati laman sesawang rasmi mereka di www.suzukimoto.my

Kredit artikel: Wahid Ooi Abdullah

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]