MotoGP: “‘Surat Cinta’ Rossi Buat Yamaha Akan Dilelong!

 

  • ‘Surat cinta’ Rossi yang telah ditujukan kepada Yamaha kini akan dilelong di sebuah laman sesawang Australia bagi mengumpul derma untuk satu inisiatif bergelar “A Cure for Freyja”.
  • Lelongan atas talian ini akan bermula esok pada 2 Ogos 2017 dan orang ramai mempunyai peluang untuk memiliki beberapa memorabilia yang teramat jarang dari MotoGP, Moto2, dan juga Moto3 yang dijual untuk membantu mengumpul dana.
  • Barangan lain yang ada adalah HJC Helmet milik Jonas Folger, sepasang fork hadapan Moto2 Ohlins Racing dan pelbagai barangan menarik yang akan dilelong di www.shannons.com.au.

Valentino Rossi bersama jentera Yamaha M1-nya (Sumber imej: MCN)

Masihkah anda ingat ketika Valentino Rossi meninggalkan Yamaha pada penghujung 2010? Juara dunia sembilan kali MotoGP itu telah menerima tawaran untuk membentuk sebuah pasukan impian muktamad bersama Ducati. Ianya merupakan saat yang penuh emosi buat penunggang dari Itali itu dan siapa sangka, rupanya dia adalah seorang yang sangat romantik terutamanya terhadap jentera perlumbaan Yamaha M1-nya.

Sumber imej: Asphalt & Rubber)

Bagi mereka yang mengetahui cerita tentang keberangkatan Rossi dari pasukan Yamaha pasti juga mengetahui yang dia telah menulis satu surat
mengucapkan selamat tinggal yang AMAT peribadi, bukan untuk pasukannya, tetapi untuk MOTOSIKALNYA. Ya, tuan-tuan, Valentino Rossi telah mengarang sendiri sepucuk surat cinta buat Yamaha M1-nya setelah memutuskan yang sebaran akhbar rasmi untuk pemergiannya terasa terlalu ‘dingin’.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Surat itu telah dikarang apabila Pegawai Akhbar Yamaha, William Favero, menyerahkan kepada Rossi helaian draf kenyataan akhbar sementara menunggu penerbangannya. Sebagai seorang pelumba yang berjiwa membara, Rossi memutuskan yang sebaran akhbar itu perlu ditulis tangan oleh dirinya sendiri dan itulah yang telah dia lakukannya – di belakang helaian kenyataan tersebut.

 

 

 

 

Kenyataan akhbar tersebut lengkap dengan surat cinta yang telah dikarang di belakangnya telah didermakan oleh Yamaha kepada sebuah badan kebajikan Australia, “A Cure for Freyja”, sebuah lelongan atas talian MotoGP bagi mengumpul dana yang akan melelong keseluruhan koleksi barangan dari MotoGP,Moto2, dan Moto3 (sesetengahnya telah ditandatangani) untuk satu tujuan yang mulia.

Barang-barangan ini akan mula dilelong bermula 2 Ogos 2017 dengan harga pembukaan AUSD5,000 (kira-kira RM17,134 selepas pertukaran terus). Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai surat cinta Rossi, TEKAN SINI.

Selain surat itu, terdapat lebih daripada 100 barangan yang akan dilelong seperti helmet HJC RPHA11 yang telah ditandatangani oleh Jonas Folger di mana dia sendiri telah memakainya di Barcelona pada tahun ini. Sila ambil perhatian kerana HJC belum lagi mengeluarkan rekaan ini untuk jualan awam jadi sekiranya anda membelinya, andalah satu-satunya pemilik helmet ini selain Jonas Folger.

Pembidaannya bermula pada AUSD800 (sekitar RM2,741 selepas pertukaran terus). Ianya sememangnya satu tawaran yang amat menarik memandangkan nilainya yang berpotensi meningkat secara mendadak seperti mana prestasi terkini Jonas Folger. Ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai helmet HJC milik Folger ini? TEKAN SINI.

Terdapat juga barangan istimewa yang jarang dilihat yang akan dilelong bermula 2 Ogos 2017 nanti. Anda sedang mencari sepasang fork hadapan dari Ohlins Racing yang telah digunakan pada motosikal perlumbaan Moto2 2017? Bidaan atas talian bermula pada AUSD5000 (kira-kira RM17,134 selepas pertukaran terus). Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya, TEKAN SINI.

Lelongan atas talian ini telah dianjurkan oleh www.shannons.com.au akan bermula pada 2 Ogos 2017 dan akan berterusan selama dua minggu. Berminat untuk memiliki memorabilia MotoGP dan pada masa yang sama menyumbang untuk tujuan yang mulia? beleklah keseluruhan galeri lelongan DI SINI.

Sumber: www.shannons.com.au

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]