Husqvarna FS 450 2018 Diumumkan – Idaman Penggemar Supermoto

 

  • Husqvarna FS 450 2018 telah diumumkan oleh pengilang Sweden itu sebagai motosikal lumba supermoto terkini keluaran mereka.
  • Motosikal FS 450 terkini ini mempunyai mekanisma klac ‘anti-hopping‘ yang diambil dari pakar perlumbaan, Suter.
  • Supermoto ini dijana oleh enjin satu silinder 449cc Husqvarna yang menghasilkan sekitar 63hp yang memacu ke semua kuasa itu ke roda belakangnya melalui kotak gear lima kelajuan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ingin menyertai kancah Supermoto namun tidak mahu keperitan membina dan mengkhususkan jentera perlumbaan anda sendiri? Pengilang dari Sweden ini bole membantu anda. Kami sudah semestinya merujuk kepada motosikal Husqvarna FS 450 2018 yang terbaru, sebuah supermoto sedia perlumbaan dengan segala macam alat mainan teknologi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Antara perubahan terbesar yang perlu diketahui semua orang adalah klac ‘slipper‘ serba baru yang diperoleh daripada Suter. Setiap penggemar MotoGP akan mengetahui tentang jenama Suter ini dan walaupun sekiranya anda kurang mengenali mereka, dengan hanya sekilas pandang pada jentera buas dua lejang Suter MMX 500 mereka boleh meluluhkan hati anda. Klac ‘anti-hopping‘ terbaru beserta dengan hidraulik dari Magura memberikan kawalan maksimum ketika pelumba mengenakan pembrekan yang keras pada motosikal FS 450 ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Selain daripada mekanisma klac Suter yang baru ini, Husqvarna juga telah melengkapkan satu suis baru pada palang pemegang untuk menukar antara aturcara pemetaan berbeza dengan mudah bagi memberikan penunggang kelebihan yang besar ketika bertanding di atas litar. Penunggang mempunyai pilihan untuk aturcara terbaik dari segi kawalan traksi, pemetaan enjin, dan kawalan mulaan motosikal FS 450 ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Husqvarna terus kekal menggunakan grafik mereka yang ikonik dan mudah dikenali untuk motosikal FS 450 terbaru ini. Grafik yang sama telah pun digunakan pada kebanyakan model semasa dan sebelum ini. Satu-satunya kelainan dari segi rupa motosikal FS 450 2018 ini adalah pelananya yang datang dalam warna biru.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Supermoto ini dijana oleh enjin satu silinder 449cc Husqvarna yang menghasilkan sekitar 63hp yang memacu keseluruhan kuasa itu ke roda belakangnya melalui kotak gear lima kelajuan. Digandingkan dengan lenganbuai tempa aluminium baru yang membekalkan kestabilan dan kawalan sepenuhnya, FS 450 terbaru ini ternyata senjata supermoto yang amat berbaloi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagi bahagian casisnya pula, FS 450 ini mempunyai kerangka sub belakang komposit serba baru yang telah dibina dengan 30% karbon fiber untuk memberikannya prestasi yang kuat serta ringan. Pakej suspensinya pula dilengkapi dengan WP Performance Systems dengan rekaan tanpa spring bersama dengan penyerap hentakan belakang WP yang konvensional dan boleh diharap.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sepasang tayar perlumbaan Bridgestone R420 meliputi roda berjejari Alpina digunakan bagi melengkapkan lagi rupa motosikal Husqvarna FS 450 2018 ini. Ia memberikan tahap cengkaman, traksi, dan ketangkasan yang maksimum yang amat penting dalam perlumbaan supermoto. Daya hentinya disempurnakan dengan penggunaan angkup brek terletak secara radial Brembo dengan cakera hadapa 310mm dan cakera belakang 220mm bagi memastikan daya henti yang hebat dan terkawal.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Husqvarna juga telah mengumumkan bahawa Husqvarna FS 450 2018 akan boleh didapati di ke semua pengedarnya seluruh dunia pada suatu tarikh dalam bulan Julai namun tiada harga rasmi yang dinyatakan lagi buat masa ini. Pada pendapat kami, kemungkinan besar nilainya akan melebihi RM60,000.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]