MV Agusta RVS #1 – Penyelamat Pertama Pengilang Itu

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Motosikal MV Agusta RVS #1 merupakan motosikal yang pertama di bawah program “Jabatan Kenderaan Khas” firma Itali berkenaan.
  • Satu motosikal untuk seorang pemilik khusus adalah konsep utama bagi program RVS ini di mana motosikal ini akan dibuat mengikut idea dan permintaan pelanggan.
  • Motosikal RVS #1 kelihatan seperti sebuah Brutale 800 yang telah diubahsuai secara menyeluruh yang mempunyai enjin tiga silinder 798cc paling berkuasa milik pengilang itu yang menghasilkan kuasa melebihi 140hp dan 85.4Nm tork.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hanya beberapa hari yang lalu, kami telah melaporkan mengenai kewujudan program RVS MV Agusta yang merupakan singkatan untuk “Reparto Veicoli Speciali”, atau “Jabatan Kenderaan Khas”, atau “Operasi Kenderaan Khas”. Melalui kemunculan sebuah video istimewa, firma itu telah memperkenalkan motosikal MV Agusta RVS #1 yang pertama yang akan mengeluarkan rangkaian yang dikhususkan sepenuhnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Program RVS ini telah dilahirkan di studio rekaan MV Agusta yang dinamakan Pusat Penyelidikan Castiglioni. Program khusus ini telah dibangunkan untuk memberi perhatian penuh kepada pengeluaran motosikal MV Agusta yang ditempah khas untuk para pelanggan yang istimewa. Tidak akan ada dua buah motosikal yang serupa.

RVS #1 yang pertama ini adalah sebuah motosikal MV Agusta Brutale 800 dengan pengubahsuaian menyeluruh yang dilengkapi dengan berbagai bahagian buatan tangan dan dijana oleh enjin paling berkuasa milik firma Itali berkenaan, enjin tiga silinder 798cc yang menghasilkan sehingga 140hp dan 85.4Nm tork yang mengujakan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Di mana motosikal Brutale 800 yang biasa telah ditala bagi mematuhi peraturan emisi dan bunyi Euro4, kami mempunyai firasat yang motosikal RVS #1 ini tidak menghiraukan perkara ini, terutamanya apabila dilihat pada sistem ekzos penuh SC-Project x RVS yang dikhususkan ini. Kami juga mengagakkan yang kuasa serta torknya juga akan lebih tinggi berbanding Brutale 800 yang biasa.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Komponen khusus lain yang telah dilengkapkan pada RVS #1 ini telah dibangunkan oleh mereka yang berada di Pusat Penyelidikan Castiglioni sendiri adalah tangki bahanapi dilapisi titanium, papan pemuka sokongan, set belakang, penutup enjin tempahan, dan juga palang pemegang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Menurut laporan yang dibuat oleh Asphalt & Rubber, keseluruhan sistem brek dan klac telah menggunakan cakera brek Braking’s Sunstar Batfly. Roda berjejari tempahan khas yang cukup indah buatan Kineo yang telah dilitupi dengan sepasang tayar Pirelli MT 60 RS.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Salah satu tarikan terbesar pada motosikal RVS #1 ini sudah semestinya pada lampu hadapan bolehsuai yang menggunakan sistem inersial bersepadu. Ini bermakna bahawa motosikal ini mempunyai kebolehan untuk mengawal berbagai tahap lampu LED-nya untuk mengoptimumkan pencahayaan jalanraya berdasarkan bagaimana motosikal itu ditunggang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apabila sesuatu itu tempahan khas, sudah semestinya ianya bukanlah murah. Dan bagi motosikal di bawah program RVS ini di mana setiap motosikalnya unik mengikut kehendak bakal pemiliknya, kami menganggapkan yang anda memerlukan sejumlah besar dana bagi mendapatkan sebuah motosikal MV Agusta RVS anda sendiri.

Sumber Gambar: Asphalt & Rubber

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]