Sah: Triumph Akan Menggantikan Honda Sebagai Pembekal Enjin Moto2

Motosikal perlumbaan Triumph Daytona 675 TT tunggangan Gary Johnson. Pembayang tentang rupa jentera yang bakal dibekalkan oleh Triumph untuk Moto2

Sejak beberapa bulan yang lalu, telah tersebarnya khabar angin satu khabar angin di dalam industri permotosikalan, dan sesetengah pengedar telah pun sedia mengetahui akan hal ini sejak mula lagi, dan kini, ianya telah pun disahkan secara rasmi – Triumph bakal menjadi pembekal enjin eksklusif untuk Kejohanan Dunia Moto2 FIM bermula 2019.

Enjin 765cc yang sama yang digunakan untuk menjana Triumph Street Triple

Pembuat motosikal British itu telah pun menandatangani kontrak perjanjian selama tiga tahun dengan Dorna, pemegang hak komersial MotoGP, untuk membekalkan enjin tiga silinder 765cc talaan perlumbaan yang didasarkan pada enjin yang sama seperti Triumph Street Triple 2017 yang terbaru.

Telah terbukti dengan kemenangan di Isle of Man TT

Enjin Triumph Street Triple itu dibangunkan berasaskan daripada sebuah motosikal pemenang perlumbaan, Daytona 675R yang telah pun membuktikan dirinya setelah memenangi kategori Supersport di Isle of Man TT, Daytona 200 dan juga Kejohanan Supersport British pada 2014 dan 2015.

Enjin ini akan dibangunkan semula dengan modifikasi-modifikasi seperti berikut:

– Kepala silinder yang diubahsuai dengan masukan dan port ekzos diubahsuai untuk aliran gas yang dioptimum.
– Injap titanium dan injap spring yang lebih cekang untuk rpm lebih tinggi.
– Alternator kit perlumbaan hasilan rendah untuk mengurangkan inertia.
– Nisbah gear 1 lebih tinggi.
– Klac ‘slipper‘ yang dibangunkan untuk perlumbaan yang akan dapat ditala.
– ECU perlumbaan khusus.
– Pelindung enjin yang diubahsuai untuk mengurangkan lebarnya.
– ‘Sump‘ berbeza bagi membolehkan ‘header run‘ yang lebih baik.

Enjin yang akan digunakan untuk Moto2 masih perlu dibangun dan dipertingkatkan lagi bagi membolehkan ia ‘bernafas’ dengan lebih mudah dan memberikan prestasi yang lebih baik berbanding dengan motosikal keluarannya. Terdapat beberapa lagi maklumat yang dirahsiakan tentang enjin yang diubahsuai untuk kegunaan perlumbaan itu.

Ini adalah berita yang mengujakan bagi para pemilik serta peminatnya kerana ianya mengangkat taraf pengeluar British itu ke tahap yang sama seperti pembina-pembina enjin ikonik seperti Ducati, Honda, dan juga Yamaha. Enjinnya telah pun terbukti berkuasa dan boleh diharap, dan dengan berita ini, anda pasti boleh mengandaikan yang motosikal Triumph yang akan dikilangkan selepas ini akan membawa semangat perlumbaannya.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]