KTM Dedahkan Motosikal Dua Lejang Dengan Suntikan Bahanapi

 

  • KTM akhirnya telah menyingkap selubung daripada motosikal motocross dua lejang dengan suntikan bahanapi terbaru untuk 2018; KTM 250 EXC TPI dan 300 EXC TPI.
  • Teknologi ‘Transfer Port Injection’ (TPI) mempunyai dua penyuntik bahanapi yang menyuntik terus ke dalam transfer port tanpa memerlukan bahanapi di pra-campur terlebih dahulu.
  • Teknologi suntikan bahanapi terbaru untuk enjin dua lejang ini bermakna ianya dapat meningkatkan lagi penghantaran kuasa, mengurangkan penggunaan bahanapi dan tidak perlu lagi mengusik nisbah udara-ke-bahanapi untuk keadaan menunggang yang berbeza.

 

Akhirnya ianya telah tiba, tuan-tuan. KTM akhirnya telah mendedahkan mahakarya terkini mereka dalam bentuk rangkaian motosikal motocross dua lejang. Berbeza berbanding dengan motosikal yang telah mereka lancarkan sebelum ini, motosikal-motosikal ini mewakili era baru teknologi dua lejang dimana KTM telah menggabungkannya dengan keupayaan suntikan bahanapi.

Memperkenalkan KTM 250 EXC TPI dan 300 EXC TPI 2018 yang baru. TPI ini bermaksud ‘Transfer Port Injection’, dimana keajaiban teknologi ini mempunyai dua penyuntik bahanapi yang yang menyuntik terus ke transfer port tanpa perlu di pra-campurkan bahanapi, penghantaran kuasa yang lebih baik, penggunaan bahanapi yang lebih cekap, tanpa perlu mengusik aturcara nisbah udara-ke-bahanapi untuk keadaan penunggangan yang berbeza.

TEKAN SINI membaca semula artikel kami mengenai teknologi Transfer Port Injection terbaru ini.

Dengan Transfer Port Injection terbaru ini, KTM telah menerapkan sistem pengurusan enjin yang baru beserta dengan ECU yang akan membantu dalam memperhaluskan talaan motosikal ini bagi mendapatkan penghantaran suntikan bahanapi pencucuhan terbaik sepanjang masa.

Oleh kerana motosikal 250 EXC TPI dan 300 EXC TPI akan menjadi peneraju kepada pergerakan jentera dua lejang ke masa hadapan, KTM telah menerapkan silinder serba baru, kotak penyaring udara, pam minyak, dan tangki bahanapi untuk memastikan motosikal ini beraksi dalam jangkauan optimum tidak kira sebarang keadaan penunggangan.

Menurut satu laporan yang dibuat oleh MCN, motosikal ini akan tersedia untuk pasaran United Kingdom sekitar bulan Jun. Tiada sebarang berita mengenai harganya buat masa ini tetapi kami akan sampaikan sejurus sahaja kami dapat maklumat yang diperlukan.

Buat masa sekarang, TEKAN SINI untuk melihat kesemua model KTM yang tersedia di Malaysia laman eksklusif Bikesrepublic.com, Bike Buyer’s Guide.

Sumber foto: KTM

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]