WorldSBK akan memperkenalkan Pakej ECU Standard?

Advertisements

  • WorldSBK sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan pakej elektronik yang diselaras bagi kesemua motosikal yang bertanding dalam perlumbaan.
  • Idea ini telah diutarakan untuk menjadikan sukan ini lebih berdaya saing dan mengujakan buat pasukan dan penunggang yang mengambil bahagian dan juga untuk para penonton.
  • ECU yang diselaras spesifikasinya ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada pasukan dan penunggang lain untuk muncul di atas podium memandangkan lima pusingan pertama musim 2017 dengan jelas sekali dikuasai oleh Kawasaki dan juga Ducati.


Siri WorldSBK telah melalui beberapa evolusi semenjak beberapa tahun yang lalu untuk memastikan yang sukan itu seiring dengan peredaran zaman. Dengan pengenalan barisan permulaan baru dimana penunggang yang menamatkan Perlumbaan 1 di kedudukan tiga yang teratas akan memulakan Perlumbaan 2 di barisan ketiga dalam susunan terbalik, WorldSBK telah melakukan segalanya termampu untuk menjadikan perlumbaannya lebih menarik.

TEKAN SINI bagi mengetahui lebih lanjut tentang aturcara Perlumbaan 2 yang terbaru dengan susunan terbalik.

Kini, terdapat pula desas desus yang telah tersebar di sekeliling garaj mengatakan bahawa mereka akan memperkenalkan ECU(Unit Kawalan Elektronik) standard untuk 2018 dengan harapan ianya akan memberikan pertandingan yang adil kepada kesemua pengeluar dan pasukan dalam arena WorldSBK. Pilihan ini telah pun dibincangkan untuk beberapa ketika bagi menjadikan perlumbaan ini lebih menarik serta berdaya saing untuk semua penunggangnya.

Salah satu sebab mengapa sesetengah pihak dambakan pakej elektronik bersepadu adalah kerana pada masa kini, sukan ini didominasi oleh Ducati dan juga Kawasaki. Kesemua 10 perlumbaan pada lima pusingan semenjak permulaan musim 2017 dengan jelas sekali telah ditakluki oleh Jonathan Rea dari Kawasaki Racing dan juga Chaz Davies yang mewakili pasukan Aruba.it Racing.

TEKAN SINI untuk mengetahui keputusan perlumbaan dari pusingan terkini di Imola, Itali.

Kedudukan podium bagi kesemua perlumbaan tahun 2017 ini setakat hanya telah dikongsi antara empat penunggang berbeza; Jonathan Rea dan Tom Sykes dari Kawasaki, Chaz Davies dan Marco Melandri dari Ducati. Tiada lagi pengeluar lain yang telah menjejakkan kaki ke atas podium untuk tahun ini.

Ini berkemungkinan kerana hanya Kawasaki dan Ducati mempunyai dana dan tenaga kerja yang diperlukan dalam membangunkan pakej elektronik yang lebih bagus untuk motosikal dan penunggang mereka manakala pengeluar yang lain dalam keadaan yang agak terhad dalam dua aspek ini. Jadi, dari sini kita dapat memahami mengapa adanya usul untuk menggunakan pakej elektronik yang standard seperti dalam MotoGP untuk menyamaratakan kedudukan semua pengeluar.

Walaubagaimanapun, masih terdapat satu persoalan. Adakah ECU standard ini akan dapat membantu sukan ini ataupun ianya akan membantutkan pembangunan keseluruhan produk pengeluar apabila ianya dijual nanti? Semestinya kemenangan perlumbaan merupakan satu cara yang baik untuk mempromosikan jenama serta produk dan bagi mereka yang menyertai perlumbaan sudah semestinya inginkan kemenangan.

Hanya masa sahaja penentu sekiranya ECU standard akan diterapkan dalam kejohanan WorldSBK sepertimana dalam siri MotoGP. Apa yang pasti, dengan lapangan yang lebih setara, perlumbaan sudah pasti akan menjadi lebih menarik dan tidak lagi dimonopoli oleh Ducati atau Kawasaki sahaja.

Teruskan kekal bersama kami di MotoMalaya untuk segenap berita dunia permotoran.

Sumber: Asphalt & Rubber

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.