Toyota Mengadakan Satu Pratonton Bagi Model C-HR

  • UMW Toyota Motor Sdn Bhd sedang mengadakan satu pratonton mempamerkan SUV kompak terbaru mereka, Toyota C-HR pada hujung minggu ini (13 & 14 Mei 2017) di Pusat Konvensyen Setia City dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
  • Model C-HR ini merupakan model kedua yang dibangunkan dengan platform Toyota New Global Architecture (TNGA – Senibina Global Baru Toyota).

Bermula hari ini sehingga esok (13 & 14 Mei 2017), UMW Toyota Motor Sdn Bhd, pengedar rasmi Toyota di Malaysia, akan mempamerkan SUV kompak terbaru mereka, Toyota C-HR di acara Carlist.my MAA Test, Drive & Buy bertempat di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam, Selangor bermula pada pukul 10 pagi hingga ke 10 malam.

Ini menandakan penampilan pertama model ini di tanah air kita dan ianya membolehkan orang ramai melihat dengan sendiri model dari Toyota yang julung kalinya dilancarkan di dunia pada tahun lalu.

Model C-HR ini adalah kenderaan kedua Toyota yang telah dibangunkan dengan menggunakan platform Toyota New Global Architecture (TNGA – Senibina Global Baru Toyota). TNGA merupakan satu cubaan Toyota untuk merubah binaan rekabentuk kereta sejajar dengan matlamat syarikat untuk membina kereta yang senantiasa lebih baik. Rekaan model C-HR ini bertemakan senibina berlian, dan rekaan ruangan dalamannya dengan binaan yang teratur memberikan perasaan yang cukup mengujakan.

Di acara ini, para pengunjung bukan sahaja dapat menyaksikan model C-HR terbaru ini, malah terdapat pelbagai model Toyota yang tersedia untuk dipandu uji termasuklah model 4×4 Hilux dan Fortuner, dimana telah disediakan satu ruang pameran luaran untuk para pengunjung melihat serta mengalami sendiri keupayaan 4×4 model-model berkenaan. Di samping itu, terdapat juga model Toyota Hilux TRD Sportivo 2.4G yang akan dipamerkan. Dan sebagai tanda penghargaan, selepas setiap sesi pandu uji, para peminat juga boleh mendapatkan kad Starbucks percuma bernilai RM20.

Para pengunjung juga dapat melihat dengan lebih dekat sebuah model Toyota Vios yang disediakan khas untuk digunakan pada Festival Perlumbaan Toyota Gazoo Racing (TGR) pada bulan Ogos ini. Antara selebriti yang akan terlibat dalam acara TGR ini adalah Shukri Yahaya, Venice Min dan juga Shawn Lee yang akan berada di sana bagi sesi perjumpaan dengan orang ramai.

 

Toyota juga sedang menawarkan rebat tunai menarik (sehingga RM5,000), aksesori percuma dan khidmat servis percuma selama 3 tahun bagi model-model terpilih dalam rangkaian Toyota yang ada di Malaysia. Dan, untuk mereka yang menempah kereta baru mereka di acara ini, baucer e-servis bernilai RM200 akan disertakan, dimana ianya boleh digunakan apabila mereka menghantar kereta Toyota baru mereka untuk penyelenggaraan di pusat khidmat Toyota yang disahkan.

Bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai sebarang model Toyota yang terdapat di Malaysia dan juga lokasi ruang pameran Toyota rasmi, lawati laman sesawang mereka.

Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya bagi segenap berita dunia permotoran

Sumber imej: Toyota

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]