- Sky Team Ace 125 Cafè Racer 2017 telah dilancarkan awal hari ini di Litar ELITE Speedway PLUS.
- Cafè racer ini dilengkapkan dengan enjin empat lejang 125cc satu silinder yang menjana 11hp pada 8,500rpm dan 8.5Nm tork pada 7,500rpm.
- Cafè racer sedia ditunggang dari Sky Team ini boleh didapati pada harga RM7,366.78 (harga atas jalan).
Sky Team Ace 125 Cafè Racer 2017 serba baru ini sudah boleh didapati di Malaysia. Bagi mereka yang tercari-cari pilihan yang mudah dan berpatutan untuk motosikal cafè racer gaya lama perlulah memberi perhatian pada artikel ini. Jenama Sky Team yang bertapak di Hong Kong semenjak 1999 telah membangunkan lebih daripada 45 buah model.
Yang terkini, Ace 125 Cafè Racer dengan rekabentuk bergaya retro yang mengimbau kembali kepada hari-hari awal motosikal. Alur-alurnya yang linear mengalir dari depan hinggalah ke belakang terutamanya dengan tangki bahanapi memanjangnya yang amat tersendiri yang membezakannya dengan motosikal moden klasik lain yang berada di pasaran.
Dari segi prestasi, Ace 125 ini dijana oleh enjin empat lejang, 125cc, satu silinder yang menghasilkan 11hp pada 8,500rpm dan 8.5Nm tork pada 7,500rpm. Enjinnya telah didasarkan kepada Honda CG125 tetapi dengan ubahsuaian untuk dipadankan dengan karakteristik unik Ace 125 ini.
Kapasiti bahanapinya serupa dengan tangki bahanapi yang lama, iaitu 9.2 liter. Perbatuannya didakwa hanyalah 2.1 liter bagi setiap 100km, Ace 125 ini secara teorinya dapat bergerak sehingga 438km sebelum memerlukan isian semula di stesen minyak berdekatan. Sky Team juga mendakwa yang ia mampu mencecah kelajuan maksimum sekitar 110km/j. Ini dapat dicapainya kerana berat keseluruhan keringnya hanyalah 87kg.
Dengan motosikal yang tampak sehebat ini, anda pasti ingin bersiar-siar dan memperlahankan motosikal anda bagi memberi peluang kepada orang ramai menghayati keindahannya daripada memecut semahu-mahu anda di atas lebuhraya. Fork teleskopik dan cakera brek boleh didapati di bahagian hadapan bersama dengan penyerap hentakan berkembar dan drum brek untuk mengawal bahagian belakang. Ace 125 Cafè Racer ini didatangi dengan roda depan dan belakang 18 inci.
Untuk masa sekarang, Terdapat 110 unit untuk kumpulan pertama dan bagi mereka yang membeli kumpulan pertama motosikal ini akan mendapat pilihan sama ada menggunakan pelana biasa atau pun menukarnya kepada pelana tunggal tanpa sebarang caj tambahan.
Buat masa ini, hanya terdapat satu varian sahaja yang tersedia pada harga RM7,366.78 (harga atas jalan bersama dengan cukai jalan serta insurans). Harga yang cukup menarik bagi sebuah cafè racer yang sedia untuk ditungggang. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Sky Team dan keluaran mereka, TEKAN SINI untuk ke laman Facebook mereka.
Galeri Sky Team Ace 125 Cafè Racer 2017
5k dah la hahahaha
maaf nak kata motor tak csntik langsingg-g bodohhhhh
Harap part enjin lebih lasak dari KTM.
Kalau rasa mahal, convert je motor korang jadi cafe racer pon bole
125cc head atas tu..
Encik Ahmad
Xmampu 🙁
Kemahuan
Saving
Nnti bley p phuket
Tet…
Pek
Ariff Yusof tgu lagi
Cc125. Kelajuan max 110kmh. Harga xcun. Spare part susah dapat. Boleh bg dua ha sahaja.
Ak saja tag sebab nak ajak ketawa bersama
Document semua siap photostat dah ka? Dah ws alamat semua dah?
Haha esok baru nak p
Xsempat nak prepare. Busy. Haha
Jgn lupa mintak baju hujan, myk full, helmet dgn lock tayar
Jadah. Aku nak mintak full helmet. Level superbike dah nak beli ni
Stokin kalis ayaq kena ada. Hahaha
Xleh. Kaki peluh. Satg jadi kolam. Haha
Muhammad Marwan Mohd Noor ni weh.. ang minat cafe racer kan..
lambat. masa cafe racer baru naik sepatutnya launch.. ni orang dah muak dah..
Pasai pa 7k 125cc??
Mhl la dol..sbb bkn ber brand top..yamaha 150 br 8k++
Lg plak ni cafe tak racer
Tgk je la…kasi org lain pki dulu…
Harga kurg kompetitif dgn pesaing. usia jenama masih muda dlm pasaran motosikal kt malaysia. Org jrg ambil risiko terus beli jenama baru dngr dgn harga mcm tu.
Kalau letak harga dekat2 dgn KTN GP125 yg konsep cafe racer gak, mgkin boleh pergi bersaing sengit.
Harga murah nnti mentaliti kata brand ni cap ayam huhu
Demak pun dlu org anggap mcm cap ayam jgk masa mula, motor biasa2 harga murah org mampu beli. Sementara org nak kenal nama. Lama2 makin up model2 motor dia bila makin org kenal dan percaya.
Tp tu lah, mentaliti murah = tak kualiti(cap ayam) huhu
Tp kalau dia sebut enjin dia tu pakai honda. Mgkin org ingat reliable lah kot. Sape lah xkenal jenama honda. Mgkin sbb harga letak tinggi dri KTN.
Dak Bude
Mahai…@_@