MotoGP: Pedrosa di petak pertama, Honda kuasai barisan hadapan

 

 

  • Pusingan keempat MotoGP Gran Premio Red Bull de España di Jerez akan menyaksikan Dani Pedrosa (Repsol Honda) bermula di petak pertama di hadapan teman sepasukan, Marc Marquez.
  • Cal Crutchlow (LCR Honda) melengkapkan barisan hadapan yang dikuasai Honda di hadapan Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP) yang akan bermula di P4.
  • Andrea Iannone (Team SUZUKI ECSTAR) melayakkan diri di P5 dan Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) di P6.


Selepas sesi kelayakan MotoGP yang penuh sensasi semalam untuk Gran Premio Red Bull du España di Jerez, Dani Pedrosa dari pasukan Repsol Honda yang muncul dengan jayanya di kedudukan teratas dengan masa pusingan 1:38.429.

Pedrosa telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan sepanjang hujung minggu setakat ini walaupun dalam hujan dan keadaan tidak menentu. Teman sepasukannya dan juga Juara Dunia MotoGP 2016, Marc Marquez, tidak jauh ketinggalan di belakangnya di P2 dengan jarak masa hanya 0.049 saat di belakang Pedrosa.

Menghampiri penghujung Kelayakan 2, kita telah menyaksikan Marquez mengekori Pedrosa untuk membandingkan bahagian manakah di atas litar yang dia lebih pantas namun ianya tidak mengcukupi untuk memberikannya kedudukan petak pertama.

Seorang lagi penunggang Honda yang telah menunjukkan konsistensi pada musim ini setakat ini ialah Cal Crutchlow dari LCR Honda. Penunggang British ini memulakan perlumbaan hari ini dari P3 di hadapan penunggang berpotensi Movistar Yamaha MotoGP, Maverick Viñales. Kedudukan ini cukup bagus sekali buat penunggang Sepanyol berumur 22 tahun itu memandangkan dia menghadapi kesukaran sepanjang sesi latihan.

Melayakkan diri di tempat kelima pada perlumbaan hari ini ialah Andrea Iannone dari Team SUZUKI ECSTAR dengan masa 1:38.744. Walaupun mencatatkan masa peribadi terbaiknya di Litar Jerez, penunggang Suzuki GSX-RR ini hampir separuh saat di belakang Dani Pedrosa. Berita baiknya ialah dia akan bermula di hadapan Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) dan Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) yang akan memulakan GP Sepanyol di tempat keenam dan ketujuh.

Jorge Lorenzo dari Ducati telah menunjukkan kemajuan memberangsangkan di atas jentera liar Ducati Desmosedici GP17 tetapi memulakan perlumbaan hari ini di belakang bekas rakan sepasukannya adalah satu peningkatan yang baik untuknya. Lorenzo akan memulakan persaingannya hari ini di hadapan Jonas Folger (Monster Yamaha Tech 3) dan Jack Miller (EG 0,0 Marc VDS) yang akan bermula di P9 dan P10.

Perlumbaan Moto3 akan bermula pada jam 5 petang waktu tempatan diikuti dengan Moto2 pada pukul 6.20 petang dan MotoGP pada pukul 8 malam. Untuk aksi tambahan, teruskan setia pada pukul 9.30 malam untuk perlumbaan Red Bull Rookies Cup (Perlumbaan 2).

Sumber gambar:MotoGP

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

One Reply to “MotoGP: Pedrosa di petak pertama, Honda kuasai barisan hadapan”

Leave a Reply