2017 Yamaha Vixion serba baru dilancarkan di Indonesia – Rp26juta (RM8,487.35)

Yamaha Motor Indonesia memperkenalkan model serba baru Vixion untuk 2017 dengan beberapa peningkatan yang tiada pada model sebelum ini. Yamaha Vixion juga dikenali sebagai FZ150i di Malaysia. Salah satu penambahbaikan yang telah dibuat adalah dengan penggunaan sistem klac yang baru.

Jentera 150cc Vixion ini menerima sistem klac baharu dengan fungsi Bantu & Gelincir (Assist & Slipper). Sistem Klac Bantu & Gelincir ini biasanya digunakan pada motosikal berkuasa tinggi dalam 500cc ke atas. Namun dapat dilihat tren masa kini dimana jentera 250cc turut menerima sistem ini. Pada jentera 150cc ini, kami merasakan fungsi klac sebegini adalah sedikit ‘overkill’.  

Memandangkan jentera ini dikatakan ‘serba baru’, maka patutlah jika ia disertakan dengan enjin baru juga. Tetapi, pada pandangan kami, tidak banyak perubahan pada enjin ini. Malah, saiz gerek dan lejangnya masih sama pada ukuran 57 x 58.7mm. Kuasa enjin adalah 12.2kW (16.3hp)@ 8,500RPM dengan daya kilas sekuat 14.5Nm @ 7,500RPM.

Masih mengekalkan rangka yang telah cukup baik iaitu Deltabox agar ketegaran rangka dapat dioptimumkan dan pada masa yang sama, ringan.

Kali ini, Yamaha Vixion dilengkapkan dengan paparan digital sepenuhnya siap disertakan dengan penunjuk gear. Perumah kunci juga lebih kemas dengan bentuk heksagon tidak simetri.

Iluminasi pada waktu malam kini lebih terang dengan suluhan LED untuk lampu hadapan dan juga lampu brek. Salah satu kelebihan penggunaan LED adalah jangkamasa nyalaannya yang lebih lama berbanding dengan lampu berasaskan filamen.

Kemasan bahagian bawah dilengkapkan dengan penggunaan reraup bawah yang lebih menarik dan lebih sukan.

Spesifikasi Teknikal 2017 Yamaha Vixion Specs

Mesin
TIPE MESIN Liquid Cooled 4-stroke, SOHC
SUSUNAN SILINDER Single Cylinder
DIAMETER X LANGKAH 57 x 58.7 mm
PERBANDINGAN KOMPRESI 10.4 : 1
VOLUME SILINDER 149.8 cc
DAYA MAKSIMUM 12.2 kW / 8500 rpm
TORSI MAKSIMUM 14.5 Nm / 7500 rpm
SISTEM STARTER Electric starter
SISTEM PELUMASAN Wet sump
KAPASITAS OLI MESIN Total =1.15L ;Berkala = 0.95 L ;Ganti Filter Oli = 1 L
SISTEM BAHAN BAKAR Fuel Injection
TIPE KOPLING Wet Type Multi-Plate Clutch ; Assist and Slipper Clutch
TIPE TRANSMISI Constant mesh 5-speed
Dimensi
P X L X T (Length x Width x Height) 1955 x 720 x 1025 mm
JARAK SUMBU RODA 1295 mm
JARAK TERENDAH KE TANAH 165 mm
TINGGI TEMPAT DUDUK 795 mm
BERAT ISI 132 Kg
KAPASITAS TANGKI BENSIN 12 Liter
Rangka
TIPE RANGKA Deltabox
SUSPENSI DEPAN Teleskopic
SUSPENSI BELAKANG Swing Arm
TIPE BAN Tubeless
BAN DEPAN 90/80-17M/C 46P
BAN BELAKANG 120/70-17M/C 58P
REM DEPAN Disc brake
REM BELAKANG Disc brake
Kelistrikan
SISTEM PENGAPIAN TCI
TIPE BATTERY YTZ4V/GTZ4V
TIPE BUSI NGK/CR8E

Bukan itu sahaja, Yamaha Motor Indonesia turut memberikan keterujaan dengan memperkenalkan satu lagi varian, iaitu Vixion R. Bezanya adalah pada bahagian enjinnya yang telah diberi peningkatan. Enjin yang digunakan oleh Vixion R ini adalah berasal dari enjin R15 serba baru dimana enjin ini berkapasiti 155cc siap dengan sistem VVA. Enjin sama ini juga ada digunakan pada NVX155 dengan sedikit pengubahsuaian.

Apa yang lebih menarik adalah kuasa enjin 155cc VVA ini yang boleh melepaskan 14.2kW(19.04hp!) @ 10,000RPM dengan daya kilas 14.7Nm @ 8,500RPM.

Spesifikasi Teknikal 2017 Yamaha Vixion R Specs

Mesin
TIPE MESIN Liquid Cooled 4 Stroke, SOHC
SUSUNAN SILINDER Single Cylinder
DIAMETER X LANGKAH 58 x 58.7 mm
PERBANDINGAN KOMPRESI 11.6±0.4 : 1
VOLUME SILINDER 155.1 cc
DAYA MAKSIMUM 14.2 kW / 10000 rpm
TORSI MAKSIMUM 14.7 Nm / 8500 rpm
SISTEM STARTER Electric Starter
SISTEM PELUMASAN Wet Sump
SISTEM BAHAN BAKAR Fuel Injection
TIPE KOPLING Wet Type Multi-Plate Clutch
TIPE TRANSMISI Manual
Dimensi
P X L X T (Length x Width x Height) 1950 x 720 x 1025 mm
JARAK SUMBU RODA 1320 mm
JARAK TERENDAH KE TANAH 165 mm
TINGGI TEMPAT DUDUK 795 mm
BERAT ISI 131 kg
KAPASITAS TANGKI BENSIN 11 L
Rangka
TIPE RANGKA Diamond
SUSPENSI DEPAN Teleskopic
SUSPENSI BELAKANG Swing Arm
TIPE BAN Tubeless
BAN DEPAN 90/80-17M/C 46P
BAN BELAKANG 130/70-17M/C 62P
REM DEPAN Disc Brake
REM BELAKANG Disc Brake

Nota: Tidak dapat dipastikan samada Vixion ini akan masuk ke Malaysia atau tak.

Sumber: http://www.yamaha-motor.co.id/product/all-new-vixion?product_name=all+new+vixion

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]