Boon Siew Honda melancarkan Honda Wave 125i untuk 2017 – RM6,263.54 dan RM6,549.74

  • Boon Siew Honda baru sahaja mengumumkan kapcai terbaru mereka iaitu 2017 Honda Wave 125i

  • Honda Wave 125i mempunyai ciri-ciri premium penambahbaikan dari segi rupa, keselesaan dan juga prestasi pengunaan petrol

  • Enjin 125cc SOHC dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI diiktiraf Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) mampu bergerak lebih dari 300km bagi setiap tangki petrol 5.4 liter

Boon Siew Honda (BSH) baru sahaja melancarkan 2017 Honda Wave 125i hari ini. Motorsikal kapcai dengan pelbagai ciri-ciri premium menambahkan lagi keselesaan menunggang dan kecekapan bahan api.

Dengan slogan “A Class of Your Own” atau “Kelas anda tersendiri”, Honda Wave 125i terbaru ini mempunyai beberapa ciri-ciri yang penting dari segi rupa dan juga prestasi jika dibandingkan dengan motorsikal-motorsikal lain dalam kategori yang sama.

Rekabentuk luaran yang lebih moden dan segak memberi gaya dan keunggulan kepada penunggang masa kini. Antara rekabentuk baru termasuk meter panel premium baru yang menyalurkan maklumat penting dengan senang walaupun pada waktu siang atau malam.

Lampu hadapan dan belakang juga telah direkabentuk semula untuk keselamatan penunggang dan juga pengguna jalan raya yang lain. Terdapat juga satu lambang logo 3D pada Honda Wave 125i terbaru ini untuk menonjolkan lagi ciri premium yang serta unik.

Enjin 124.9cc SOHC dengan sistem penyejukan udara dan juga Suntikan Bahan Api Terancang (Programmed Fuel Injection – PGM-Fi) meningkatkan lagi kecekapan penggunaan bahan api. Ia mampu menjana 9.06hp @ 7,500rpm dan 10.08Nm @ 5,500rpm.

Seperti yang tertera diatas, Honda Wave 125i telah mendapat pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) mampu bergerak lebih dari 300km bagi setiap tangki minyak berkapasiti 5.4 liter petrol. Pengiktirafan EEV ini telah diberi oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Untuk memenuhi keperluan ruang simpanan yang besar, ia merupakan satu-satunya Kapcai dalam pasaran Malaysia, dibina dengan kebuk-U 18liter dimana Wave 125i Baharu ini membolehkan penunggang menyimpan barang peribadi mereka disepanjang perjalanan. Ia juga mempunyai tempat duduk yang besar untuk menjamin keselesaan penunggang semasa perjalanan jauh.

Terdapat tiga warna pilihan bagi 2017 Honda Wave 125i iaitu Merah ‘Candy’ (Candy Scintillate Red, Biru Mutiara (Pearl Nightfall Blue), dan Kelabu Metalik (Sword Silver Metallic). Anda boleh memilih dari dua varian berbeza iaitu Brek Cakera Tunggal atau Dwi Brek Cakera dengan harga  RM6,263.54 dan RM6,549.74 (harga asas bersama GST).

Model tersebut juga didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer dan warranti tambahan satu tahun atau 10,000 kilometer untuk enjin (yang mana terdahulu).

Enjin  SOHC, 4-strok, penyejukan udara, sistem suntikan bahan api
Kapasiti 124.9cc
Gerek x Lejang 52.4mm x 57.9mm
Sistem penghidupan Penghidup Tendang & Elektrik
Transmisi Jejaring Tetap 4 Kelajuan
Suspensi Teleskopik (hadapan)

Berkembar (belakang)

Ukuran tayar 70/90 – 17M/C 38P (Hadapan)

80/90 – 17M/C 50P (Belakang)

Panjang x Lebar x Tinggi 1962mm x 711mm x 1092mm
Jarak roda 1,258mm
Berat (minyak dan petrol tangki penuh) 105kg (Brek Cakera Tunggal)/ 107kg (Brek Dwi Cakera)
Fuel Tank Capacity 5.4 liter
Fuel System Suntikan Bahan Api Terancang
Maximum Power 6.76 KW / 7,500RPM
Maximum Torque 10.08Nm/ 5,500RPM

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan 2017 Honda Wave 125i, sila layari www.boonsiewhonda.com.my atau laman Facebook di www.facebook.com/HondaMotorcyclesMalaysiaBoonSiewHonda.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]