Zero Engineering Japan Mempersembahkan “Samurai Choppers” Di Malaysia

  • Zero Engineering adalah pembuat motosikal tempahan khas dari Jepun yang telah membikin “Samurai Choppers” yang ditempa sepenuhnya seperti yang dipratonton iaitu Type-5, Type-6 dan Type9i.
  • Setiap motosikal di dibina khas dari awalnya dengan enjin Harley Davidson dan kerangkanya serta bahagian-bahagian asas dengan pilihan tempahan yang begitu banyak.
  • Antara orang kenamaan yang memiliki sebuah Samurai Chopper adalah Brad Pitt, David Beckham, malah Tony Stark dalam filem “Iron Man”.


Pembuat motosikal tempahan khas yang disanjung tinggi Zero Engineering telah mempratontonkan sebahagian daripada Samurai Choppers terkenalnya di sini malam semalam semasa upacara pelancaran di Bon Estate Sales Gallery, Bangsar. Firma yang bertanggungjawab terhadap “Samurai Choppers” yang sangat cantik dan ditempa khas ini memaparkan tiga ciptaan menakjubkannya di galeri semalam; Type-5, Type-6, dan Type9i.

Kesemua motosikal tempahan khas yang dihasilkan oleh Zero Engineering ditempa sepenuhnya dari awal bermula dari enjin S&S Cycles sehinggalah kepada aksesori yang dipilih oleh pelanggan. Apa yang membuatkan ia lebih istimewa ialah setiap motosikal ini dibuat mengikut permintaan dengan berbagai pilihan yang begitu banyak untuk menjadikan setiap motosikal lain daripada yang lain.

Zero Engineering serta rangkaian Samurai Choppers mereka telah pun wujud sekitar 15 tahun dan umumnya menempa nama di Eropah, Amerika Syarikat dan Australia, di mana dunia motosikal tempahan khas senantiasa mekar. Berasal dari Jepun, jenama ini sedang berusaha menembusi dengan lebih meluas pasaran Asia Tenggara terutamanya di Malaysia.

Beberapa orang selebriti terkenal yang memiliki motosikal yang dibikin oleh Zero Engineering adalah Brad Pitt serta David Beckham yang semestinya tidak perlu diperkenalkan lagi. Malah, model Type-6 telah pun ditonjolkan dalam salah satu filem Iron Man dimiliki oleh watak heronya, Tony Stark.

Dengan menggunakan Harley Davidson sebagai bahagian asas bagi setiap jentera Zero Engineering (enjin dan kerangka), ianya dianggap lebih kepada suatu seni premium beroda yang tampak terlalu cantik untuk ditunggang. Dengan motto mereka ” Beauty and Style, Honours with Precision”, setiap Samurai Chopper akan menarik minat ramai untuk ditunggang dan menjadi kehormatan pada sesiapa yang memilikinya.

“Pengeluaran teramatlah terhad oleh kerana jumlah kerja-kerja perinciannya. Ianya juga menyebabkan motosikal ini amat mahal. Setiap satu motosikal kami ditukang tangan secara sepenuhnya, dan mengambil masa beberapa bulan untuk menyempurnakannya” ujar Encik Kondo Yoshimitsu, Presiden bagi Plot Inc.

Beliau juga menambah “Nama Samurai pada masa kini memberi gambaran rupa vintaj elegan, yang mana ia mempunyai gaya unik senjata yang sangat cantik dan juga berfungsi. Motosikal Samurai ini menonjolkan teknologi terkini dari Jepun, dan menjelmakan ‘Zero Style’ dari segenap segi.”

Motosikal dan tempahan ini akan dikendali secara eksklusif oleh Stronghold Cycles Sdn Bhd sebagai pengedar rasmi di Malaysia di Gasket Alley, hab gaya hidup permotoran yang terletak di Seksyen 13, Petaling Jaya apabila ia sudah siap dibina. Lawati laman Facebook mereka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai projek bersejarah yang sedang berlaku ini.

Serentak dengan pratonton Samurai Choppers adalah pelancaran “Ruby Helmets” dari Perancis. Helmet tempahan khas buatan tangan ini adalah rangkaian terkini helmet penunggangan mewah yang dibawa masuk ke tanah air kita oleh Riders Garage dan Beautiful Machines.

Digelar sebagai “helmet terbaik dan termewah dunia”, Ruby Helmet menggabungkan kefungsian, keselesaan, ringan-berat dan teknologi termaju untuk menyampaikan produk perintisan dari segi gaya serta estetik.

Untuk harga yang anda bayar, anda akan dapat sebuah helmet diperbuat daripada gentian karbon dan lapisan gentian kaca untuk kekuatan maksima dan keselamatan bersama dengan tempurung dalaman berkebolehan serapan gegaran tahap tinggi. Kesemua elemen-elemen penetapnya diperbuat daripada titanium serta aluminium untuk memperkukuhkan lagi keseluruhan helmet.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan Ruby Helmet, anda bolehlah menuju ke Riders Garage atau Beautiful Machines di Bandar Sunway. Beautiful Machines telah membuka ruangan yang baru dibawah bumbung sama dipanggil “Working Class Heroes” yang akan menampilkan beberapa kelengkapan menunggang mewah seperti Ruby Helmet yang diperkatakan di atas. Harga bermula pada RM3,500.

Galeri Samurai Choppers Zero Engineering

Galeri Ruby Helmets

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]